Monday 18 April 2011

BLA-BLA-SHING!

9.40 pagi, Khamis, 14 April 2011.

Empon berbunyi ringtone lagu yang dah lama tak main. Seolah mengejutkan aku dari terjaga dari mimpi yang kosong. Sambil emak tak jemu membebel di tingkat bawah di dapur, aku bangkit malas dari tempat tiduran. Ringtone berhenti berbunyi. 

Aku cuba membaca nama yang tertera di skrin empon. "Ex-boipren?". Apekah aku sedang bermimpi di siang hari? Nak balas ke taknak? Hati blur berbisik...ermm

Ex-ku : Salam. bizi?

Aku : Wsalam. Tak bizi.

Ex-ku : Sihat? Kat mne?

Aku : Sihat. Sape ni?

Ex-ku : Tak kenal. Takpe lah..


Poyo lak mamat ni... Terajang baru tau! Mandi lagi bagus! 


Aku : Tu pon nak marah. Orang nak test je pon.


Perut dah berkeroncong untuk Ana tak dapat tertahan. Pinggan ku capai, nasik disenduk. Makan rilek2. macam mimpi je. Suapan nasik semakin laju mengikut rentak ringtone mesej yang belum dibaca.


Ex-ku : Test ape?

Aku : Saje je nak test reaksi awak. Tak kerja ke?

Ex-ku : Baru balik out-station...cuti.

Aku : Hmm... Sihat?

Ex-ku : Sihat... So, awak nak kapel lagi tak dengan saye?


Uuuuuuuu.....Wah waw! 

*blushing*

Mesej dah nak reply, titibe empon rosak. Time ni la dia nak nganjing. 
Cilake! Nasibek ada spare. Simkad dah ditukar tapi kena tunggu 5minit lagi nak kena configure segala mak nenek dia. Dah siap... 

Klukkk..klukk...! (Mesej sampai)


Ex-ku : Sihat... So, awak nak kapel lagi tak dengan saye?


Sambil basuh pinggan, tengok tibi. Reply lambat2. 

Aku : Ok.

Ex-ku : Apa yang ok?

Aku : Eh, tak paham2 plak. Pang kang!


Dah 5bulan aku tunggu, munculkan diri jugak akhirnye.Tak sia2 aku tunggu. Aku terima sebab aku tau bukan salah aku je gadoh2 ni. Dia pon sama je. Kesimpulannye, memang dua2 bongok2 manja.  :)


p/s : he left me but he lup me. ehehe! *blushing*


Monday 11 April 2011

Walaupun Bizi

Heyyo! Heyyo! Heyyo! Akhirnya habis jugak final pojek aku. Dalam tempoh masa 2 minggu  aku membanting tulang, menggagahkan badan untuk masa depan yang tak pasti camna. Kalau aku budak archi yang cemerlang tak tidoq malam 2hari 2malam disebabkan pojek, tak terkecuali Matluthfi. Sebab dia pun budak Archi gak. Wow!




Tak sangka kot, lepas tengok video dia dok merungut2 lecturer tak approve masa crit. Caya la lu Mat! Gimme five! Sama la macam situasi aku. Bukan kata aku je, member2 aku pun gadoh sakit ati kot. Ada yang muka cam nak nanges, ada yang dah nanges dah pon. Bagi kami, kalau lecturer cakap cenggini... 

"Ni awat letak toilet hat ni?"  
"Hamboih! Besaq gila conference room." 
"Awat elevation tak sama dengan perspektif?" 
...kiranya layout kami bakal menemui jalan kegagalan...walaupun cantik mana bubble diagram di kaler oleh kami. Tambah pulak tu, bila dia cakap...




"I rasa front facade ni...... ermm.....less inviting la... Kena tukaq ni.." monolog kate, 
 * pojek ni memang utk setahun dia crit *


"Bila masa saya kata, lecturer room letak belah ni?"
* memang previous crit, aku crit dengan roh dia je *


"Next crit I nak tengok model teros na..." 
* Floor plan pon tak proceed agi. apedehal de..... =.=""


Ibaratnye aku memang tak amik subjek lain slain studio.


Sampai gulung2 lidah kau. Ahakz!


Hari berselang hari, waktu berselang seli bersama laptop. Tanpa laptop memang tak boleh hidop untuk budak archi. Tapi bukan membuka tirai fesbuk, mahupun laptop, semata2 ngadap Autocad. Nasibek aku takde balak, takyah aku nak pikior pasal sesape. Solat tu buat la. GILER KO! Dah mati nak jawab ape dow!


Tapi salunye aku lupe nak call mak. Ahaks!






Bila mak dah start call, aku pening. Kalau tak leter pasal aku tak call, memang tak sah. Haih... Mom never understand. Tapi takpe mak, leter2 la lagi yeh. Lily tetap sayang mak. :)


Dalam masa 2hari aku berkampung kat bilik member lesbo aku Cik Siti Naqi 
(actually we're not lesbo. Mampos aku kena maki ngan dak ni. ehek! XD)


Sebabnye, kami dok buat course work subject len. Seperti presentation housing, repot housing, presentation building construction, repot building construction, dan juga timeline untuk history. Ya! perbuatan melakukan kerja ini bagaikan kami dah drop studio malam kemarin. Babon kan.


Di ketika itu, jiran seblah umah aku buat pesta girang gemilang. Gembiranye aku memaki hamun setiap malam di wall fesbuk aku. Pada kesempatan  ini, kepada nyonya2 apek2 yang bergembira tu, saya harap...


Dah macam anney kedai mamak ko ni budak
Aku bukannye nak racist ke ape skang ni, tak.. Sebab dorang ni biadap sangat. Masuk arini, aku taip blog ni, dah 7hari buat pesta. Bukan setakat pencemaran bunyi, ni taik tinge pon buleh cair, pehal.


Lepas habeh sumer anta layout, lega rasa hati. Tenang. Buleh la balik tidor dengan aman. Masa tu, rasa lama giler tak tido atas katil. Aku tidor ada la dalam 2jam. Takpelah.. demi masa depan yang belum pasti ni, aku rela.


Bila dah habeh submit ni, penyakit dia mengalahkan orang sakit lepas beranak. Malas nak mandi, malas pi turon makan, malas nak tidor, malas kemas bilik.. Pagi2 nak baring je atas katil. Bangun esok pagi pon takpa aih. Kirenye nak qada kan balik tidor la. Hee~


Have a lazy time! 
Eh?! Have a great time!
p/s:
Seksi kan mak2 kucen neh.
Penat lak. Esok ade studio lagi, kelas makan2 dgn lecturer. Juga aku balik umah. 
Babai Penang!
Next entry aku buat video plak kot. Saje ngade. 


ni amek ko, video Matluthfi. Eh, bukan2! Video Anwar Hadi yang baru.