Monday, 4 July 2011

C.I.T.A

Sebagai remaja yang muda belia aku tak terkecuali dari mempunyai darah panas. Aku sukakan cabaran dan hidup menjadi bermakna bila ada pencabar baru. Al-kisahnya..



Competitors?
Bapak sucks pic ni!
Clipart guna time blaja microsoft word 1995.
Google ni syiak gak kekadang.


Budak praktikal baru masuk kat opis aku....


Akuuu....




tak...




tau nak cakap ape...
Walaupun aku dah masuk sebulan setengah kat sini, aku ada rasa malu2 lagi nak bercakap dengan staf kat sini. Tapi bukan semue. Ada la 2orang akak ni yang boleh bawak aku tanya2. So far, OK laaaa....


Macam yang aku katakan tadi, dia ni pencabar baru aku. Budak poli. Yang tak tau dok kat mana. Aku tak tanya lagi, ceh macam betul nak tanya je. Betul la aku nak tanya......




Dalam mimpi engko.


Sila ambil iktibar statement di atas.


Hahak! Aku bukan anti sosial, mahu pun pemalu. Tapi aku pemalas. OK itu tipu tapi benar. LOL.


Aku sememangnye berat mulut nak cakap sejak dari dalam perut mak lagi. Dulu2 pun cikgu tanya cita2 nak jadi apa, aku mesti berat mulut nak cakap. Malas la nak jawab. Diam2 je tak boleh ke. Ni siap nak kena tulis dalam report kad bagai. Benda bukan tau pun tengah jalan nanti nasib camne. 


Ada pulak tu, memember aku hobi tulis biodata dalam buku. Pakai pen kaler2, kalau boleh setiap huruf lain kaler. Tambah lak, bila sorang dah start bukak buku biodata, sume nak buat. Ingat aku printer ke nak cetak satu2. Pastu kalau tak tulis perkara cam CITA-CITA tu, boleh pulak request lagi. HAMENDE NIH!! Suke hati la nak tulis ke tak. Last2 aku letak cita2 aku lain2 untuk setiap sorang yang request.


Memang la pasang cita2 tu perkara paling bagus. Supaya cita2 dan bakat dapat disemai, itu memang tak dapat disangkal. Tapi macam mana cita2 kita tiba2 berubah. Haa.. ini yg aku nak bincangkan.


Apabila kelayakan telah menjadi batu penghalang kepada cita2 sejak kecik.


Tiba2 aku tingat citer upin ipin kat Ceria semalam,




Ipin   : Opah, cita2 opah apa?
Upin : Cita2 opah jadi opah la. Ape la ko ni...
Ipin   : A'ah la. Cita Opah jadi opah la kan.
Opah : Itu bukan cita2 Opah. <-------macam pelik je ayat ni.


Apa yang aku maksudkan ni adalah bila ada salah satu peperiksaan yg sangkut/aggregate tak sampai, kita tak dapat nak capai cita2 yang diidamkan. PMR ke, SPM ke, PSPM(exam matrikulasi) ke... watever la. Kita punya qualification cukup makan. Contoh terbaik ialah aku sendiri. Aku dulu (skang pon ada) adalah seorang yg pemalas, suka manje, kurang bijak(pandai je) dan suka ponteng. 


Setiap tahun juge cita2 aku berubah. 


Dajah 1 : Pelukis / Artist
Dajah 2 : Cikgu Math
Dajah 3 : Arkitek (ayah yg suruh jawab camni. amende ni pun aku taktau)
Dajah 4 : Fashion designer.
Dajah 5 : Pakar Math. (masa ni baru dapat hidayah study math)
Dajah 6 : Macam shit! Semua tak suke! sumer UPSR punye pasal. 


Aku tak pernah stadi pon bila nak peksa dari darjah 1 sampai 5. Dah nak UPSR baru boleh khatam buku sains dajah 5-6. Hal ini kerane minat yang mendalam terhadap bidang itu. Ceh, ayat cam ayam ternakan Pak Lebai. Walaupun dah usaha sekeras yg boleh, aku tak dapat kelayakan ke peringkat yg diidamkan ke skolah sains. Sebab result aku yg tak cukup A.  Takpelah, aku ada peluang ke-2 dan 3 walaupon aku tak pernah tau PMR tu ada berapa A, SPM tu ada berapa pangkat. Adekah pangkat 1 mendapat gelaran Dato'?


Seterusnya aku berjinak2 dalam menaikkan pembelajaran aku. Aku selalu pikir, biar jadi luuuuuuuser dulu der. Berjaya kemudian hari. Perghh...! ayat rabak lagi! Nak rabak? Glory will belong to us. 




p/s :


Jadi, jangalah merungut dan hargailah peluang yang diberikan kepada ande. 


No comments:

Post a Comment