Sunday 29 January 2012

Takde Maknanye ..

Hai mak. Entry ni untuk mak saye, Mak Yah. Mampus aku kena bebel sbb citer pasal dia. Dikesempatan cuti sem aku yang penuh dengan keajaiban, sebab aku cuba belajar memasak tengahari tadi. Untuk begginner, semalam belajar goreng sayur, tadi aku bakar ikan. Boleh tahan jugak ar rentungnye. Haha janji sedap. Ye la, aku mane reti memasak. Masak air dengan megi rendam reti la aku. Tak layak sungguh nak jadi bibik Najib. Haha tak kuase mak. Ape over ni? Aku dah lupe camne nak tulis blog ni. Macam dah berabad puleks.

Saje je nak buang mase ko baca blog aku. Memang takde keje pun. Keje aku, jaga anak buah yang sorang ni pastu jadi bibik kat rumah sendiri. Langsung takde mase untuk diri sendiri dan anak2. Oh sadisnye. Bile aku branak woi. Aku dan merepek, tak dapat dipisahkan. Kami bersatu menjadi Supersaiya M(Mangkok umah kau) terulung di bumi. Goku pernah berkata2 yang dia tak terkata. Rancangan kami hendak bermunakahat sangat tipis kerana aku punyai calon lebih terpuji sifat mangkoknye. Rancangan kahwin Lisa dan Yusri tak sehebat aku. Apeni weh?  Dayyum ==”


Aku dah lost. Sekian.

Tuesday 10 January 2012

dilemma zaman kanak-kanak

Masa zaman kanak2 dulu, aku salu berhadapan dengan dilemma. Persoalan demi persoalan. (cew.. banyak berfikir la konon). Biasa la.. budak lagi. Semua nak tau. Tak dapat jawapan buat assumption sendiri. Assumption yang memang tak masuk akal pon. Pastu kalau betul tu, bangga giler.

1) Disneyland.
Dulu time nak raye, ayah bawak kitorang sefamily balik kampung naik highway. Abang aku kata nanti jumpa Disneyland. Antara orang paling excited aku la. Setiap kali lalu depan tu, mata aku mesti berseri2 dok bayangkan keseronokan disneyland. Pastu siap imajin main gelongsor besar kat situ. Sonoknye.
Sebenarnye disneyland tu kilang simen. Aku tertipu. Siot punye abang.




banyak giler glongsor kat 'disneyland' aku tu..



2) Tunnel
Cerita on the way nak balik kampung jugak ni. Selalunye mesti lalu terowong. Tak tau kenapa, asal lalu situ mesti abang aku cakap. "lily..lily nak lalu terowong ni. Cepat! Cepat!" aku dengan behengong nye tengok depan, pastu senyap. Tengok lampu kat dinding terowong. Kenapa mesti senyap dalam terowong tu aku pun tak pasti. Mungkin sebab bayangan aku dulu camni...






3) Pokok tumbuh
Time sonok makan buah, bile dapat telan bijik buah tembikai. Buah anggur.. Kuaci.. buah ape2 je la yang sedap enak ditelan begitu saja. Kuaci salunye hisap je. Tak telan. Susah nak telan dol! Tercekik aku, naye je. Kalau bijik buah delima tak pulak telan. Maybe sebab bijik dia kelihatan walaupun tak makan lagi, so aku awal2 boleh buang. 


Berbalik kepada cerita aku telan bijik dengan rakusnya. Time tu aku makan tembikai kuning. So, sume tau la kan, tembikai kuning ni banyak bijik, abang aku tiba2 je tertanya. 


temikai albino. *sarcasm


abang: "eh, bijik tu ko telan eh?"
aku: "hmm..mestila"

abang: "makan la kau.. nanti pokok tumbuh dalam perut ko... baru tau."
aku: "boleh ke pokok tumbuh?"
abang: "mesti la boleh.. ko tau tak perut kita ni ade air. Kang bijik yang ko telan tu cukup la air dia nak membesar. Habis la kau lily.. nanti pokok tu menjalar2 keluar dari dalam perut. Pastu bebunge, berbuah keluar dari bijik mate ko.. gasak laa"
aku: "eee.. yeke? kalau buat operate sempat tak? lily nk buang bijik yang dah makan tadi?"
abang: "tak tauuuu..."


Kentut betul. Sihat je aku sampai skarang.


4) Putih
Sayur? Dari dulu aku tak suka. Pahit! Lagi2 sayur hijau cam sawi...bayam. menci sungguh aku. Mak ngan ayah aku suka pancing aku suruh makan sayur. 


mak: "adik mesti makan sayur. Kalau tak camne nak putih.. 
aku: boleh putih ke makan sayur?
mak: [ignore]...tomato, sawi, kacang panjang, bendi.. Tengok dulu time baby putih, skarang berdengut itamnye."
aku: ok la.. [ngap makan]


Harapan..


aduhai.. sampai sekarang legam jugak je aku. Takpela janji sihat dan kuat. Aumm![bunyik rimau]


zaman budak2 dulu hidup penuh dengan keceriaan dan kejahilan. remaja pon bodoh gak sikit. zaman tua nanti bertauliah la agaknya. insyallah. ni gara2 anak buah aku la ni. macam2 hal. haih... kebizian yang melampau sampai teringat zaman kecik2. bongok tapi sonok.


p/s: kebanyakannye, aku salu kena tipu dgn abang aku. T.T