Pencuri A : Hari ni ape yang ko curi? Aku dapat curi ayam..
Pencuri B : Dapat curi ayam??? Aku dapat curi batu, ko tawu.
Pencuri A : Eh? Ape pasal pulak? Kan kita dah janji kita ada jadual curi-mencuri. Hari ni curi binatang saje. Ko sepatutnya curi anjing.
Pencuri B : Uh.. yeke? hee
Pencuri A : Hari Isnin curi binatang..., hari Selasa ko jangan lupa semua tu..,,
Pencuri B : Hari Selasa aku ingat nak curik tuan binatang ah. Biar tuan dia jaga.
Pencuri A : Haa..,aku setuju! Hari Rabu..?
Pencuri B : Hari Rabu kita curik kedai binatang.
Pencuri A : Ha, dah!. Sekarang ni aku nak bawak gi sabung ayam. Ko bawak... Ko ada apa hari ni?
Pencuri B : Aku ada bawak macam2 benda aku ade... dengan tilam la, isteri pun aku rembat. Seluar dalam pon aku rembat.
Pencuri A : Ko rembat seluar dalam??? Koyak tak seluar dalam tu ko rembat??
Pencuri B : Aku amik yg koyak2 la. Yang baru2, aku bukan suka pun guna.
Pencuri A : Aku tadi, aku curi kereta.
Pencuri B : Curi kereta?
Pencuri A : Kereta kebal. Ada askar yg tengah bawak skali kat dalam tu pun aku curi skali dia. Ada dua orang, sorang jaga walkie-talkie.. sorang yg bawak. Tukang masukkan peluru pun sorang.
Pencuri B : Kita bahgi-bahagi ar.
Pencuri A : Bahgi-bahagi askar tu. Dah tu kita berperang.
Pencuri B : Ko bukak pintu kebal...
Pencuri A : Ko masuk bilik kebal.
Pencuri B : Okey, skarang camni. Ko dengar sini baik2. Aku masuk pintu depan....
Pencuri A : Ko pandai. Oh depan je engko, blakang aku.. Aku pulak la depan!
Pencuri B : Aku masuk ikut depan.. ko masuk ikut atas...
Pencuri A : Atas bumbung rumah ko, setuju?
Pencuri B : Dari dalam bank tu, kita jangan amik duit...
Pencuri A : Kita amik kerani dia.
Pencuri B : Haa, kita amik kerani dia.
Pencuri A : Kerani bank dia yang lawa2 je kita bawak masuk, kita bawak lari..
Pencuri B : Ko tunggu depan...
Pencuri A : Tadi ko suruh aku tunggu atas. Skang ko suruh aku lari pulak...kita lari.. camana arahan ko ni tak betul! Skarang ni camni, aku arah ko pulak. Ko masuk ikut tepi....
Pencuri B : Tepi mana?
Pencuri A : Tepi kain pempuan yang kita curik tu la...kerani2 tu.. paham?
Pencuri B : Ko bijak ah..
Pencuri A : Memang.. Ko baru tau aku bijak. Berapa kali aku masuk penjara dalam setaun.
Pencuri B : Ni.. Ni... aku tengah lepak dengan polis.
Pencuri A : Ko lepak dengan polis?
Pencuri B : Sebab aku tanak dia tau la, aku lepak dengan dia.
Pencuri A : Baik ko bagi tau je ko lepak dengan dia. Aku tengah bincang dengan tokey bank ni, aku suruh dia rompak aku. Aku tak sabar dah! Takpayah la aku dok dalam lokap lagi.
Pencuri B : Elok ko tengok citer ni dulu la. |
No comments:
Post a Comment