Monday, 20 June 2011

Main Masak-masak

Pagi yang lemau. Malasnyeeeeeeeeeeeeehhh.... nak gi kerja. Kalaula aku ade extra-money, memang aku dah beli private jet sendiri. Bukan aku sorang je, mak aku, ayah, kak abang aku pon aku belikan. Jangankan tu je, anak buah aku yang setahun tu pun aku nak belikan seketul untuk dia. Senang nak gerak, dengan pantas. Laju. Cekap. Hebat. "Insan yang cemerlang lahirnya dari akal hati lalala..-Johan" Ahaks. 


Sakit-sakit badan ni. Nak mintak orang urutkan takde lah makna bagiku. Semua dah berkeroh kat bilik. Semalam aku main masak-masak dengan mak aku. Dari pukul 11 pagi start sampai pukul 5.30 petang. Mak buat kek lapis. Aku buat cupcake. ermmm.. aku masak? Eheh. WTH la kan. Sey, claro.. aku tak pandai masak pon senanya. Tapi reti masak. Haa.. kompius lagi? Kompius takpe ke belakang dulu. 


Kredit to Cik Kiah tagged aku
gambar ni.
Aku memang ada hati nak belajar masak, tapi aku mengalami penyakit fobia api. Sebab dulu masa darjah 3, rambut depan aku (hair fringe ala cleopatra) pernah terbakar sebab nak panaskan lauk. Lepas kejadian ngeri tu, aku takut nak petik api kat lighter, kayu api, bunga api, juga semut api. OK objek last tu tipu. Hehe.






Jadi ini lah hasilnye. 


TADAAA....... smiley jongang.
note : GAMBAR HIASAN.

[Nanti lah wa upload. Semalam lupa nak transfer la der..]
:)


Bila dah siap je cupcake tu, mak tanya "Ko nak jual ke cupcake ni?" Aku, "Errr..."[parallax error] 

Main buat tanpa berfikir. Aku pun tak tau nak buat ape. Saje je nak practice. Mak la ni, gi hantar aku belaja buat cupcake minggu lepas-lepas. 

Memang kalau ikutkan aku malas giler nak gi. Dalam kelas tu aku rasa, aku la paling bangang. Semua benda nak tanya. Camera, aku memang senantiasa melekat. Kalau orang rakam aku di tempat kejadian, rasenye dah nampak macam orang 1st time jumpa cupcake. Macam persoalan "Bagaimana perkara ini terjadi?" "Adakah peralatan ini mempengaruhi bentuk sebenar?" "Apakah yang terjadi selepas itu?" 

Lepas dah belajar tu, besh la plak. As I mentioned before, aku tak reti buat benda masak2 ni and the process is still refered to the notes given la kan. But the top one buat macam main tanah liat. Cop-cop sane sini pakai acuan. Mula-mula buat besh, lama-lama buat rasa cam "sampai-bila-nak-hidup-macam-ni". 


*Bahasa rojak? Dulu nak jadi pelakon, tapi tak tercapai. RTM banned aku, sebab bahasa teramat rojak.

So far, ok lah cupcake aku, ade bentuk, ada rasa. Upcoming bday aku, boleh la buat kek sendiri. Takpe. Aku dah biasa orang tak bagi hadiah @ kek. Ada bunyi sayu tak. Lalala!~


p/s:

Ofcos! Cooking is fun! 

Gambar cupcake nanti aku update lain.