Sunday, 13 March 2011

Hikayat Merong Mahawangsa



Ha! Hikayat Merong Mahawangsa! (bagi aku gelak keji sat. HAHAHAHA!).... Best woh! Gila ah! Hebat habih! Aku baru je tengok semalam. Midnight lagi. Apa yang menarik aku nak tengok citer ni sebab grafik dia memang sangat menarik. Korg pun tau kan camana kat tibi tu suma. Salute la kat Abang Yusry KRU. Mantap!



Lagi satu yang aku suka ni sebab dia citer pasal Sejarah Melayu. Ya, aku tau time SPM, Sejarah aku dapat cukup makan je. Tapi aku dah insap. Tahu kenapa? Ni sebab gara2 banyak baca novel Ramlee Awang Murshid ah. Ayat giler mantap! Buat aku lagi mencintai Bahasa Melayu dan budaya Melayu itu sendiri. Pergh! Patriotik la pulek! Nak tau camana citer dia, baca sendiri. Keh keh keh!(macam panggil hantu kopek pulak)

Ayat feberet aku dari novel ni

"Sebagai manusia, aku sayang padamu" Laksamana Sunan.
Sebab ayat dia jiwang. Ha hah! Haila, Laksamana Sunan... Kalau la, ko betul2 wujud...

Citer tiga2 novel ni bersambung
Yang ni siri terakhir. Baru kuar awal tahun lepas.
Besh2!

Skang ni aku nak review citer Merong Mahawangsa ni. Cerita ni, maksud aku filem ni adalah mengisarkan tentang sejarah pembukaan negari Kedah (dulu dipanggil Langkasuka). Ha, kalau pi Langkawi ada satu resort ni nama Langkasuka. Aku baru tau Langkasuka tu sebenarnya  Kedah. Nampak sangat buta sejarah. He he he!


Okey2! Berbalik dengan cerita ni. Zaman dulu, Empayar Rom ada buat perjanjian nak kawinkan putera dia dengan puteri Empayar China untuk memluaskan pemerintahan dorg ke negara Asia Tengah (kalau dalam buku teks kata 'ngeratkan hubungan diplomatik'). Masa angkatan Rom tengah repair kapal dorg kat Goa, dorg mintak tolong Merong Mahawangsa mengiringi Putera ke Langkasuka (Kedah) untuk meminang Puteri China yg dia taktau muka dia camana. Yelah, mak ayah kenenkan. Nama Putera dia Marcus, puteri China tu pulak err.. aku lupa. Maap! Merong pun setuju bawak putera dia meminang dan dia dah berjanji dengan pihak selaku Empayar Rom, Lycius untuk jaga Marcus elok2 kat sana.


Sampai je kat tanah Semenanjung Emas(sebelum Langkasuka), puak lanun dari Geruda(suku kaum kampung yg telah berpecah dan kucar kacirkan kampung asal dorg) mempunyai perancangan yang berbeza. Mereka memutuskan untuk menculik Puteri China dan menjadikannya sebagai tebusan. Di hujung pengairan Selat Melaka, Merong Mahawangsa dan angkatannya diserang oleh Geruda. Masa ni dah masuk klimaks. Marcus hilang, Puteri kena culik, boleh dikatakan angkatan tentera yg ada semua mati. Tinggal dia sorang. Tak bermaya. Sebab apa? sebab dia hero.


Pastu dia diselamatkan oleh sorang tua nama, Pak Kesum dengan anak sedara Embok (Ummi,awek yg salu berkemban dalam citer ni). Masa Merong dah pulih sikit. Dia nak lari pergi tempat lain. Cari hidup baru, sebab dia kecewa tak dapat laksanakan amanat pihak Empayar Rom. Kiranya dia ni dah patah semangat la. Pak Kesum ada offer dia tinggal kat kampung tu je. Mula2 dia taknak pastu dia nak disebabkan dia tergamam Pak Ketum ada baca ayat ni.

"sampai masa tibanya waktu, 
redup hati kaum berdua,
bila dua jasad bersatu, 
hidup mati jadi bersama.
-ayat yg dia ingat mak Merong penah cakap sebelum mak dia mati-
(time ni bulu aku naik,taktau nape) 


Lepas tu Merong pun bersemangat la nak menentang Geruda untuk balas dendam. Bla bla bla... Dia pun jadi ketua pemerintah kampung tu. Sekali gus jadi raja Langkasuka. Last2 tu, tengok sendiri la apa kesudahan dia. Malas nak citer. Tak saspen ah kalo cerita semua. 



Lepas tengok filem ni aku bersemangat nak tau sejarah tentang Merong Mahawangsa. Apa lagi, wiki2 la. Berbunyi begini :

Bahagian awal cerita ni mengemukakan kisah-kisah raja dan pembukaan negeri berdasarkan mitos dan lagenda atau cerita-cerita khayalan yang dipercayai kemasyarakatan, sama ada bersifat tempatan, bersifat Hindu ataupun cerita-cerita yang berasal dari pengaruh Islam. Dalam bahagian inilah hikayat ini menyatakan yang menjadi nenek moyang raja-raja Kedah ialah Raja Merong Mahawangsa, seorang raja yang bukan sahaja mempunyai ikatan kekeluargaan dengan Raja Rom tetapi juga menjadi pembesar kepercayaan Raja Rom.

Angkatan Raja Merong Mahawangsa yang sedang belayar dari Rom ke negeri China telah diserang oleh Garuda. Ia membuka negeri Langkasuka dan diangkat menjadi raja. Ia pulang ke Rom setelah menabalkan puteranya Raja Merong Mahapudisat menjadi raja. Langkasuka ditukar namanya ke Kedah Zamin Turan.
Berpandukan nasihat yang diberikan oleh ayahandanya, Raja Merong Mahapudisat merajakan putera sulungnya menjadi Raja Siam, putera tengah, Raja Ganjil Sarjuna dari Kedah ditabal sebagai Raja Perak dan anakandanya yang ketiga, seorang puteri, sebagai Raja Patani. Putera yang bongsu menggantikan ayahanda mereka sebagai Raja Kedah dengan gelaran Raja Seri Mahawangsa. Raja inilah yang memulakan tradisi menghantar persembahan bunga mas dan bunga perak sebagai hadiah kepada kekandanya, Raja Siam, setiap kali kekandanya mendapat putera.
Raja Seri Mahawangsa mangkat setelah kecewa dengan puteranya yang tidak menurut perintah dan digantikan oleh putera itu dengan gelaran Raja Seri Maha Inderawangsa. Seterusnya putera Raja Seri Maha Inderawangsa menjadi raja dengan gelaran Raja Ong Maha Perita Deria yang lebih terkenal dalam sejarah negeri Kedah sebagai Raja Bersiong. Apabila Raja Bersiong turun dari takhta setelah ditentang kerana kezalimannya, puteranya ditabalkan sebagai Raja Phra Ong Mahapudisat. Raja ini digantikan oleh puteranya, Raja Phra Ong Mahawangsa yang kemudiannya menjadi raja Kedah yang pertama memeluk agama Islam. Syeikh Abdullah Yamani menukarkan namanya kepada Sultan Mudzafar Shah.


*tapi aku ckonfius sikit, nama dia Sultan Mudzafar Shah or  Sultan Muzalfal Shah.
dalam filem dia bagi tau Sultan Muzalfal Shah.

Dalam filem Merong tu ada keturunan Melayu. Muka bukan macam orang tempatan, putih macam European la kot. Bapak dia perantau (pedagang kot) bukan keturunan Melayu yang dikatakan ada darah Iskandar Zulkarnain, mak dia orang Melayu. Aku pun tak pasti betul 
ketak, mak dia Melayu atau pengarah sekadar sedapkan cerita. 

Patut la dorg amik mamat ni belakon.
European mix look.
hurmm..emsem nye.

Ada macam Hugh Jackman kan.
Hehe..macho nyer~


Tiada siapa yang tahu bila Hikayat Merong Mahawangsa pertama kali dikarang. Pembayang utamanya mungkin terletak dalam mukadimahnya yang berbunyi: "Adalah pada suatu masa zaman Sultan Muazzam Shah ibnu Sultan Muzalfal Shah yang maha mulia kerajaan negeri Kedah, pada suatu hari baginda keluar ke penghadapan, …" Sultan Muazzam Shah sebenarnya memerintah dari tahun 1179–1201.


contoh buku teks yg pernah wujud

R.O. Winstedt mula-mulanya mengusulkan tahun 1612 sebagai tahun asalnya, namun beberapa sejarawan Kedah meragui anggapan ini kerana sastera Melayu belum berkembang ketika itu. Nampaknya ramai sejarawan berpendapat bahawa manuskrip asli Hikayat ini ditulis pada abad ke-19, apatah lagi sekitar tahun 1821, berasaskan peristiwa pembakaran salinan buku Hikayat ini atas perintah kerajaan Siam pada tahun itu. Ketika itu, negeri Kedah menjadi negeri ufti Siam, oleh itu kerajaan Siam membenci mana-mana tindakan yang kelihatan mencabar kewibawaannya baik dalam negara sendiri mahupun negeri-negeri uftinya.
Catatan pusaka Hikayat Merong Mahawangsa masih disimpan dalam beberapa salinan manuskrip yang diterbitkan pada zaman pendudukan Barat di Nusantara sekitar abad ke-19 dan awal abad ke-20 sebagai panduan.
 

Ada lagi satu qoute yang aku ingat: 

"Empangan kalau dibuka, masakan ditahan airnye."-Kemawas-
 
Hahaha. Bongok! Sempat lagi dalam situasi cam haram cakap camni.
Kalau aku jadi Puteri tu dah lama bagi penyepak kat mamat barua Geruda 

Begitulah ceritanya. Dah la, aku penat naip. Nak sambung buat pojek lak. 
Selamat menonton! :)




No comments:

Post a Comment