Hari ni hari ke lima, aku duduk rumah goyang kaki. Dan hari ni jugak, mak aku tak pegi mana-mana. Kalau aku lambat sket keluar bilik, mula la melenting. Nak privacy pon tak boleh. Eceh emo lak. Thihi~
Seperti hari-hari biasa la, cuaca sekarang ni semakin panas. Kat KL jerebu teruk. Jangan kata KL je, kat KKB pon same. Aku tidor siap mimpi tengah buat sauna. Hmm..permainan tidor sungguh! Mati-mati aku ingat nak mandi lulur pastu. Dem it!
Penantian adalah satu penyeksaan. Saat ni aku tengah menunggu ketibaan hari praktikal. Ampang je. Ala, firm biasa je....kot. Aku pon tak survey lagi bangunan mana. Hehe. Harap-harap biasa je la. Cuak gak ni. Thihihi~
Petang tadi aku call Supervisa aku, Incik Zaidi. Puncanya mak aku la.
Mak : Li.. Isnin ni ko masuk pukul berapa?
Aku : Ermm... lupe nak tanya..
Mak : Heeii...bochah iki.. Hal engko pun mak nak kena ambik tau. Dah besar panjang ni pun tak reti-reti lagi. Mak la yang kena sidai kain...bla..bla..blaaa....(perit hati kalau taip)
Aku : ?<~!@#$%^&*()_=+.....Ni nak call la ni. Lily lupe la....~!@#$%^&*()+_=
Heshh, malas tol aku nak ulang balik. Tapi lebih kurang camtu la mak aku membebel. Penat dah dengar. Takpe la, tahan je la. Pasni aku kena duduk rumah yang ada penglipur lara pulak, nenek aku. Yang ni jangan citer la, suka benor bercerita. Satu phrase aku tanya, satu essay dia jawab. Kalau buat oral test ni dijamin A+++++(sampai tak larat nak plus la cikgu tu). Biasa la orang tua memang gitu yedakk. Hmm..
Deringan kedengaran memecah gegendang telinga bila aku call Incik Zaidi. Jelas di corong ganggang telepon suara yang agak garau..
Bayangan aku rupa dia begini.. |
Zaidi : Hello?
Aku : Hello. Assalamualaikum.
Zaidi : Walaikumsalam.
Aku : Ni Encik Zaidi ke ni?
Zaidi : Ya.
Aku : Saya student practical minggu depan. Nak tanya Isnin ni nak masuk pukul berapa ye?
Zaidi : Siapa ye ni?
Aku : Saya Lily Natrah, student USM.
Zaidi : Oh, you.. Lily Natrah ye? Tanya ape tadi?
Aku : Saya nak kena masuk pukul berapa Isnin depan?
Zaidi : Minggu depan ke? You masuk Isnin ni ye?
Aku : A’ah.
Zaidi : Ooooh.. datang je la.
Aku : Nak masuk pukul berapa eh? (Heshh..penat aku ulang. Genap 3kali dah ni.)
Zaidi : Awak datang pukul 9.
Aku : Ooohh..ok. Nak kena bawak apa-apa tak?
Zaidi : Bawak apa-apa?
Aku : Bawak laptop ke? Apa-apa yang perlu..
Zaidi : Ada laptop?
Aku : Saya memang ada laptop. Nak bawak ke?
Zaidi : Ha.. bawak je la.
Aku : OK. Ada apa-apa lagi tak selain tu?
Zaidi : Awak bawak kuih.
Aku : Kuih?
Zaidi : Ha’ah, kuih. Awak pernah makan kuih tak?
Aku : Err.. saya tak reti masak kuih. Huhu.
Zaidi : Beli je la. Susah-susah pulak nak buat.
Aku : Hehe.. ermm.. lagi? Surat-surat...(tak abis cakap lagi)
Zaidi : Surat beranak awak tu simpan je. Tak payah bawak.
Aku : Mmm..maksud saya surat approval.
(heishh..bersenda gurauan pulak orang tua ni)
Zaidi : Ooooh..yang tu bawak la. Jangan lupa bawak kuih saya nanti.
Aku : ......(tak abis-abis la kuih)..... Arrr... ye lah. Nanti saya beli yang panas-panas punya Incik Zaidi.
Zaidi : Hehe.. OK.
Aku : OK, terima kasih ye. Assalamualaikum.
Zaidi : Waalaikumsalam.
p/s :
Adakah aku skema atau dia sengal ubi?
No comments:
Post a Comment