Jumaat minggu lepas aku balik KKB dengan senang hati membawa Adik Sony A390 ngan Abang Compact saje. Kepulangan yang tak dirancang langsung ni sebab aku tak tau nak buat keputusan muktamad hari Khamis tu, nak balik ke tak.
Aku balik pun sebab nak celebrate birthday Along hari Sabtu tu. Maka, dengan itu aku beli tiket pun hari Jumaat tengahari, petang tu jugak aku balik rumah. Kalau gedik skali skala pun best jugak kan? keh keh keh.
Sampai kat Hentian Duta dalam pukul 9.30, ngokngek ngokngek kat rumah Abang aku kat Selayang pastu, balik KKB.
Along tanya aku, "Ko pasan tak perubahan muka Abang Didi(abang atas aku)?"
Aku balas "Tak. Nape?" Memang aku tak tengok pun muka abang aku masa dorg sampai Duta amik aku sebab abang aku yang drive. Takkan la aku nak tarik muka dia pastu cakap "Hai!" kot.
"Abang ko kena bisul!" Along sambung.
Ape lagi, ketawa tak ingat jamban ah. Terhibur sebentar. "Hah?" aku tak caye. Perkataan bisul tu cam something yang menarik sebab abang aku yang kena. HAHAHA! Bukan senang nak pedajai abang aku ni.
Bila ngadap muka dia, maka terserlahlah kebisulan di bibir nan mungilnya. Maunye tak gelak. Tak cukup perot aku gelak. (aku naip ni pun dok sengih2 lagi. adoh!)
Dengan penuh berhemah aku tanya "Ko dah gi klinik ke belom ni, bang?"
Dia jawab "Belum. Baru je kena semalam,"
"Dah tau kena semalam nape tak gi klinik?" aku tanye lagi.
"Ingatkan jerawat. Mana nak tau. Tetiba lak dia besar," katanya.
Dalam hati aku "Apela nasib ko. Cium bontot biawok la tu. HAHA~!"
Hari sabtu, abang aku pergi klinik sorang2. Balik tu, dia bagitau la hal yang sebenarnya. Sumpah besar bisul dia kat bibir tu. Dan annoying. Makin lama, makin besar. Aku rasa nak tolong picitkan je. Bayangkan la bibir Angelina Jolie. Tapi versi laki. Annoying gila! Macam rubber stopper. Tebai ja..
Abang aku menghidapi 'local kayap'.
Glemer betul nama sebenar bisul ni ek. Aku baru tau kayap tu bisul jugak. Ingatkan kayap ni macam rashes yang jenis merah2 macam demam campak tuh.
Hari ahad, aku nak kena balik Penang balik. Isnin ada Studio. Berapa kali aku dah skip Studio. Ceehh.. bajet2 cam Incik Pilus tak cam aku tak datang. Semalam aku datang... "Eh, lama tak nampak you? You pi mana?" Demn! Kena kau sebijik. Heh!
Selalunya aku memang suka dok ngadap fesbuk bila free. Hobi. Aku pun tak tau apa yang menarik sangat kat fesbuk ni. Padahal hari-hari aku update status, org komen. Tak pon like je. Benda yang sama aku buat, tiap2 hari. Apedehal???
Psstt..agaknya Mark Zuckerberg ada bubuh minyak dagu kat akaun aku ni kot. hehe.
So macam biasa, aku nak update status baru tapi takde idea. Lalu teringat la bibir mungil abang aku. Lalu terhasillah pelbagai spekulasi di atas Wall sendiri.
Harusla mak post kat Wall aku kan... Tak guna punya abang. Dia gi ngadu kat mak, aku ejek dia. Wadehell!? |
Ngengade! Aku pun tapenah pose camni. Dan terakhir kali... |
Annoying lips! Lebih tebal dari yang biasa. |
No comments:
Post a Comment