Seingat aku, member best sekolah aku pernah baca, "Novel ni best sangat ke? Hari2 kau bawak pegi sekolah." Dia kata "Best tau. Sedih." Aku kata "Yeke?" Dia kata lagi, "Oh.. kau mana layan novel chenta." Aku kata lagi, "Heh.. tau pon."
OK, aku nak review sikit pasal filem ni. Bukan novel. Sebab aku dah kantoikan diri tak baca novel kejap tadi. Sebelum tu, aku bagi sinopsis sikit pasal filem ni. (bukan novel!!!)
Sinopsis:
Filem yang diadaptasikan daripada novel Ombak Rindu ini mengisahkan tentang perjalanan cinta dua insan, Izzah dan Hariz dari dua dunia yang berbeza dan mereka terpaksa menempuh pelbagai rintangan sebelum menemui kebahagiaan. Izzah adalah gadis kampung yang telah dijual oleh bapa saudaranya kepada sebuah kelab hiburan di K.L untuk dijadikan pelacur. Seorang pemuda, Hariz anak Datuk Sufiah, pemilik empayar perniagaan SUFIAH CEMERLANG telah mermbeli Izzah dari pemilik kelab tersebut untuk dijadikan perempuan simpanan, namun Izzah telah merayu Hariz supaya menikahinya untuk menghalalkan hubungan mereka.
Hariz setuju dengan syarat Izzah tidak menuntut sebarang hak sebagai isteri. Namun selepas itu, Hariz yang kasar dan panas baran telah jatuh cinta dengan Izzah yang penuh dengan kelembutan. Hariz kemudian terpaksa menikahi Mila, kawan zaman persekolahannya setelah didesak oleh Datuk Sufiah dan Mila yang amat mencintainya. Semasa Hariz koma dihospital akibat kemalangan jalan raya, Datuk Sufiah telah menghalau Izzah keluar dari bungalow Hariz dan merampas telefon bimbit Izzah.
Setelah keluar dari hospital, Datuk Sufiah memberitahu Hariz yang Izzah telah menjalani hubungan dengan lelaki lain. Hariz yang marah telah memberitahu Izzah bahawa dia akan digantung tidak bertali semasa terserempak dengan Izzah di rumah Pak Dollah, pemandu keluarga Datuk Sufiah. Izzah kemudian kembali ke kampungnya. Pak Dollah yang marah dengan Datuk Sufiah telah memecahkan rahsia bahawa Hariz adalah anaknya yang telah diserahkan kepada suami Datuk Sufiah untuk dijadikan anak angkat serta memberitahu Hariz bahawa Izzah tidak bersalah.
Hariz yang menyesal dan amat rindukan Izzah telah pergi ke kampung Izzah untuk memujuk supaya kembali kepangkuannya. Mila datang ke kampung Izzah dan menuntut cerai dari Hariz. Filem ini berakhir dengan Izzah dan Hariz menjalani hidup bahagia tanpa rahsia lagi.
Sinopsis ni aku copy je. Aku baca sebelum pegi nonton tadi.
Review:
Bagi aku yang tak membaca novel ni and directly watch this movie, aku boleh cakap yang filem ni sedih sikit but it's quite boring actually. Ha kan dah buat pengakuan. Pengakuan yang bukan pelsu. Dan juga bukan dibuat2. Filem ni kalau nak dijadikan drama lagi elok kot. Boleh goreng2 jalan cerita. (tapi jangan la goreng macam cerita indon, sangat mengarut ok). Sebab bagi aku yang tak pernah baca novel ni, tapi pernah baca novel chenta selain novel ni, perasaan membaca adalah berbeza. Mungkin sebab atas imaginasi kita sendiri. Penghayatan setiap bait ayat yang tercatat lebih berkesan daripada suasana dalam filem. Aku tak dapat feel lebih la beb. Aku perempuan tengok takde feel ape pulak laki yang tengok. Memang feel tido la kau kat situ.
Sebaiknya aku rasa novel ni sepatutnya didramakan. Baru dramatik. Ni aku baru nak feeling2, dah buat aku gelak. Macam cerita Nora Elena. Romantik dan memberi kesan kepada penonton. Macam satu2 babak tu buat orang boleh tertanya2 apa scene yang seterusnya.
Semua ni disebabkan pelakon sampingan. OK sebenarnya, pelakon dia ni bukan tak best. Tapi agak over. Aku gelak kot tengok citer ni. Aku pon heran gak kenapa semacam nak gelak je. Watak sampingan seperti Datuk Sufiah tu, nampak tak cool as the title 'Datuk'. Speaking accent lebat, padahal meluat je dengar. Lisa Surihani sebagai Mila Emilia, nampak kelang kelibut sikit. Maybe sebab watak dia yang memang panas baran. Cakap dah la laju. Bila marah, kembang segala organ di muka seperti hidung dan sebagainya. (hidung la penting)
Filem ni berkesan dari segi, view site yang menarik. Cameron Highland kat ladang teh, Langkawi banyak di pantai and sawah padi. Lagi satu, gambar filem yang cantik dan menarik. Lakonan Maya Karin dan Aaron Aziz best tapi scene diorang sikit sangat.
Aku tak kata filem ni tak best. Overall, still OK. Ada je orang menangis tengok cerita ni. Maybe gadis yang hati strong cam aku ni susah sikit la kot. Sebak tu ada tapi nangis tu tak kot.
Kalau ditakdirkan filem ni menang festival filem , aku maybe tak puas hati. Sorry to say, sebab citer dia sama taraf boringnya dengan lagenda budak setan.
Kalau ditakdirkan filem ni menang festival filem , aku maybe tak puas hati. Sorry to say, sebab citer dia sama taraf boringnya dengan lagenda budak setan.
No comments:
Post a Comment