Monday 11 September 2017

Wednesday 6 September 2017

Lately

Tak tahu lah kenapa lately ni asyik sedih je. Bukan ada orang mati ke, kucing aku mati ke. Walhal semua sihat je. Just that aku rasa nak bagi kat orang 3 ekor budak ni. Anak si Nara dah besar. So, might be a lot of expenses aku kena prepare for the future.

Kucing aku sekarang ada 11 ekor. Semua aku bagi makan sendiri. Aku bagitahu aku bagi makan sendiri ni sebab family aku memang tak minat nak bela kucing. Kucing aku semua aku kurung dalam bilik dia. Maksud kat sini, aku bela sorok-sorok la. Takde restu parent. Mak aku, abang-abang aku, akak aku adalah #nonsupportiveteam. Ayah aku sorang je yang backup aku kalau aku ada terlepas pandang anak-anak aku. Kadang perangai anat anak aku ni tak nak masuk carrier dia lari keluar rumah, esok baru balik. Celake betoi. Yang baru ni, nak beranak tapi keluar tak mintak izin, pastu balik terberanak bawah katil. Dah la time tu aku dah balik Selayang. Terpaksa balik ambik anak beranak ni semua. Anak kalau 2-3 ekor aku boleh gagah lagi bela. Sekali beranak 5 ekor terus. First birth. Badan kecik, anak ramai. Tak pandai makan uri. Last-last aku buang je. Sekor tak dapat diselamatkan. Sedih gak ar. Sebab dia mati atas tangan aku.

Buntu jugak anak ramai ni. Bukan aku nak pun anak dia. Semua sebab jenis keluar masuk pastu titibe je mengandung. Aihh dah la aku kutip dia depan rumah, terberanak pulak. Dah besar sikit kena bagi orang adopt jugak. Takde space, masa, duit tu insyallah boleh usaha lagi. Rezeki Allah yang bagi. Atas usaha aku sekarang ni, aku jaga anak kucing terbiar semua ni untuk aku share rezeki dengan dorang.

Aku bukan orang have-have. Cuma aku punya sifat kecintaan terhadap kucing tu lagi mendalam daripada orang yang bela setakat ada kucing dalam sangkar. Kadang-kadang terpikir jugak kalau aku yang mati, siapa nak jaga kucing-kucing aku? Atau family aku buang kat pasar je? Astaghfirullah mintak simpang. Aku benci betul orang buang kucing kat restoren ke pasar ke watsoeva. Rasa macam nak campak dalam gaung je manusia ni.

Senanya, aku nak taip pasal benda lain tapi citer ini plak yang keluar.

So from now on, this is my diary.

Thursday 31 August 2017

Tak minat

Kawan ramai-ramai nak buat apa kalau sorang pun tak ingat kat kita.

...

Tak bawak ke syurga pun. 😕

Wednesday 30 August 2017

Someone only we know

At this age,
I realized,
The moment one of my good friend get married,
I lost my star in the sky.

She was a good friend yesterday but not today

Dedicated to all of my friend whose getting married, already married and at last found somebody is so-called future husband.

Thank you for bring me happiness in my life. I hope will find mine too.

Sunday 26 March 2017

Tiada lagi peluang kedua

Bila kau tanya "adakah aku kecewa dengannya?"
Aku tidak perlu membalas kerana tak pernah aku rasa indah setelah bertahun lama.

Friday 24 March 2017

Hello at last!

Hai. Dah lama tak update blog. Setelah bertahun. Tapi tak la sampai bertahun-tahun-tahun. Ada yang berkedut layut. Perkataan yang sesuai untuk post ni adalah perghhhhhhhhhhh perghhhhhh perghhhhhh lama gilaaaa baq ang tak update.

Terasa jauhnya dengan dunia dulu. Zaman jahiliah. Tak matang. Ya rabbi. Jauh giler.
Itu aku rasa la. Kau rasa, pedulik ape aku. So ko nak ape skarang? Tunjal?

Aku rasa nak menaip la mulai sekarang ni.
Kbye