Tuesday 24 April 2012

Y U NO LOST?


Hari ni cam tak best la. Aku telah mengalami kerugian bangang sebanyak rm60 untuk kad matrik yang dah terjumpa balik. Sempat jugak la kehilangan ni jadi misteri.

3minggu lepas aku hilang kad matrik. Aku ni, cari la dlm compartment, bawah kusi, dalam beg, merata. Aku memang ingat betul la letak kat tepi compartment dalam keta aku. Betul! Tak tipu. Dah tak jumpa sangat report la kat jabatan keselamatan usm nun. Aku kata keta kena kopak. lulz.

Syak yg pertama:
Time abang aku guna keta, dia letak enpon dia terangakat skali dengan kad tu lalu tercicir

Syak yg ke-2:
Ada orang kopak keta aku amik kad touch&go dgn kad matik aku.

Syak yg ke-3:
Aku sendiri yg cicirkan. Tapi tak kot!

Ape kajadahnya orang kopak keta curik kad matik, yedak? Aku pasrah. Then, lepas buat bayaran denda apa segala. Nak dijadikan citer, abang aku ni tahape perangai dia hari ni, dia mengorek barang2 dalam keta tu. Tiba2..“oi! Apehal kad ko dlm ni?”

Jeng3... TADAA!!



Rasa aku kalau tak jumpa aku dah bahagia sekarang. Aneh. Tak tau pulak aku kad matrik aku mampu bergerak solo dan menyorok. Adakah ini jodoh? Atau bodoh? Siapa dalang disebabkan kebodohan penemuan semula ini? 

gembira tak kalo ko ada kad yg ko letak kat sebelah laci keta, then tau2 ada kat lubang handbreak. !@#$%^&*( kan. 

Aku ada 2kad matrik skarang. yeay! ko hado? dayyum = ="
mood : macam nak bako dua2 kad tu. puas.

Saturday 14 April 2012

Kucing Sakit

Pernah tak tengok kucing berulat? Tapi kucing tu still hidup. Aku ade sekor kucing blakang rumah yang kena penyakit tu. Ekceli kucing ni bukan kucing aku. Kucing jiran aku. Dia dtg sendiri. Meet Comel. nama pun comel je.





Dia ni beranak kat umah aku. Pastu suka main kat blakang umah. Mak aku rajin la bagi dia makan. Aku kalau nak ikutkan malas nak jaga budak2 ni. Kang sakit, aku jugak kena anta gi klinik. Leceh.

And the story begin is aku kena hantar Comel gi klinik pagi kemarin.

Sehari lepas balik dari Penang, aku baru habis basuh kete mak aku. Abis je cuci2 tu, aku ke dapur nak minum air pastu jenguk blakang umah. Panggil Comel. Puss..puss.. Comel dtg. Aku tengok blakang tengkuk dia dah bernanah dengan ulat2 langau. Adui ngilu tengok ulat tu makan daging2 Comel.


lepas aku letak ubat. selenger je.

Akak aku ckp dia kena pukul dengan kucing jantan, luka. Dia tak tau plak dah bernanah. Kucing jantan tu pun bukan kucing aku. Semua ni pendatang. Aku tak tau la nape rumah aku ni salu jadi rumah kebajikan kucing. Banyak benor kucing dtg merempat. Nak halau kesian. Aku dengan tangkas mintak twiser(tool pencabut bulu kening) dari akak aku. Sape suruh dia simpan banyak sangat. Tak pasal je aku buang ulat2 guna benda tu.

Nak ikutkan aku geli senanye tapi geram jugak tengok ulat2 tu makan daging Comel. Hidung dia naik pucat. Naik berlubang badan Comel, ada 4lubang ulat tu tebuk. Aku cabut ulat2 ada la dalam 10ekor lebih. Tu sikit. Dalam tu xtau ada brape banyak lagi.

Aku tengok je la ulat tu tergedik2 dalam lubang2 tu. Celake betul. Aku curah minyak gamat. Menggeletik macam nak kuar je tapi xsempat aku nk cabut dia masuk balik. Maka berdendam lah aku pada ulat2 tu.

Pagi esoknye, aku bawak Comel ke klinik. Dokter sempat bunuh n buang dlm 30% ulat dlm badan Comel. Dia kata ulat2 tu da makan daging2 kat leher n dada Comel. Kritikal jugak aku tengok dia. Dokter kata Comel ni memang tak tak sihat, air dalam badan dia kurang. Bila dokter cucuk bius dia jadi lemah sgt3. Kesian aku tengok mak dia. asik meow2 je time aku hantar ke klinik. Dia ingat aku buang anak dia.

Masa aku nak ambil dia petang tu, mata dia terbukak badan dia berombak tapi dia tak larat nak bergerak. Kurus dari aku hantar pagi tu. Membebel jugak dokter tu kat aku sebab hantar kucing tu time dia dah kritikal. Perlu la aku yang kena? Mana la aku tau dia nak sakit. Aku kat Penang lagi time dia sakit. Adui lantok ler. Pekak kan tinge je. Dia suruh aku palitkan ubat hijau tu, bagi antibiotik n beco tablet (vitamin).

Sekarang ni ulat2 tu dah mati, dokter kata dia kuar sendiri. Comel pun dah makin sihat lepas aku paksa dia makan antibiotik n vitamin. Biasa la kucing mana telan ubat macam orang. Sebagai tuan dia, ku gunakan kuasa veto aku jolok pil kat tekak dia. Bila dia sihat nanti jangan ada orang nak ambik dia, terajang muka dia nanti.



Mak dia. takde nama. panggil meow je. lalala~




Yang ni adik dia. bakal ada nama.



p/s :
aku tak sampai ati nak letak gamba ulat2 dia. kanga hado yg muntah. Next post aku citer pasal kucing aku yang kena potong kaki. 

Thursday 12 April 2012

9 Tips Karaoke



Penulis : Prof. Madya Dato’ Puan Guru Hajah Natrah 
Kelulusan : PHD. USM - (paling hawau der, uni sangat mengarut)

1-      Sebelum masuk ke bilik karok(karaoke), sila stress kan diri. Anda akan mengalaminya dengan memikirkan perkara2 duniawi. Sebagai pensyarah architecture yg bertauliah, kebanyakan student mengalami stress membuat studio mereka. Walhal mereka memilih untuk mengembalikan mood2 luarbiasa mereka dengan berkarok. Ternyata, lagu yang dinyanyikan seolah penyanyi professional seperti dato’ siti, ziana zain malah jamal abdillah? Superb! CGPA pon mantop.



2-      Order minuman yang berkualiti. Seperti air mineral, 100plus, air asam, air mata, air wuduk. Eh? Tak kesah la.. janji bukan ice blended mocha, strawberry milkshake. Sebab utama, kita taknak la tengah sedap3 nyanyi ni, tibe2 takde suara. 1st, sebab baru masuk lagu pertame nyanyi lagu high pitch, 2nd, basahkan tekak guna air sejuk. Bukan basah tekak yang ko dapat, gersang tandus terus tekak mu.


3-      Pilih lagu low note dulu. So as i mentioned b4, kita tak mau la lu ols kecundang di pertengahan jalan. Jadi, sebelum sore lu pecah di awal perjalanan, baik pilih lagu yg rilek2 dulu. Layan mood dlu. So balik nanti tak la kecewa, “apsal aku nyanyi mcm ayam kena semblih”...”nah, amik la mic ni. aku surrender”... “aduih, pening pale teran sore. Rase aku nyanyi 4bijik lagu je?”

Sebagai yg berpengalaman, pilihla lagu seperti selena ngomez, salomah, amir ukiss. Kekasihku di menara ke, love you like a lep song, etc. Takmo lagu puncak kisah- Jiana Jen, Cintan- Melly Gofast ft. Kris Dayang Senandung, etc. Pastu kang tak masal ko jadi penonton je. Ish3..

4-      Lagu happening. Apa objektif sebenar kite gi karok? Mestila bersuka ria. Ko kate tensyen kan. So kita perlukan lagu2 happening memuaskan hati. Baru best. Puas. Huih, rakus ayat ku! Hehe

Bergembira, bukan kecundang ditengah jalan. Kalo dah tengah2 karok tu ada mase ngantok2 nyanyi lagu tangkap lentok, wa rase baik lu nyanyi kat bilik air je. Agak2 da terase ngantok tu terus celop kepale kat air kolah. Tak dan ko nak ngantok. Settle!

perlu la ko hepi giler mat? basuh muke je pon

5-      Lagu K-Pup/J-Pup tak digalakkan. Tak yah la weh. Merapu tah pape je kang. Malu kat orang lalu lalang. Lain la ko dah blajo hurup2 cacing dorang tu, takde hal la. Selesaikan kes anda nyanyi lagu Melayu la weh. Rasa lagu melayu sengal ngat, lagu English kan hado.

Nak sangat nyanyi K-pup, sila pronounce dengan kompiden. Kompiden tahap poliden tak po jah. Aku sokong dari jauh.
olololoooo #flush dlm jamban

6-      Jangan ‘overdansing’. Seronok pon jangan la sampai meletihkan diri sendiri. Adui, ni bukan AF nak nyanyi sambil berdansa weh. Penat lelah n tired la ko dalam tu..

7-      Wireless microphone. Sila off mic sehingga sampai seru ko nak nyanyi. Sabo2 la nak nyanyi tu. Off mic tak bermakna lagu ko skip terus. Rilek je. Kang tak sampai masa da kena guna 1 mic dalam 2-3jam.

8-      Sila jangan jerit. Kalo nak kuat sangat volume, ko bawak baldi sendiri nyanyi dalam tu. Dengor kuat tak kuat? Hape la, volume tu kasi lebat. Tak payah susah2 jerit der. Sumbang mambang jadinye.

9-      Nak enjoy? Suka mu la nak nyanyi camne pong weh. Janji happily everafter.

Hehe.