Sunday 27 March 2011

Menjelekkan!

Nak cerita pasal hobi terbaru aku.

Mai2! Dekat2! Aku nak tunjuk kat ampa2 suma! 
[Ceh! Macam ramai je orang baca blog aku]
Dia bulat, kaler oren, speaking matsaleh(bukan matluthfi90), dan dia annoying.


Perkenalkan : 
The Annoying Orange.




Kenapa? Benda alah ni kan dah lama ada kat channel Nickelodeon. Baru nak tengok ka?


Terima kasih sebab tanya(thanking to my thoughts myself that whispering through my head)! Memang sangat harus soalan itu ditanya. Benda ni bukan lah baru, tapi aku suka gila! 
Addicted gila dowh! 




Mungkinkah sebab dia orange yang boleh bercakap menyebabkan buah-buahan yang lain "annoying"?


Atau mungkinkah sebab orang yang tengok tu sendiri merasa "annoying"?


Ke... sebab channel ni khas untuk orang2 "annoying" macam aku?


Tak pun, aku suka buah orange, dan perkataan "annoying" itu jugak? 


**(memang sejak kebelakangan ni aku suka guna perkataan annoying pon. So what?)




Jom check it out video dia!

Apple.

wazzuuupp!

Wasabi.


Bonzai tree.

Kewl Cucumber.

Amacam? Annoying kan? Tapi sonok! Nak tengok lain, pi tengok kat TubeAwak(Youtube. Takpaham2?)
Dia suka buat kerja bodoh, gila, nyanyi lagu tahape2, dan setiap benda yang dia cakap kat buah-buahan lain memang menjelekkan! Mostly irritating. 




Kalau balas apa yang dia cakap, ada je dia balas balik. Nak balas pun kena sebut dalam hati. Bongok giler orange ni! Tapi aku suka. Macam genius-stupid-damn-shit-kewl. Gila babeng punya cilake. 
**(tak memasal aku carut marut)

Dalam TubeAwak ada gak dia tunjuk orang pencipta makhluk mangkuk-ayun ni. Nama dia Dane Boedigheimer. Last name dia, jangan tanya. Aku pun tak reti nak sebot. 

Gambar iklan.


Daneboe versi bahalol.



Daneboe versi macho sket.


Ok rilek, rilek.. chillax.. aku bukan suka dia sebab dia hemsem, macho, kacak luar, kacak dalam, or watsoeva... Hebatnya mamat ni, sebab dia kreatif. Short video yang simple, rilek, kewl yang ada 6juta penonton dari seluruh negara pada tahun 2010. Kalau untuk tahun ni, taktau la pulak aku, tak check lagi. 

Malas la.. Keje studio belom siap agi. Tak call mak lagi minggu ni. Sarapan pun tak. Nak gedik2 check-it-out pasal matsaleh ni. Wadehell?


p/s:
Tengok profile picture fesbuk.
We're cool.


Temubual : Pencuci Tandas



DJ :
Temubual bersama Pencuci Tandas yang akan menceritakan pengalaman.
Namanya?


Pencuci Tandas :
Saya Makcik Rahmah ye.


DJ :
Makcik Rahmah...


Pencuci Tandas :
Saye...


DJ : 
Makcik Rahmah dah lama buat kerja ni?


Pencuci Tandas :
Yelah, yang ni je lah boleh buat kerja kan.. cuci tandas awam ye. Cuci tandas awam ni, ko jangan tak tau ye. Walaupun Makcik ni perempuan, tandas lelaki pun Makcik buat jugak.


DJ :
Oh, yeke?


Pencuci Tandas :
...tapi yang banyaknye, tandas lelaki Makcik pegi. Nak, nak ko tau aje, Makcik ni dah lama menjanda...


DJ :
...[ketawa berbaki]... 
Habis tu, kenapa suka pulak masuk tandas lelaki?


Pencuci Tandas :
Seronok la nampak diorang, kan...terhibur hati ni ye. Masa diorang nak buang air kecik, masa tu lah...dan2 tu lah Makcik masuk. Menyuci tandas...kan.. Tak nampak pun, dapatlah mendengar. 
Ada bunyinya laju ye...ada bunyinye pelahan. Ada bunyinye "PELEPUPP!"
Yang tu Makcik keluar. Ba'un! 
Ni tujuannya kebersihan ni.


Contohla kalau tak buat. Macam Makcik Leha tak buat kan? 
Eh, tadi Makcik Rahmah ye?


DJ :
Dah tukar?


Pencuci Tandas :
Oh, nama penuh Rahmah Leha. Ha, lupa nama Makcik ye.
Kalau la, Makcik tak buat, sape lagi nak buat?
Ko nak tolong buat? 
Ko takkan buat punya.
Ko cuci Makcik.
Makcik pun dah lama menjanda...


DJ :
Heh..[gelak]
Ni tandas berbayar ye?


Pencuci Tandas :
Ni tandas berbayar, ye. 
Ada yang baru punya.
Topup. Pakai prepaid.
Kalau habis topup la.


DJ : 
Yeke?


Pencuci Tandas :
...untuk buang air besar, lima puluh ringgit ke atas...


DJ :
Macam mana Makcik nak tau, dia buang air besar ke, buang air kecik?


Pencuci Tandas :
Boleh. 
Kita detect melalui bunyi ye.
Kalau besar bunyi jatuhnye.. besar lah.
Jadi, ni ikut harga ye.


DJ : 
Makcik pegi kerja bersolek ke???


Pencuci Tandas :
Makcik kena la cantik2...
Maklum saja lah sejak menjanda ni..
Makcik Kiah ko ni, ko tau lah kan..haa..


DJ : 
Eh, Makcik Kiah pulak?
Tadi Rahmah? Ni Kiah?


Pencuci Tandas :
Oh, nama penuh! Nama penuh..
Rahmah Leha Kiah.
Panjang nama Makcik ni sebenarnya ye.
Orang panggil Ikea..."Oh, Ikea. Cik Ikea! Cik Ikea!"
Nama macam perabot dah kan..


DJ :
Pegi tandas pun pakai alat mekap ke?


Pencuci Tandas :
Habis...
Kita pakai cantik2 macam ni kan. Kot2 ada yang sangkut hati.
Makcik pun bukan tua sangat.
Untung kalau dapat pasangan macam Makcik ni.
Janda lah kata, kan!


DJ :
Tak habis2 promote..


Pencuci Tandas :
...[sambung lagi]...Anak dah besar2...
Duit syiling yang lebih2 tu, kalau boss tak check, Makcik ambik. Belen2.
Kadang2 orang bagi tip.
Orang bagi tip, ko tunggu apa lagi..
Makcik tipu la.
Tip tu untuk tipu..


DJ :
A'ah...[mengiyakan aje]


Pencuci Tandas :
...Ko tau je lah, Kak Anum ni dah lama menjanda.


DJ :
Kak Anum?


Pencuci Tandas :
Kak Anum, drop umur..


DJ : 
Ape lah nama awak yang sebenar, ye..


Pencuci Tandas :
Ye la..panjang namanye.



Saturday 26 March 2011

Apa Pandang-pandang?

Hari Ahad, aku nak pulang ke USM. Macam biasa tiket tu mesti free seat punya(seat yang sapa cepat dia dapat). Aku masuk lambat 5minit dan ini membuatkan aku resah dan memaki-hamun dalam hati kerana ketumpatan penumpang di dalam bas kelihatan penuh. Tapi aku bernasib baik sebab masih ada lagi tempat duduk. Ada la dalam 4seat kat belakang. So, aku ditakdirkan duduk double-seat bersebelahan dengan seorang wanita yang tidak sekali aku kenal. Nampak muka macam pangkat kakak2. 


Mata aku masih melekat padanya semasa dia merenung di luar bas. Hati aku kembali bermonolog, 

"Mesti nak balik. Esok keje, pakai baju kurung, beg besor, ber-sweater. Skema betol. Lantak la."

Pandangan mata kakak(wanita tersebut) masih lagi menumpu ke arah luar bas yang belum lagi berganjak dari Perhentian Duta. Damn shit! Pehal nak lama2 kat sini. Aku hangen betol bas 30minit tak gerak2. 


Sebagai student architecture yang cemerlang, aku keluarkan buku sketch dan butter-paper untuk menyambung keje studio yang belum lagi di-approve oleh Incik Pilus. Biasalah. Mood design belum mari. Design pon lambat la. Tapi senanye aku nak ilangkan tensen bas tak gerak2. Bongok punye drebar bas. Tak memasal aku kuarkan kitab aku.


Ketika bas bergerak, aku mencurahkan idea aku dengan lakaran hebat seorang student archi, aku perasan kakak sebelah aku dok jeling2 aku melukis. Mungkin gesekan pensel kayu jenis B berdesik2 ke telinga dia menarik perhatian dia. Kerana aku masih lagi mencoretkan lakaran ketika bas bergerak. Hee.. terasa hebat lak. 


Lama gak dia perhatikan aku. Hmmm.. nyampah lak aku dia tenung lama2 gitu. Ofcos rasa tak selesa! Bayangkan. Kalau ada orang tengok ko pakai baju. Aku bet, mesti rasa nak terajang kan.


Dalam 30minit perjalanan, aku bersengguk. Ngantok yang tak dapat dibedung. Toleh belah kanan... kiri... depan.. semua dah tido. Termasuklah akak kat sebelah aku tu. Nampak statik je. Kira tido la tu.


Sebagai manusia normal, aku pun rasa nak tido akibat asakan orang sekeliling aku yang kelihatan sudah terbuai dengan keasyikan mimpi di siang hari. Tak boleh jadik!


Aku masukkan sketching yang belum bersiap tu ke dalam beg laptop balik. Pelaras kerusi penyandar ku tarik. Penyandar ku asak ke belakang. Tapi kerusi tak boleh ke belakang. Macam pelaras dia rosak. Aku tolak kuat lagi. "Dug! dug!" bunyi.


Bunyi rengusan orang belakang. Choi! Kaki orang rupanya. "Sori bai. Haha.. Nasibla. Sape suh kaki sendal seat aku. Bajet ko sorang dok dalam bas ni." kata hati aku.


Aku baring dan cuba melayari mimpi. Kepala aku tertoleh ke kiri untuk tido dengan selesa. Lagi pon, untuk elakkan aku tak baring atas sepit rambut aku. Sakit kepala wo!


Dah tutup mata, tapi tak boleh lelap plak. Tadi beriya bersengguk2. Sengal. Lenguh punya pasal, mata masih terkatup, aku kalih kepala ke sebelah kanan. 


Aku cuba untuk tido lagi. Tak boleh jugak! Rasa tak selesa.


Bukak mata je...



Harusla akak tu tenung aku tido dekat2 macam ni...

Shit! Perlu ke tengok aku tido? Sumpah, aku rasa nak tonyoh muka dia.


Muka dia gelabah giler time tu. Aku tersengih. Bangangnye masa tu, dia buat gelabah-blur-tak tau nak buat reaksi apa plak tu bila aku senyum. Wadehell!?


Aku kalih balik sebelah kiri sambil senyuman masih terukir di bibir(sebenarnye aku nak tegelak bai) 


Perjalanan masih jauh. Aku tertido. Aku pun tak pasti akak tu dok renung aku tido buat kali ke berapa. Yang aku pasti, dia suka renung orang dekat2. Sangat annoying ye situasi itu. Dan aku sungguh sangat teramat menyampah.


Dah nak dekat sampat Penang, aku tengok lama2 minah ni takde la "akak" sangat pun. Nampak tak matured langsung. Angkat tepon malu2, bisik2, tutup2 macam orang nak tau sangat dia gayot dengan balak dia. Sengal punye budak. Ade lak aku kesah hal ko.


Pandangan aku yang ku sangkakan dia pangkat "akak2" jatuh kepada budak sekolah asrama. Skema nak mati. Tak open minded langsung.


Tuesday 22 March 2011

Abangku dan Bibir

Jumaat minggu lepas aku balik KKB dengan senang hati membawa Adik Sony A390 ngan Abang Compact saje. Kepulangan yang tak dirancang langsung ni sebab aku tak tau nak buat keputusan muktamad hari Khamis tu, nak balik ke tak.

Aku balik pun sebab nak celebrate birthday Along hari Sabtu tu. Maka, dengan itu aku beli tiket pun hari Jumaat tengahari, petang tu jugak aku balik rumah. Kalau gedik skali skala pun best jugak kan? keh keh keh.


Sampai kat Hentian Duta dalam pukul 9.30, ngokngek ngokngek kat rumah Abang aku kat Selayang pastu, balik KKB.


Along tanya aku, "Ko pasan tak perubahan muka Abang Didi(abang atas aku)?" 

Aku balas "Tak. Nape?" Memang aku tak tengok pun muka abang aku masa dorg sampai Duta amik aku sebab abang aku yang drive. Takkan la aku nak tarik muka dia pastu cakap "Hai!" kot.


"Abang ko kena bisul!" Along sambung.
Ape lagi, ketawa tak ingat jamban ah. Terhibur sebentar. "Hah?" aku tak caye. Perkataan bisul tu cam something yang menarik sebab abang aku yang kena. HAHAHA! Bukan senang nak pedajai abang aku ni.


Bila ngadap muka dia, maka terserlahlah kebisulan di bibir nan mungilnya. Maunye tak gelak. Tak cukup perot aku gelak. (aku naip ni pun dok sengih2 lagi. adoh!)


Dengan penuh berhemah aku tanya "Ko dah gi klinik ke belom ni, bang?" 
Dia jawab "Belum. Baru je kena semalam,"  

"Dah tau kena semalam nape tak gi klinik?" aku tanye lagi.

"Ingatkan jerawat. Mana nak tau. Tetiba lak dia besar," katanya.


Dalam hati aku "Apela nasib ko. Cium bontot biawok la tu. HAHA~!"


Hari sabtu, abang aku pergi klinik sorang2. Balik tu, dia bagitau la hal yang sebenarnya. Sumpah besar bisul dia kat bibir tu. Dan annoying. Makin lama, makin besar. Aku rasa nak tolong picitkan je. Bayangkan la bibir Angelina Jolie. Tapi versi laki. Annoying gila! Macam rubber stopper. Tebai ja..

Abang aku menghidapi 'local kayap'.

Glemer betul nama sebenar bisul ni ek. Aku baru tau kayap tu bisul jugak. Ingatkan kayap ni macam rashes yang jenis merah2 macam demam campak tuh.


Hari ahad, aku nak kena balik Penang balik. Isnin ada Studio. Berapa kali aku dah skip Studio. Ceehh.. bajet2 cam Incik Pilus tak cam aku tak datang. Semalam aku datang... "Eh, lama tak nampak you? You pi mana?" Demn! Kena kau sebijik. Heh!


Selalunya aku memang suka dok ngadap fesbuk bila free. Hobi. Aku pun tak tau apa yang menarik sangat kat fesbuk ni. Padahal hari-hari aku update status, org komen. Tak pon like je. Benda yang sama aku buat, tiap2 hari. Apedehal???

Psstt..agaknya Mark Zuckerberg ada bubuh minyak dagu kat akaun aku ni kot. hehe.


So macam biasa, aku nak update status baru tapi takde idea. Lalu teringat la bibir mungil abang aku. Lalu terhasillah pelbagai spekulasi di atas Wall sendiri.



Harusla mak post kat Wall aku kan...
Tak guna punya abang. Dia gi ngadu kat mak, aku ejek dia.
Wadehell!?


Ngengade! Aku pun tapenah pose camni.



Dan terakhir kali...

Annoying lips!
Lebih tebal dari yang biasa.


Sunday 20 March 2011

Bersembang Dengan Bulan


Lily Nitrate Production
Sdn. Bhd.

mempersembahkan



Talking To The Moon
by
Lily Natrah


Edisi: Mencapap


p/s : 
Lagu bukan untuk tido. Juga video ni dirakam secara tak sengaja. Suke2 je. Maap. Skill dah berkarat. thihi~ :)

Wednesday 16 March 2011

Drama Sebabak : Pembohong dan Detektif

[note : pembaca memerlukan daya imaginasi yg tinggi]




Seorang gadis di tahan dan di soal siasat oleh seorang detektif(lelaki) di dalam sebuah bilik siasatan. 


Detektif : Ana, saya Detektif Zul ye.. Sekarang saya nak tanya satu soalan. Jangan cuba bohong saya! Pukul berapa awak bunuh cicak tu?




Ana : Saya tak ingat ar... sebab banyak sangat..




Detektif : Kenapa awak bunuh cicak tu?




Ana : Saya lapar.. saya nak makan.




Detektif : Kenapa awak makan semua? Taruk la saya sikit. 




Ana : Memang la. Saya lapar, tangki perut saya besar.




Detektif : Oh, tangki perut besar. Saya tengok bukan tangki je... tangku, tang-gol, tangguk..semua awak besar.




Ana : Ha...memang tangguk besa..(nerves, tak habis cakap)




Detektif : Tengkuk(leher) awak apasal besar ni? Dah berlipat2 saya tengok... 
Pukul 11 malam haritu, awak berada di maneee...???




Ana : Saya ada kat kedai buku..




Detektif : [bz sambil menaip]...


err...tolong taipkan surat berenti saya... eh?! berenti saya pulak! Tolong taipkan dia punya fakta2 ni eh...


********(dalam pada itu)*********


Detektif : [muka bengang]... 


Turunkan kaki. Asal kaki letak atas kepala saya? Saya soal awak sekarang, saya penyiasat awak pulak letak kaki.. 


Awak keluar ikut tingkap, tak pakai baju, baju tu pulak (baju yg Ana pakai skang) baju saya?




Ana : Saya nak amik baju, baju tu kat luar. Pintu umah kunci. Mak saya tak bagi saya keluar. Sebab tu saya kuar ikut tingkap.




Detektif : Dalam laporan ni, mak awak sekali keluar ikut tingkap..?




Ana : Tak! Mak saya ikut bumbung.




Detektif : Mak awak ikut bumbung?!




Ana : Hmm!(mengiyakan)




Detektif : Tak muat tingkap keluar ikut bumbung..? Selalunya orang bela hantu je bukak bumbung.




CEKIK! CEKIK! 
[bunyi flash kamera]




Detektif : Ha.. amik gambar dulu. Tu wartawan tu. 
Arr...posing lain pulak. Tu kaki rapat sikit...




Ana : [sayup2]... hidung jangan kembang.




Detektif : Awak pulak pesan saya hidung jangan kembang...
Walaupun awak tak banyak cakap, tapi nyakitkan hati ye..




******(next scene)**********




Ana : Harghh..[separa menjerit]




Detektif : Eh? Saya belum duduk rapat dengan awak pun awak dah menjerit..?




......BERGEMA......................[bunyi pelik kuar dari dalam bilik]




Detektif : Sekarang awak ingat tak, agak2 awak bunyi ape tu?




Ana : Tu bunyi perut saya dah lapar.. perut saya memang bunyi camtu.




.........tettttt [buzzer jawapan salah].........




Detektif : Salah. Saya bagi awak satu kali untuk awak cuba....(bukak radio untuk teka lagu)




.........diriku sedar, siapalah aku di matamu..........




Detektif : Ha.. tu lagu sape?




Ana : Tu lagu Hermantino.




Detektif : Ha...tettttt[buzzer] salah lagi. 
Kita naikkan menjadi tiga ribu sembilan ratus ringgit ye, untuk jawapan bunyi tadi. Dengar sini baik2.
Azhar...nama awak sape? Kat sini 'Ha'




Ana : Nama pendek 'Ha'...




Detektif : 'Hawa Napsu'..?




Ana : Tak. Nama penuh 'Hawau'.




Detektif : Awak ni memang loyar buruk la. Penjenayah apa awak ni?




Ana : Saya kena tangkap sebab makan cicak.




Detektif : Oooohh...awak ni keturunan ape ye?




Ana : Mak saya suruh tapau cicak, Mak saya pun makan cicak. Tu yg dia kuar ikut bumbung.




Detektif : Oooohhh...lalat makan?




Ana : Makan..




Detektif : Langau?




Ana : Ape yg terbang, sumer makan...buleh..




Detektif : Ow, sumer makan? Kapal terbang pun makan?




Ana : Kapal terbang sipi2, bucu sayap tu boleh la...




Detektif : Ape awak ni...
(tukar topik) Sekarang ni awak ikut Kopral saya untuk ujian air kencing dan air liur. Ha..
Kencing sekarang. Saya pandang belakang. 
Berpandukan bunyi air kencing saja, saya dah tawu ye, awak mengandungi apa2 toksik dan sebagainya.




Ana : Tadah...tadah cik.




Detektif : Eh..? Ape pulak saya nak kena tadah. 




.......[bunyi Ana buang air]........




Detektif : Macam bunyi pelik? Awak pakai flush ye..ni compressor siap ada.
[bunyi baby].... siap kuar budak dah.
Saya suruh awak buang air kecik, bukan beranak sekali. Ni awak siap beranak skali apehal ni?
Tengok tu..eh, anak awak pun buang air kecik sekali? Tu set pekej ye?
Awak keturunan apa?




Ana : Saya keturunan cicak campur manusia.




Detektif : Cak-ya la. Caya tu rupanya dari awak la puncanya?




p/s : dua2 gila. Termasukla aku.
Agaknya orang macam aku ni nak tulis apa pukul 4.30pagi...?
Sape suh baca? muehehe! Dah la, aku nak tido.