Friday 16 December 2011

kenapa senyap?

Sitting on my stairs at home
Cats sleeping at our feet
You want to stay with me all day
But the clock won’t miss a beat

I’ll call you later, don’t you worry i’ll be okay
How can i make you see
Don’t make a fool of me
I’m not naive, and i’ll just turn and leave

How can i miss you
If you don’t go away, if you don’t go away from me
Can i miss you? Its only for today
Just for awhile just for today

Thoughts of us float in my head
Our laughter ringing clear
I love the way your ears turn red
You wonder what it means
I wonder what it means too



“Benda senang je. Lama tak contact tu kan bagus. Rindu.”
“Cecehh.. jiwengs. Sengal tau. Cubit pakai paku tekan padan muka.” 
#sengihsorangpintal2rambut

Some Space by Estrella



Tuesday 13 December 2011

Don't Leave Me

Don't leave me.
We must forget
all that can be forgotten,
that already has passed away.
Forget the times
of misunderstandings,
and the times lost
trying to know how
Forget those hours
which sometimes killed
in attacks of "whys"
the heart of happiness.

Don't leave me.
Don't leave me.
Don't leave me.
Don't leave me.

I'll cover you
with pearls of rain
from countries
where it never rains.
I will dig the earth
until my death
to cover your body
with gold and lights.
I will make a land,
where love will be king,
where love will be law,
and you my queen.

Don't leave me.
Don't leave me.
Don't leave me.
Don't leave me.

Do not leave me.
I'll make up
crazy words
that you'll understand.
I'll tell you
about the lovers
who have twice seen
their hearts catch fire.
I'll tell you
the story of this king
who died from not
being able to meet you.

Don't leave me.
Don't leave me.
Don't leave me.
Don't leave me.

We often see
the fire erupt
from the ancient volcano
we once thought too old
It is shown that
lands that were burned
gave more wheat
than the best April.
And when the evening comes
with the sky blazing
-- the red and the black --
which doesn't blend.

Don't leave me.
Don't leave me.
Don't leave me.
Don't leave me.

Don't leave me.
I won't cry anymore
I won't talk anymore
I will hide there.
To watch you
dance and smile
and to hear you
sing and then laugh.
Let me become
the shadow of your shadow,
the shadow of your hand,
the shadow of your dog.

Don't leave me.
Don't leave me.
Don't leave me.
Don't leave me.

-Nina Simone

Payah Nak Paham Apa Lecturer Mau!

Pagi yang tak serupa pagi. Aku terponteng studio pagi ni. Bayangkan la kau nak tido pukul 5pagi tapi tak boleh tido. Kau golek-golek atas katil dalam sejam baru boleh tido. Pastu kau pikir apa? Ha.. harapan aku nak ke kelas musnah la bersama floor plan parang yang aku sketch Jumaat minggu lepas. Tapi kau jangan ingat parang aku angan semata. Lecturer aku dah approve OK petang tadi. Mana kan tidak, aku dok olah benda tu jadi ladybird. FYI, aku telah menghabiskan masa 2hari makan tido tak menentu angkara ladybird ni. Kau ingat senang? Last-last ladybird aku pun terbang kemana, parang menjadi pengganti. Aku dah agak dah parang is the best! Kaaan.. jangan ingat parang aku tu angan je. Memang word ‘parang’ tu berulang atas dasar Pandang Ke Parang Tanpa SirehBuahPinang. #sarcasm

setajam parang ku sayang. ko ade?
 >>>>>>>>>>>>>>>

eh? mengawan pulak ia. takpa, kamu tetap comel hai ladybird
Berbalik kepada cerita ladybird, aku sebenarnya tak puashati design parang aku dia tak suka. Sebab kau bayangkan ah, organic design yang ditolak mentah-mentah sebab tak tau structure detail lagi. Wattafak. Aku penat lukis structure kot. Belum sempat aku nak cerita spaces kat restoren aku, dorang dah mencelah “Weh beb, pehal ko nye design organic doh”. Heh, merapi gak aku. Takde la dia kata camni, but the meaning is not too far la. 

Aku still tak paham lagi kenapa lecturer aku tolak design aku aritu. Ada senior kata lecturer aku ni macam lalang sikit. Sekajap kata A, sekejap kata B. Cam kes aku ni, sekajap parang, sekajap ladybird. Heh, biaq pi dia ah. Janji design dah boleh proceed. Aku dah cuba sebaik mungkin kot. OK ikut kefaham aku sebab utama ditolak:
  1. Dia organic. Maksudnya banyak tajam-tajam and unnecessary narrow spaces
  2. Layout dapur yang sebenar bagi restaurant tak logik
  3. Dapur banyak bebenor.
Helo lily, ini bukan dapur rumah kau. OK ini memang silap aku pun. Hehe. But it quite fun to learn about the spaces. And I can say like "yup, I never learn before." Buat design suka aku je. Aku suka organic cenggitu, nak buat camne, sebab tu aku tunjuk structure secara draftly. Aku dah sedar, langit tu tinggi rendah dan sebenarnya aku yang pendek. #Tibe2kaukenapa?

Untuk pengetahuan, bagi budak archi cam aku ni, teramatlah susah untuk melukis structure. Walaupun tekap dan sketch. Bukan setakat dari segi saintifik presentation tapi ia memerlukan gaya seni yang menarik dan mantap. Sebab aku belum ambik subjek structure. Yela, walaupun aku amik fizik tapi fizik B3 je kot time SPM. OK fine, memang aku malas nak ambik pun. First, aku tak minat kira. Second, aku tak minat gila. Banyak subjek elektif yang best daripada tu kot. Kan ada, bagi je la engineer or building technology or watsoeva builder or Bob the Builder buat kira-kira structure kalau tak dia takde kerja. Kesian. 

Plis abaikan kesusahan structure, and you know what, aku start falling in lep dem much dengan drawing structure. Hasil yang cantik dan memuaskan. Ewah, nak kate drawing kau buat cantik letteeww. Ahakz! Bukan maksudkan aku nak belajar structure, it just i’m having some fun for that time being. Mode sudah datang. You know what i mean. Macam quote Jarjit ‘Upin Ipin’ la. Kalau satu, seronok. Kalau dua, dua ronok. But again and again aku buat structure, aku beronok-ronok. Really fakin enjoy it, ang tau. Cam hape kan dah tua suka layan katun toyol dua ekor tu. Well, support local act la beb. FYI, aku suka Mail. Ahak! 

p/s : takmau tunjuk drawing structure. ceq malu. aww!

Saturday 10 December 2011

Bosaning while Lepaking

Lepas kelas BI petang semalam, aku terus je tido lama-lama. Penat. Hampa. Presentation design aku pun tak menjadi. Crit semalam lebih kurang camni.

“Kamu punya bentuk ni organic sangat la. And then terlalu banyak curvey2 shape. Tu yang kipas shape tu, apa?”

“Ini parang ni. I tengok you suka parang. Daun sireh. Buah pinang. Kacip. Macam nak makan sireh”

“Awat hang dah nak kawen ka?”

“I think you should simplify your design”

“Wa... Kitchen empat? Kitchen awat bentuk gini? You tak pernah masak ni.” Hehe tak pernah tu, silap. Tak pandai masak tu, betul.

“Kenapa suka parang?” Macam best je bentuk tu.

“I tengok you ni, cita-cita tinggi. Takpa this building can be build. I taknak you kecewa but try to simplify your floor plan” Sedap hati aku dengar.

Yang penting aku suka structure dia, walaupun tak menjadi. Dome kaca yang bawah berselirat dengan steel. Air mencurah2 dari atas. Pokok bunga jurai2 ala-ala fairy tale. Floor plan aku, kompem kena buat baru. Nasibaik dorang bagi idea sikit, boleh aku usahakan yang idea yang lain. Tapi aku puas hati dengan structure. Sebab benda yang paling liat aku nak buat adalah detailing ni. The end. Cukup la cerita studio aku. Paling kurang aku dah cuba usaha.


Seperbangkitan daripada beradu, aku terus je lapar. Macam biasala menu makanan ekspres aku, burger mamu kat bawah blok Restu. Dalam banyak2 burger kat Penang ni, burger dia best kot melainkan burger McD. Mayonis dia mengancam seyh. Time cuti sem dulu ni, Cik Kiah siap boleh rindu-rindu nak makan burger mamu. Oblong, burger speacial dia the best. Besar, padat dan kenyang. Tapi sem ni dia dah tak niaga selalu kat situ. Dengar kabor kena halau dengan orang jual burger gak. Tahpape! Dengki la tu. Malam ni kira nasibaik la dapat rasa lagi burger dia. Watta.. Bunyi macam orang kapel, frust lepas kena dump kan. Atau ayat dia camni. Malam ni kira bahagia sikit still dapat lagi jumpak dia dalam kelas. Oh, Gayah!~  Haha shyte. Kenapa perlu Gayah?

Bulan suram. Awan seolah tak mau disapu angin. Nasibek enjin boleh start, dengar kata member aku, baby aku nangis lama dalam hujan tapi tiba2 diam. Takpe tu tanda dia faham aku tak dengar. Aku dengan cik kiah cuba cari port best nak bersantap, last2 pergi jenguk tapak pesta. Henjong burger mamu yang panas lagi kulu-kilik. Jalan laju2, sebab taknak buang banyak masa. Tak sedar tu, memang tangah buang masa. Cik Kiah tanya “Cane nak gi tempat main-main tu.” Tanya aku tu macam aku pegi tiap2 malam tapak pesta ni. Ni la first time sampai, faham. Tiba-tiba je “Lalu ikut sana tu”. Kami pun “Tengs!” dan bergegas ke tempat ditunjuk. Aku tak tau pulak tapak pesta ada tourist guide. Pastu, kitorang chow sebab malam dah lewat sangat, so takleh nak main ah. Tambah pulak kena tegur dengan stranger. Takpe, esok masih ada.


Kat Queensbay pulak, kami merenung nasib sama. Takda boyfren, takda boyfren. 

Kenapa tibi tu kejam sangat. 

Mana ada kat uni terus jumpa boifie. Tipu! #mukatakpuashatisambilkunyakrojakbuah


Dulu mentaliti time kat sekolah... dah habis sekolah jumpa la tu.

Lepas matrik... jumpa time uni la kot.

La ni dah nak grad pun... sorang pun takdak.

Apakah dunia ini sebegitu zalim terhadap kami 


Angan mu terlalu meninggi Lily. Tak terlepas juga Cik Kiah turut berfikiran begitu. Cengkaman sanubari terbiar. Lantas tercengkam penglihatan kami ke arah beberapa lelaki yang berpenampilan sama dan berpattern perut seakan mengandungi bukan mengandung. Kami tertawa. Bulan yang tadi berselaputkan awan telah menampakkan cahaya girangnya seperti mengerti perasaan kami. Terusan membawa diri dengan rasa kenyang dan riang. Pacuan empat roda ku merentas angin meluru ke asrama.

p/s: Aku pun tak tau kenapa ayat ending aku jadi camni. 

Wednesday 7 December 2011

Apa Itu Blog Lilynitrate?

Dalam banyak-banyak hari, hari ni aku rasa down sikit. Sebab aku buat post yang melibatkan konspirasi. Melibatkan hati dan perasaan orang lain.

Menyebabkan hubungan yang merenggang?

Yup. Itu yang aku nak cakap.

Padan la muka kau. Ayat macam cibai laut.

Ye, terima kasih pendirian aku yang lagi satu. Aku bukan nak libatkan orang lain. OK, baik. Mungkin ada yang tak paham ape sebab aku tulis isu kat blog. Itu la persoalannye.

Kenape? Topik lain dah takde ke. Atau kau saja nak menimbulkan konspirasi? Nak femes macam blogger lain. Overview statistic menjulang puluhan ribu.

Femes? Sorry la. Baik aku masuk Akademi Fantasiot (AF) dulu, dari masuk Universiti Suka Main (USM). Mungkin aku sekarang dah pegang duit beribu-ribu lemon, kiwi, ayam, itik, unta etc etc.

Berbalik pada isu konspirasi tadi. Ini bukan pasal jatuh bangun seseorang..kutuk belakang, ini pasal pandangan yang berlegar kat ruangan kepala hotak aku ok. Aku suarakan melalui tulisan. Apa yang aku dapat? Feedback orang yang membaca.

Suka.. tak suka.. happy.. setuju.. kutuk.. meroyan.. bangga.

Aku tau ada yang menyampah gila dengan blog aku. Dah la merepek, kanak-kanak riang ria aidilfitri, carut marut bersepah. Haha.. biar la orang nak kata. At least aku jujur dengan cara macam ni.

Kenapa kau tunjuk kat sini Cik Lily yang celaka cantik? Kau ada mulut nak cakap kan. Dah tak reti nak cakap. Apa la yang ada dalam kepala otak kau tu eh. Teringin aku nak kokak keluar otak tau, scan. Kau tau tak ayat kau menyakitkan hati. Mesti mulut ko ni kat luar macam bontot ayam kan. Dah la busuk, bertaik pulak.

Ha.. bagus jugak tu. Suka aku dengan soalan tu. Terima kasih sekali lagi pendirian yang lagi satu. Sebenarnya aku ada mata melihat, mulut bercakap, telinga mendengar. Juga otak memikir, hati merasa. Apa yang kau perlu buat semasa bercakap... Ye, bijak! Fikir. Bagi penulis macam aku ni guna otak nak fikir. Mungkin cara aku ekspreskan ni terlalu extreme. Tapi aku bukan ambil pandangan aku je. Aku tetap mengambil pandangan orang lain untuk mengukuhkan alasan aku kenapa aku menyatakan sedemikian.

Bak kata orang, cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar. Ini kau hentam sesedap rasa je.

Orang kata berat sama dipikul ringan sama dijijing. Kenapa terasa terpukul dengan ayat aku. Bukan aku cerita tentang kau. Aku cerita tentang aku dan diri mereka. Biar nama sendiri kotor, asalkan berani menyatakan perkara betul. Jangan pendam sendiri, nanti terbakar hati. Jangan ketengahkan suara major, suara si minor diketepikan. Kalau tak suka baca, sila la tekan butang private. Dan katakan tidak pada blog aku. Jangan rasa aib sendiri je, orang lain pun ada kelemahan jugak. Jadi, kalau orang ketengahkan aib sendiri, jangan pertikaikan pulak. This is about her, not about you, my dear. Jangan jadi bodoh boleh.

Bukan sebab aku bangkang. Bukan berharap kemenangan pada tangan aku. Hanya perspektif berbeza dari kamu. Ini sebab aku berpendapat. Nama pun blog aku. Title besar Monolog Dalaman, terlintas di kepala tak terluah. So it's about my internal monologue. 

Terima kasih membaca. Assalamualaikum w.b.t.


Andai dia tahu

Aku tak reti nak bermadah
Jujur ku katakan
Aku masih mentah

Bila marah, aku cakap
Bila sedih aku senyap
Bila rindu, aku ucap
Bila sayang, aku singkap

Yang terperangkap di jiwa
Semakin meronta
Teriak
Bukan niat membahas duka

Mungkin menjelekkan orang?

Mungkin..
Aku terlalu jujur memperkata
Lemah untuk mengalas kata manis

Mulut jahat...Kurang ajar..Bangsat
Babi.. Bitch. 
Selalu dah aku dengar (bukan dari mulutmu)

Well, i'm truely sorry my friend
It never change me how bad it heard on your ear

Kerana aku dah selalu dengar
Dah selalu ku guna

Aku terlalu menjadi aku
Selalu mengatakan yang jujur dari hati
Keterbukaan aku sukar di bendung
Tapi mulut ini terbejat
Bagai belum memahami kata

Aku sekadar berhujah tanpa audien
Apa yang difikir pasti diluah
Makna dalaman tak berhasil

Biarlah
Niat ku disalah erti.

Biar
Dia tahu aku yang salah
Biar aku melafazkan maaf
Supaya hubungan ini bertahan seperti biasa

Maafkan aku
Aku kurang pandai.

Tuesday 6 December 2011

aku yang miskin

Tau tak RM1960 tu mahal!
Aku takdak duit sebanyak tu


Tau dak PT sem depan masuk RM2000 je
Ye la aku tau kamu pandai
Dapat scholar
Mak ayah kamu kaya
Gaji 10k sebulan


Duit scholar habis pun takpa aih
Ada akaun PAMA boleh mohon
Sekali masuk..
Hari2 boleh lunch + dinner kat McD 
(tahukah anda satu hidangan kat mcd menganggarkan sebanyak RM10-15)


Kami ni breakfast tak pasti
Lunch kalau sempat
Teruih makan dinner
Dinner pun paling sedap kat cafe
Tak pon gerai2 Ivory


Memang la jalan2 tu bukan selalu
Tapi boleh pi len kali apa?
Dah kerja nanti kumpul la duit banyak2
Ang pi la jalan ceruk mana pun nak jalan
Lubang kuboq pon buleh aih, tak dak sapa larang.



Apa salah kita belanja yang sederhana?
Dari memerap lama kat tempat orang
Tak kemana pun gunung di kejar (sastera la kan)


OK fine pakai duit akaun sendiri
Hang kaya, aku miskin.


OK fine ang kerja, bayaq pakai duit gaji
Hang ada duit gaji banyak, aku punya gaji banyak ni ja


Daripada jalan kat negeri orang mahal2
Baik bercuti kat negeri sendiri,


Cuti2 Malaysia.


Pantai cantik? 
Pulau Kapas, Pulau Redang, Pulau Pangkor, Pulau Perhentian


Tempat sejuk?
Gunung kinabalu, Cemeron highland


Nak jalan2 sambil berfoya2 habis duit?
Genting Highland, Sunway Lagoon


Historical place?
Melake ade bai. babi la kalau tak tau.


Air terjun?
Carik sendiri la, malas aku nak pikir






p/s: tak marah, just tak puas hati. 

Saturday 3 December 2011

Hombak Rendu

Malam tadi aku tengok midnite dengan memember aku. Citer ape lagi kalau bukan title atas ni. Cerita ni dari novel, yang aku sendiri tak baca lagi. Sebabnya.. aku malas nak baca. 


Seingat aku, member best sekolah aku pernah baca, "Novel ni best sangat ke? Hari2 kau bawak pegi sekolah." Dia kata "Best tau. Sedih." Aku kata "Yeke?" Dia kata lagi, "Oh.. kau mana layan novel chenta." Aku kata lagi, "Heh.. tau pon."


OK, aku nak review sikit pasal filem ni. Bukan novel. Sebab aku dah kantoikan diri tak baca novel kejap tadi. Sebelum tu, aku bagi sinopsis sikit pasal filem ni. (bukan novel!!!)



Sinopsis:


Filem yang diadaptasikan daripada novel Ombak Rindu ini mengisahkan tentang perjalanan cinta dua insan, Izzah dan Hariz dari dua dunia yang berbeza dan mereka terpaksa menempuh pelbagai rintangan sebelum menemui kebahagiaan. Izzah adalah gadis kampung yang telah dijual oleh bapa saudaranya kepada sebuah kelab hiburan di K.L untuk dijadikan pelacur. Seorang pemuda, Hariz anak Datuk Sufiah, pemilik empayar perniagaan SUFIAH CEMERLANG telah mermbeli Izzah dari pemilik kelab tersebut untuk dijadikan perempuan simpanan, namun Izzah telah merayu Hariz supaya menikahinya untuk menghalalkan hubungan mereka.


Hariz setuju dengan syarat Izzah tidak menuntut sebarang hak sebagai isteri. Namun selepas itu, Hariz yang kasar dan panas baran telah jatuh cinta dengan Izzah yang penuh dengan kelembutan. Hariz kemudian terpaksa menikahi Mila, kawan zaman persekolahannya setelah didesak oleh Datuk Sufiah dan Mila yang amat mencintainya. Semasa Hariz koma dihospital akibat kemalangan jalan raya, Datuk Sufiah telah menghalau Izzah keluar dari bungalow Hariz dan merampas telefon bimbit Izzah.


Setelah keluar dari hospital, Datuk Sufiah memberitahu Hariz yang Izzah telah menjalani hubungan dengan lelaki lain. Hariz yang marah telah memberitahu Izzah bahawa dia akan digantung tidak bertali semasa terserempak dengan Izzah di rumah Pak Dollah, pemandu keluarga Datuk Sufiah. Izzah kemudian kembali ke kampungnya. Pak Dollah yang marah dengan Datuk Sufiah telah memecahkan rahsia bahawa Hariz adalah anaknya yang telah diserahkan kepada suami Datuk Sufiah untuk dijadikan anak angkat serta memberitahu Hariz bahawa Izzah tidak bersalah.

Hariz yang menyesal dan amat rindukan Izzah telah pergi ke kampung Izzah untuk memujuk supaya kembali kepangkuannya. Mila datang ke kampung Izzah dan menuntut cerai dari Hariz. Filem ini berakhir dengan Izzah dan Hariz menjalani hidup bahagia tanpa rahsia lagi.


Sinopsis ni aku copy je. Aku baca sebelum pegi nonton tadi. 



Review:
Bagi aku yang tak membaca novel ni and directly watch this movie, aku boleh cakap yang filem ni sedih sikit but it's quite boring actually. Ha kan dah buat pengakuan. Pengakuan yang bukan pelsu. Dan juga bukan dibuat2. Filem ni kalau nak dijadikan drama lagi elok kot. Boleh goreng2 jalan cerita. (tapi jangan la goreng macam cerita indon, sangat mengarut ok). Sebab bagi aku yang tak pernah baca novel ni, tapi pernah baca novel chenta selain novel ni, perasaan membaca adalah berbeza. Mungkin sebab atas imaginasi kita sendiri. Penghayatan setiap bait ayat yang tercatat lebih berkesan daripada suasana dalam filem. Aku tak dapat feel lebih la beb. Aku perempuan tengok takde feel ape pulak laki yang tengok. Memang feel tido la kau kat situ.

Sebaiknya aku rasa novel ni sepatutnya didramakan. Baru dramatik. Ni aku baru nak feeling2, dah buat aku gelak. Macam cerita Nora Elena. Romantik dan memberi kesan kepada penonton. Macam satu2 babak tu buat orang boleh tertanya2 apa scene yang seterusnya. 

Semua ni disebabkan pelakon sampingan. OK sebenarnya, pelakon dia ni bukan tak best. Tapi agak over. Aku gelak kot tengok citer ni. Aku pon heran gak kenapa semacam nak gelak je. Watak sampingan seperti Datuk Sufiah tu, nampak tak cool as the title 'Datuk'. Speaking accent lebat, padahal meluat je dengar. Lisa Surihani sebagai Mila Emilia, nampak kelang kelibut sikit. Maybe sebab watak dia yang memang panas baran. Cakap dah la laju. Bila marah, kembang segala organ di muka seperti hidung dan sebagainya. (hidung la penting)

Filem ni berkesan dari segi, view site yang menarik. Cameron Highland kat ladang teh, Langkawi banyak di pantai and sawah padi. Lagi satu, gambar filem yang cantik dan menarik. Lakonan Maya Karin dan Aaron Aziz best tapi scene diorang sikit sangat. 

Aku tak kata filem ni tak best. Overall, still OK. Ada je orang menangis tengok cerita ni. Maybe gadis yang hati strong cam aku ni susah sikit la kot. Sebak tu ada tapi nangis tu tak kot.


Kalau ditakdirkan filem ni menang festival filem , aku maybe tak puas hati. Sorry to say, sebab citer dia sama taraf boringnya dengan lagenda budak setan.