Saturday 14 May 2011

Begitulah Dia

Hari ni hari ke lima, aku duduk rumah goyang kaki. Dan hari ni jugak, mak aku tak pegi mana-mana. Kalau aku lambat sket keluar bilik, mula la melenting. Nak privacy pon tak boleh. Eceh emo lak. Thihi~


Seperti hari-hari biasa la, cuaca sekarang ni semakin panas. Kat KL jerebu teruk. Jangan kata KL je, kat KKB pon same. Aku tidor siap mimpi tengah buat sauna. Hmm..permainan tidor sungguh! Mati-mati aku ingat nak mandi lulur pastu. Dem it!


Penantian adalah satu penyeksaan. Saat ni aku tengah menunggu ketibaan hari praktikal. Ampang je. Ala, firm biasa je....kot. Aku pon tak survey lagi bangunan mana. Hehe. Harap-harap biasa je la. Cuak gak ni. Thihihi~


Petang tadi aku call Supervisa aku, Incik Zaidi. Puncanya mak aku la.


Mak : Li.. Isnin ni ko masuk pukul berapa?

Aku : Ermm... lupe nak tanya..

Mak : Heeii...bochah iki.. Hal engko pun mak nak kena ambik tau. Dah besar panjang ni pun tak reti-reti lagi. Mak la yang kena sidai kain...bla..bla..blaaa....(perit hati kalau taip)

Aku : ?<~!@#$%^&*()_=+.....Ni nak call la ni. Lily lupe la....~!@#$%^&*()+_=

Heshh, malas tol aku nak ulang balik. Tapi lebih kurang camtu la mak aku membebel. Penat dah dengar. Takpe la, tahan je la. Pasni aku kena duduk rumah yang ada penglipur lara pulak, nenek aku. Yang ni jangan citer la, suka benor bercerita. Satu phrase aku tanya, satu essay dia jawab. Kalau buat oral test ni dijamin A+++++(sampai tak larat nak plus la cikgu tu). Biasa la orang tua memang gitu yedakk. Hmm..

Deringan kedengaran memecah gegendang telinga bila aku call Incik Zaidi. Jelas di corong ganggang telepon suara yang agak garau..

Bayangan aku rupa dia begini..

Zaidi : Hello?

Aku : Hello. Assalamualaikum.

Zaidi : Walaikumsalam.

Aku : Ni Encik Zaidi ke ni?

Zaidi : Ya.

Aku : Saya student practical minggu depan. Nak tanya Isnin ni nak masuk pukul berapa ye?

Zaidi : Siapa ye ni?

Aku : Saya Lily Natrah, student USM.

Zaidi : Oh, you.. Lily Natrah ye? Tanya ape tadi?

Aku : Saya nak kena masuk pukul berapa Isnin depan?

Zaidi : Minggu depan ke? You masuk Isnin ni ye?

Aku : A’ah.

Zaidi : Ooooh.. datang je la.

Aku : Nak masuk pukul berapa eh? (Heshh..penat aku ulang. Genap 3kali dah ni.)

Zaidi : Awak datang pukul 9.

Aku : Ooohh..ok. Nak kena bawak apa-apa tak?

Zaidi : Bawak apa-apa?

Aku : Bawak laptop ke? Apa-apa yang perlu..

Zaidi : Ada laptop?

Aku : Saya memang ada laptop. Nak bawak ke?

Zaidi : Ha.. bawak je la.

Aku : OK. Ada apa-apa lagi tak selain tu?

Zaidi : Awak bawak kuih.

Aku : Kuih?

Zaidi : Ha’ah, kuih. Awak pernah makan kuih tak?

Aku : Err.. saya tak reti masak kuih. Huhu.

Zaidi : Beli je la. Susah-susah pulak nak buat.

Aku : Hehe.. ermm.. lagi? Surat-surat...(tak abis cakap lagi)

Zaidi : Surat beranak awak tu simpan je. Tak payah bawak.

Aku : Mmm..maksud saya surat approval.
(heishh..bersenda gurauan pulak orang tua ni)

Zaidi : Ooooh..yang tu bawak la. Jangan lupa bawak kuih saya nanti.

Aku : ......(tak abis-abis la kuih)..... Arrr... ye lah. Nanti saya beli yang panas-panas punya Incik Zaidi.

Zaidi : Hehe.. OK.

Aku : OK, terima kasih ye. Assalamualaikum.

Zaidi : Waalaikumsalam.


p/s : 
Adakah aku skema atau dia sengal ubi?




Tuesday 10 May 2011

Berakhirlah Sebuah Penyeksaan

Lega rasa bila peksa dah habeh sumer. Hadoi.. kalau nak flash back balik pun terseksa jiwa seksi aku ni nyah! Study last minit memang la seksa. Lagi 4hari nak exam baru nak fotostat nota buleh? Mantap punyer! Kau mampu ke? Hehe. Tapi time exam, wa ngantok seh! Mau je aku pesan kat pengawas peksa tu "Kejutkan beta sejam lagi. Beta nak beradu," 







Kalau la boleh terajang setan2 tu camni..
Dijamin aman dunia.
Sepanjang2 minggu exam haritu, aku memperjuangkan stadi aku kat bilik best partner lesbo' aku, Cik Naqi a.k.a Kiah Ronggeng. Kalau kat bilik sendiri, aku susah sket. Time2 tu la ada perasaan suwey bernama malas menjengah melalui katil puaka aku. Baru bukak 2page nota, aku dah down. Tak tau la nape. Rase nak nonggeng je atas katil. Al-maklumlah, sebagai manusia biasa ni, aku tak terkecuali dengan diapit oleh syaiton2 terkutuk tak sedar diri. 




Tak tau lah apsal. Makin lama aku hidup, makin terasa kebebalan kepala wotak aku. Apa yang aku baca rasa macam susah nak masuk dalam memory. Mungkin aku perlu upgrade memory? Atau tambah RAM? Ramai orang kata, external disk dah cukup. Kat PC fair yang hat baru ni, 1Tera baru RM199. Jadi takdak la selow-mosyen processor aku yedakk? Hmm.. maybe aku perlu format balik? Kerana processor aku ni makin bercelaru. Aku pon tak tau pasaipa aku dok cerita pasai processor. Kau confuse ye? Confuse tak pe, ke belakang dulu. Muehehe..


Umpama membawa kereta pusing satu round bout. Kadang2 aku pun tak tau apa yang aku cerita. Short term memory bak kata Incik Pakwe. Citer apa tadi? Jap, nak scroll atas balik...


Pasal exam den yo? Den ni nasibaik Sem ni sobab nyo, semuo soalan sepot yang den baco, berjayo terkoluar. HOrrrayyy!~ tapi maso exam den pakai bolasah yo. Jawabnyo umpamo kono libas dari bolakang. Laju2 jawabnyo. Tak tau la botul ko salah. Udahnyo, den kuar awal gilor. Den malas nak pikir panjang layi. Esei ni camno nak perbotulkan balik. Yang sudah, sudah la. Den harap, resab nanti tak la kiok dari Sem lepas.


Elok je paper history abeh, aku dengan Cik Kiah Ronggeng berams ke Pusat Membeli Belah untuk cari tempat hiburan bernama Neway. Punya la tensyen tak hengat, ku lepaskan menerusi lagu2 Cinta Kristal, Romantis, Hati Yang Kau Sakiti, Hey Ladies.. 


Ha, baik punya nyanyi, titibe tingat kat bibik Rossa!!!


Guwe bukan bibik sembarengan dong!
Mau liat lagi?


Muka kebibikkan doh! Syok2 je layan Hey Ladies, tingat muka Bibik Rossa. Hati Yang Kau Sakiti lagi la aku terkangkang2 gelak. Go Bibik Rossa! Semoga tak rosak masa depan.


Perjalanan masih panjang, aku menjejakkan kaki ke PISA mencuci mata sambil menyakitkan hati. Aku tak beli pape pun kat sana. Di penghujung Sem ni biasa la, PT dah kering awal-awal lagi. Biasa la, aku bukannya bijak sangat pon. PT je dapat. So, duit tu ibarat air mengalir tanpa belas kasihan je la. Paling banyak aku beli adalah makanan. Sebagai pemakan yang berhemah, aku telah menggadaikan sebahagian besar daripada perbelanjaan seharian dengan makanan. Benda lain tu kalau nak beli, aku pikir 44kali sebab aku lebih utamakan perut. Kalau perut kosong susah nak belajar kata mak. So, aku mengambil kata2 tu sebagai iktibar hidup. Ahaks!


Dalam banyak-banyak benda bukan makanan, paling latest dan mahal aku beli ialah kanta sentuh(contact lens. Perlu la aku taip BI kan?). Order dari blog, agak murah dari kedai spek biasa. RM30 siap casing(kaler pink? Yuckss!) and delivery charge. Aku order kaler hijau nan gunung. Sampai-sampai je member aku 2ekor terus pakai masing2 punya. Cibai! Bukan nak tunggu aku. Pastu turn aku pulak pakai. Bapak dia! Macam wanita jahat dalam cerita-cerita omputeh yang ganas and seductive ala2 penggoda jalanan. Tekejut aku tengok. Yang member aku si budak 2orang tu kata "Tuddiaaaaa...terang gila ko punya Lily!!!" Dalam hati segan gak nak pakai. Tapi kalau macam ni... 


...OK jugak kan. HAHA!
p/s : 
Kepada Cik Kiah tersayang... Aku sayang gilak kau!!! ^^