Saturday 26 March 2011

Apa Pandang-pandang?

Hari Ahad, aku nak pulang ke USM. Macam biasa tiket tu mesti free seat punya(seat yang sapa cepat dia dapat). Aku masuk lambat 5minit dan ini membuatkan aku resah dan memaki-hamun dalam hati kerana ketumpatan penumpang di dalam bas kelihatan penuh. Tapi aku bernasib baik sebab masih ada lagi tempat duduk. Ada la dalam 4seat kat belakang. So, aku ditakdirkan duduk double-seat bersebelahan dengan seorang wanita yang tidak sekali aku kenal. Nampak muka macam pangkat kakak2. 


Mata aku masih melekat padanya semasa dia merenung di luar bas. Hati aku kembali bermonolog, 

"Mesti nak balik. Esok keje, pakai baju kurung, beg besor, ber-sweater. Skema betol. Lantak la."

Pandangan mata kakak(wanita tersebut) masih lagi menumpu ke arah luar bas yang belum lagi berganjak dari Perhentian Duta. Damn shit! Pehal nak lama2 kat sini. Aku hangen betol bas 30minit tak gerak2. 


Sebagai student architecture yang cemerlang, aku keluarkan buku sketch dan butter-paper untuk menyambung keje studio yang belum lagi di-approve oleh Incik Pilus. Biasalah. Mood design belum mari. Design pon lambat la. Tapi senanye aku nak ilangkan tensen bas tak gerak2. Bongok punye drebar bas. Tak memasal aku kuarkan kitab aku.


Ketika bas bergerak, aku mencurahkan idea aku dengan lakaran hebat seorang student archi, aku perasan kakak sebelah aku dok jeling2 aku melukis. Mungkin gesekan pensel kayu jenis B berdesik2 ke telinga dia menarik perhatian dia. Kerana aku masih lagi mencoretkan lakaran ketika bas bergerak. Hee.. terasa hebat lak. 


Lama gak dia perhatikan aku. Hmmm.. nyampah lak aku dia tenung lama2 gitu. Ofcos rasa tak selesa! Bayangkan. Kalau ada orang tengok ko pakai baju. Aku bet, mesti rasa nak terajang kan.


Dalam 30minit perjalanan, aku bersengguk. Ngantok yang tak dapat dibedung. Toleh belah kanan... kiri... depan.. semua dah tido. Termasuklah akak kat sebelah aku tu. Nampak statik je. Kira tido la tu.


Sebagai manusia normal, aku pun rasa nak tido akibat asakan orang sekeliling aku yang kelihatan sudah terbuai dengan keasyikan mimpi di siang hari. Tak boleh jadik!


Aku masukkan sketching yang belum bersiap tu ke dalam beg laptop balik. Pelaras kerusi penyandar ku tarik. Penyandar ku asak ke belakang. Tapi kerusi tak boleh ke belakang. Macam pelaras dia rosak. Aku tolak kuat lagi. "Dug! dug!" bunyi.


Bunyi rengusan orang belakang. Choi! Kaki orang rupanya. "Sori bai. Haha.. Nasibla. Sape suh kaki sendal seat aku. Bajet ko sorang dok dalam bas ni." kata hati aku.


Aku baring dan cuba melayari mimpi. Kepala aku tertoleh ke kiri untuk tido dengan selesa. Lagi pon, untuk elakkan aku tak baring atas sepit rambut aku. Sakit kepala wo!


Dah tutup mata, tapi tak boleh lelap plak. Tadi beriya bersengguk2. Sengal. Lenguh punya pasal, mata masih terkatup, aku kalih kepala ke sebelah kanan. 


Aku cuba untuk tido lagi. Tak boleh jugak! Rasa tak selesa.


Bukak mata je...



Harusla akak tu tenung aku tido dekat2 macam ni...

Shit! Perlu ke tengok aku tido? Sumpah, aku rasa nak tonyoh muka dia.


Muka dia gelabah giler time tu. Aku tersengih. Bangangnye masa tu, dia buat gelabah-blur-tak tau nak buat reaksi apa plak tu bila aku senyum. Wadehell!?


Aku kalih balik sebelah kiri sambil senyuman masih terukir di bibir(sebenarnye aku nak tegelak bai) 


Perjalanan masih jauh. Aku tertido. Aku pun tak pasti akak tu dok renung aku tido buat kali ke berapa. Yang aku pasti, dia suka renung orang dekat2. Sangat annoying ye situasi itu. Dan aku sungguh sangat teramat menyampah.


Dah nak dekat sampat Penang, aku tengok lama2 minah ni takde la "akak" sangat pun. Nampak tak matured langsung. Angkat tepon malu2, bisik2, tutup2 macam orang nak tau sangat dia gayot dengan balak dia. Sengal punye budak. Ade lak aku kesah hal ko.


Pandangan aku yang ku sangkakan dia pangkat "akak2" jatuh kepada budak sekolah asrama. Skema nak mati. Tak open minded langsung.


No comments:

Post a Comment