Dalam banyak-banyak hari, hari ni aku rasa down sikit. Sebab aku buat post yang melibatkan konspirasi. Melibatkan hati dan perasaan orang lain.
Menyebabkan hubungan yang merenggang?
Yup. Itu yang aku nak cakap.
Padan la muka kau. Ayat macam cibai laut.
Ye, terima kasih pendirian aku yang lagi satu. Aku bukan nak libatkan orang lain. OK, baik. Mungkin ada yang tak paham ape sebab aku tulis isu kat blog. Itu la persoalannye.
Kenape? Topik lain dah takde ke. Atau kau saja nak menimbulkan konspirasi? Nak femes macam blogger lain. Overview statistic menjulang puluhan ribu.
Femes? Sorry la. Baik aku masuk Akademi Fantasiot (AF) dulu, dari masuk Universiti Suka Main (USM). Mungkin aku sekarang dah pegang duit beribu-ribu lemon, kiwi, ayam, itik, unta etc etc.
Berbalik pada isu konspirasi tadi. Ini bukan pasal jatuh bangun seseorang..kutuk belakang, ini pasal pandangan yang berlegar kat ruangan kepala hotak aku ok. Aku suarakan melalui tulisan. Apa yang aku dapat? Feedback orang yang membaca.
Suka.. tak suka.. happy.. setuju.. kutuk.. meroyan.. bangga.
Aku tau ada yang menyampah gila dengan blog aku. Dah la merepek, kanak-kanak riang ria aidilfitri, carut marut bersepah. Haha.. biar la orang nak kata. At least aku jujur dengan cara macam ni.
Kenapa kau tunjuk kat sini Cik Lily yang celaka cantik? Kau ada mulut nak cakap kan. Dah tak reti nak cakap. Apa la yang ada dalam kepala otak kau tu eh. Teringin aku nak kokak keluar otak tau, scan. Kau tau tak ayat kau menyakitkan hati. Mesti mulut ko ni kat luar macam bontot ayam kan. Dah la busuk, bertaik pulak.
Ha.. bagus jugak tu. Suka aku dengan soalan tu. Terima kasih sekali lagi pendirian yang lagi satu. Sebenarnya aku ada mata melihat, mulut bercakap, telinga mendengar. Juga otak memikir, hati merasa. Apa yang kau perlu buat semasa bercakap... Ye, bijak! Fikir. Bagi penulis macam aku ni guna otak nak fikir. Mungkin cara aku ekspreskan ni terlalu extreme. Tapi aku bukan ambil pandangan aku je. Aku tetap mengambil pandangan orang lain untuk mengukuhkan alasan aku kenapa aku menyatakan sedemikian.
Bak kata orang, cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar. Ini kau hentam sesedap rasa je.
Orang kata berat sama dipikul ringan sama dijijing. Kenapa terasa terpukul dengan ayat aku. Bukan aku cerita tentang kau. Aku cerita tentang aku dan diri mereka. Biar nama sendiri kotor, asalkan berani menyatakan perkara betul. Jangan pendam sendiri, nanti terbakar hati. Jangan ketengahkan suara major, suara si minor diketepikan. Kalau tak suka baca, sila la tekan butang private. Dan katakan tidak pada blog aku. Jangan rasa aib sendiri je, orang lain pun ada kelemahan jugak. Jadi, kalau orang ketengahkan aib sendiri, jangan pertikaikan pulak. This is about her, not about you, my dear. Jangan jadi bodoh boleh.
Bukan sebab aku bangkang. Bukan berharap kemenangan pada tangan aku. Hanya perspektif berbeza dari kamu. Ini sebab aku berpendapat. Nama pun blog aku. Title besar Monolog Dalaman, terlintas di kepala tak terluah. So it's about my internal monologue.
Terima kasih membaca. Assalamualaikum w.b.t.
No comments:
Post a Comment