Pagi yang tak serupa pagi. Aku terponteng studio pagi ni. Bayangkan la kau nak tido pukul 5pagi tapi tak boleh tido. Kau golek-golek atas katil dalam sejam baru boleh tido. Pastu kau pikir apa? Ha.. harapan aku nak ke kelas musnah la bersama floor plan parang yang aku sketch Jumaat minggu lepas. Tapi kau jangan ingat parang aku angan semata. Lecturer aku dah approve OK petang tadi. Mana kan tidak, aku dok olah benda tu jadi ladybird. FYI, aku telah menghabiskan masa 2hari makan tido tak menentu angkara ladybird ni. Kau ingat senang? Last-last ladybird aku pun terbang kemana, parang menjadi pengganti. Aku dah agak dah parang is the best! Kaaan.. jangan ingat parang aku tu angan je. Memang word ‘parang’ tu berulang atas dasar Pandang Ke Parang Tanpa SirehBuahPinang. #sarcasm
setajam parang ku sayang. ko ade? |
>>>>>>>>>>>>>>>
eh? mengawan pulak ia. takpa, kamu tetap comel hai ladybird |
Berbalik kepada cerita ladybird, aku sebenarnya tak puashati design parang aku dia tak suka. Sebab kau bayangkan ah, organic design yang ditolak mentah-mentah sebab tak tau structure detail lagi. Wattafak. Aku penat lukis structure kot. Belum sempat aku nak cerita spaces kat restoren aku, dorang dah mencelah “Weh beb, pehal ko nye design organic doh”. Heh, merapi gak aku. Takde la dia kata camni, but the meaning is not too far la.
Aku still tak paham lagi kenapa lecturer aku tolak design aku aritu. Ada senior kata lecturer aku ni macam lalang sikit. Sekajap kata A, sekejap kata B. Cam kes aku ni, sekajap parang, sekajap ladybird. Heh, biaq pi dia ah. Janji design dah boleh proceed. Aku dah cuba sebaik mungkin kot. OK ikut kefaham aku sebab utama ditolak:
- Dia organic. Maksudnya banyak tajam-tajam and unnecessary narrow spaces
- Layout dapur yang sebenar bagi restaurant tak logik
- Dapur banyak bebenor.
Helo lily, ini bukan dapur rumah kau. OK ini memang silap aku pun. Hehe. But it quite fun to learn about the spaces. And I can say like "yup, I never learn before." Buat design suka aku je. Aku suka organic cenggitu, nak buat camne, sebab tu aku tunjuk structure secara draftly. Aku dah sedar, langit tu tinggi rendah dan sebenarnya aku yang pendek. #Tibe2kaukenapa?
Untuk pengetahuan, bagi budak archi cam aku ni, teramatlah susah untuk melukis structure. Walaupun tekap dan sketch. Bukan setakat dari segi saintifik presentation tapi ia memerlukan gaya seni yang menarik dan mantap. Sebab aku belum ambik subjek structure. Yela, walaupun aku amik fizik tapi fizik B3 je kot time SPM. OK fine, memang aku malas nak ambik pun. First, aku tak minat kira. Second, aku tak minat gila. Banyak subjek elektif yang best daripada tu kot. Kan ada, bagi je la engineer or building technology or watsoeva builder or Bob the Builder buat kira-kira structure kalau tak dia takde kerja. Kesian.
Plis abaikan kesusahan structure, and you know what, aku start falling in lep dem much dengan drawing structure. Hasil yang cantik dan memuaskan. Ewah, nak kate drawing kau buat cantik letteeww. Ahakz! Bukan maksudkan aku nak belajar structure, it just i’m having some fun for that time being. Mode sudah datang. You know what i mean. Macam quote Jarjit ‘Upin Ipin’ la. Kalau satu, seronok. Kalau dua, dua ronok. But again and again aku buat structure, aku beronok-ronok. Really fakin enjoy it, ang tau. Cam hape kan dah tua suka layan katun toyol dua ekor tu. Well, support local act la beb. FYI, aku suka Mail. Ahak!
p/s : takmau tunjuk drawing structure. ceq malu. aww!
No comments:
Post a Comment