Thursday 28 July 2011

10 Perkara Bukti Lelaki Itu Complicated






1.Kalau kau melayannya dengan baik, dia pikir kau jatuh cinta kepadanya.
Kalau tak, dia akan anggap kau sombong.



2. Kalau pakai cantik-cantik, dia fikir kau sedang cuba untuk ngorat dia.
Kalau tidak, dia kata kau kekampungan.



3. Kalau kau berdebat dengannya, dia kata kau keras kepala.
Kalau kau bersenyap, dia kata kau tak ada IQ tinggi.



4. Kalau kau lebih pintar daripada dia, dia akan jatuh air muka.
Jika dia yang lebih pintar, dia bajet hebat sangat.



5. Kalau kau tidak cinta padanya, dia akan cuba mendapatkan ko bermati-matian.
Kalau ko mencintainya, dia akan cuba untuk meninggalkan ko.



6. Kalau kau bagitau dia masalah ko, dia kata ko menyusahkan.
Kalau tak, dia tuduh kau tidak mempercayainya..



7. Kalau kau cerewet dengan dia, dia anggap kau seperti seorang pengasuh .
Kalau dia yang cerewet kat ko, itu kerana dia mengambil berat.



8. Kalau kau mungkir janji kau, dia kata kau tidak boleh dipercayai.
Kalau dia yang ingkari janjinya, dia melakukannya kerana terpaksa. 


9. Kalau kau menyakitinya, dia kata kau sangat kejam.
Kalau dia yang menyakiti kau, itu kerana ko terlalu sensitif dan terlalu sukar
untuk dijaga hati.



10. Kalau kau mengirimkan ini pada lelaki-lelaki yg sedemikian, dorang confirm dia sumpah semua ni tidak benar & dusta. 




p/s:
Adakah anda bersama lelaki tongong ini?

Monday 25 July 2011

Pakwe Makwe


ADAT BERCINTA MESTI ADA BERLAKU PERTELINGKAHAN DAN BOLEH BUAT PERHUBUNGAN TERPUTUS. ORANG SELALU CAKAP…BERCINTA JANGAN LAMA-LAMA, LAGI LAMA LAGI MACAM-MACAM MASALAHNYA. BILA TENGAH HOT MACAM-MACAM BOLEH BERLAKU, ANTARANYA…..

PAKWE : “Semalam dah berjam-jam kita cakap dalam tepon tapi hari ni awak kata dah lama tak x cakap dengan saya..Kenapa dengan awak ni?”
MAKWE : “Bercakap berjam-jam dengan saya? Oi! Baru hari nih kita bercakap dalam tepon tau! Dah seminggu kita tak contact. Awak cakap dengan sapa semalam?”
=================================================================
PAKWE : “Sedap awak masak tapi kenapa awak masak sikit sangat? Saya cuma dapat makan dua tiga suap jer. ”
MAKWE : “Saya suruh awak datang sorang jer makan, yang awak bawak kawan2 awak datang ramai-ramai sapa suruh”
=================================================================
MAKWE : “Cantik cincin tu kan, awak x nak belikan untuk sy cintin tu? Alaaa, bukan mahal pon..Awak belikan ek”
PAKWE : “Banyak cantik muka awak suruh belikan. Bila gaduh jer nanti abis awak buangkan macam cincin yang sebelum ni”
=================================================================
MAKWE : “Dah berjam saya tunggu awak kat depan panggung ni, awak kat mana? Cepat la sikit wayang dah nak start nih”
PAKWE : Laaa….awak tunggu kat panggung mane, KL ke Shah Alam? Saya tunggu awak kat panggung Klang nih”
=================================================================
MAKWE : “Awak jangan jumpa saya lagi, saya dah putuskan hubungan kita.Saya rasa diantara kita memeng tidak ngam”
PAKWE : “Sepatutnya dari dulu lagi awak dah cakap macam tu, Saya nak cakap lama dah tapi takut awak kecik hati plak”
=================================================================
MAKWE : “Cuba awak cakap dengan sy apa kekurangan saya sampaikan awak nak memutuskan hubungan cinta kita?”
PAKWE : “Awak kurang cantik”.
=================================================================
MAKWE : “Asyik2 jalan tepi tasik, takde tempat lain ker awak nak bawak sy jenjalan ni? Boring la asyik tepi tasik”
PAKWE : “Nah,awak pakai baju mnyelam ni..Jom saya bawak awak jenjalan dalam tasik ini pulak”



Masing2 bongok. 
crdt to him. 



Tuesday 19 July 2011

Dimomokkan Pianoh

Bekas Hati Cap Hampeh!
video ini bukan iklan Tupperware, tq.


Lagu : Jar of Heart
Penyanyi : Christina Perri

Name je blog tapi ade vlog. Minggu ni malas nak menaip la plak sebabnye aku rase perlukan titik di sini. OK sebab aku semakin suka melayan perasaan perasan jiwang aku bila main pianoh bila rasa sucks. 

Senanye maksud lagu ni adalah ex-awek yang sangat marah kepada ex-balak dia yang suka2 hati come and go. Macam playboy jalanan gak la dan haruslah kita meletak title teramat zolim dan tahik kepada mamat sebegini. 

1st time aku dengar lagu ni, syahdu betul. Kesyahduan seperti tergigit cili api. Ada phrase chorus yang salu dok ulang..

Who do you think you are
Running round and leaving scars
Collecting the jar of heart
And tear the love appart
bla. bla. bla.

Who do you think you are.. repeat 3x


Cuba translate:

Kau ingat kau siape
Berlari dan meninggalkan parut
Mengumpul2 bekas hati
Dan menghancurkan cinta

Kau ingat kau sape... 3x ulang jugak (pastu nyanyidepancerminbuatmukateran)





p/s:
kalau la hati ade label camni kan senang.


Friday 15 July 2011

KONGSI : Lelaki Kacak Bersama Jenazah


Hadis yang Menarik Rasulullah S.A.W

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda : 'Bila seseorang lelaki itu mati dan saudaranya sibuk dengan pengebumiannya, berdiri lelaki yang betul-betul kacak di bahagian kepalanya. Bila mayatnya dikapan, lelaki itu berada di antara kain kapan dan si mati.

Selepas pengebumian, semua orang pulang ke rumah, 2 malaikat Mungkar dan Nakir, datang dalam kubur dan cuba memisahkan lelaki kacak ini supaya mereka boleh menyoal lelaki yang telah meninggal itu seorang diri mengenai ketaatannya kepada Allah. Tapi lelaki kacak itu berkata, Dia adalah temanku, dia adalah kawanku. Aku takkan meninggalkannya seorang diri walau apa pun. Jika kamu ditetapkan untuk menyoal, lakukanlah tugasmu. Aku tidak boleh meninggalkannya sehingga aku dapati dia dimasukkan ke dalam Syurga.'

Selepas itu dia berpaling pada temannya yang meninggal dan berkata,'Aku adalah Al-Quran, yang mana kamu membacanya, kadang-kadang dengan suara yang nyaring dan kadang-kadang dengan suara yang perlahan. Jangan bimbang. Selepas soal siasat dari Mungkar dan Nakir, kamu tidak akan bersedih.'

Selepas soal siasat selesai, lelaki kacak mengatur untuknya daripada Al-Mala'ul A'laa (malaikat dalam Syurga) tempat tidur dari sutera yang dipenuhi bauan kesturi


Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda :'Di hari pengadilan, di hadapan Allah, tiada syafaat yang lebih baik darjatnya daripada Quran, mahupun dari nabi atau malaikat.'


Sila sebarkan Hadis ini kepada semua .......kerana


'Sampaikan pengetahuan dari ku walaupun hanya satu ayat.'




Saat Anda membwa Al-Quran, syaitan biasabiasa saja...tengok je..
Saat Anda membukanya, syaitan mulai curiga.
Saat Anda membacanya, ia resah dan gelisah.
Saat Anda memahaminya, ia kejang kejangan.
Saat Anda mengamalkan Al-Qur'an dlm kehidupan sehari-hari.ia stroke...Teruskn membaca & mengamalknnya agar syaitan terus stroke .
Saat Anda ingin menyebarkan pesanan ini, syaitan pun mencegahnya. Syaitan kata "jgn SEBARKAN, kerana ia tidak penting langsung"
namun kita semestinya menyedari perjuangan Islam adalah tanggungjawab kita.

p/s: 

Suka citanya aku mengopy. Sesapa saje ambiklah share.
Jangan tenung je, amalkan lah ia. Kerana kehidupan di dunia ibarat menjawab exam practically. WAH ayat kau! I really mean it! :)


Monday 4 July 2011

C.I.T.A

Sebagai remaja yang muda belia aku tak terkecuali dari mempunyai darah panas. Aku sukakan cabaran dan hidup menjadi bermakna bila ada pencabar baru. Al-kisahnya..



Competitors?
Bapak sucks pic ni!
Clipart guna time blaja microsoft word 1995.
Google ni syiak gak kekadang.


Budak praktikal baru masuk kat opis aku....


Akuuu....




tak...




tau nak cakap ape...
Walaupun aku dah masuk sebulan setengah kat sini, aku ada rasa malu2 lagi nak bercakap dengan staf kat sini. Tapi bukan semue. Ada la 2orang akak ni yang boleh bawak aku tanya2. So far, OK laaaa....


Macam yang aku katakan tadi, dia ni pencabar baru aku. Budak poli. Yang tak tau dok kat mana. Aku tak tanya lagi, ceh macam betul nak tanya je. Betul la aku nak tanya......




Dalam mimpi engko.


Sila ambil iktibar statement di atas.


Hahak! Aku bukan anti sosial, mahu pun pemalu. Tapi aku pemalas. OK itu tipu tapi benar. LOL.


Aku sememangnye berat mulut nak cakap sejak dari dalam perut mak lagi. Dulu2 pun cikgu tanya cita2 nak jadi apa, aku mesti berat mulut nak cakap. Malas la nak jawab. Diam2 je tak boleh ke. Ni siap nak kena tulis dalam report kad bagai. Benda bukan tau pun tengah jalan nanti nasib camne. 


Ada pulak tu, memember aku hobi tulis biodata dalam buku. Pakai pen kaler2, kalau boleh setiap huruf lain kaler. Tambah lak, bila sorang dah start bukak buku biodata, sume nak buat. Ingat aku printer ke nak cetak satu2. Pastu kalau tak tulis perkara cam CITA-CITA tu, boleh pulak request lagi. HAMENDE NIH!! Suke hati la nak tulis ke tak. Last2 aku letak cita2 aku lain2 untuk setiap sorang yang request.


Memang la pasang cita2 tu perkara paling bagus. Supaya cita2 dan bakat dapat disemai, itu memang tak dapat disangkal. Tapi macam mana cita2 kita tiba2 berubah. Haa.. ini yg aku nak bincangkan.


Apabila kelayakan telah menjadi batu penghalang kepada cita2 sejak kecik.


Tiba2 aku tingat citer upin ipin kat Ceria semalam,




Ipin   : Opah, cita2 opah apa?
Upin : Cita2 opah jadi opah la. Ape la ko ni...
Ipin   : A'ah la. Cita Opah jadi opah la kan.
Opah : Itu bukan cita2 Opah. <-------macam pelik je ayat ni.


Apa yang aku maksudkan ni adalah bila ada salah satu peperiksaan yg sangkut/aggregate tak sampai, kita tak dapat nak capai cita2 yang diidamkan. PMR ke, SPM ke, PSPM(exam matrikulasi) ke... watever la. Kita punya qualification cukup makan. Contoh terbaik ialah aku sendiri. Aku dulu (skang pon ada) adalah seorang yg pemalas, suka manje, kurang bijak(pandai je) dan suka ponteng. 


Setiap tahun juge cita2 aku berubah. 


Dajah 1 : Pelukis / Artist
Dajah 2 : Cikgu Math
Dajah 3 : Arkitek (ayah yg suruh jawab camni. amende ni pun aku taktau)
Dajah 4 : Fashion designer.
Dajah 5 : Pakar Math. (masa ni baru dapat hidayah study math)
Dajah 6 : Macam shit! Semua tak suke! sumer UPSR punye pasal. 


Aku tak pernah stadi pon bila nak peksa dari darjah 1 sampai 5. Dah nak UPSR baru boleh khatam buku sains dajah 5-6. Hal ini kerane minat yang mendalam terhadap bidang itu. Ceh, ayat cam ayam ternakan Pak Lebai. Walaupun dah usaha sekeras yg boleh, aku tak dapat kelayakan ke peringkat yg diidamkan ke skolah sains. Sebab result aku yg tak cukup A.  Takpelah, aku ada peluang ke-2 dan 3 walaupon aku tak pernah tau PMR tu ada berapa A, SPM tu ada berapa pangkat. Adekah pangkat 1 mendapat gelaran Dato'?


Seterusnya aku berjinak2 dalam menaikkan pembelajaran aku. Aku selalu pikir, biar jadi luuuuuuuser dulu der. Berjaya kemudian hari. Perghh...! ayat rabak lagi! Nak rabak? Glory will belong to us. 




p/s :


Jadi, jangalah merungut dan hargailah peluang yang diberikan kepada ande.