Penulis : Prof. Madya Dato’ Puan Guru Hajah Natrah
Kelulusan : PHD. USM - (paling hawau der, uni sangat mengarut)
1- Sebelum masuk ke bilik karok(karaoke), sila stress kan diri. Anda akan mengalaminya dengan memikirkan perkara2 duniawi. Sebagai pensyarah architecture yg bertauliah, kebanyakan student mengalami stress membuat studio mereka. Walhal mereka memilih untuk mengembalikan mood2 luarbiasa mereka dengan berkarok. Ternyata, lagu yang dinyanyikan seolah penyanyi professional seperti dato’ siti, ziana zain malah jamal abdillah? Superb! CGPA pon mantop.
2- Order minuman yang berkualiti. Seperti air mineral, 100plus, air asam, air mata, air wuduk. Eh? Tak kesah la.. janji bukan ice blended mocha, strawberry milkshake. Sebab utama, kita taknak la tengah sedap3 nyanyi ni, tibe2 takde suara. 1st, sebab baru masuk lagu pertame nyanyi lagu high pitch, 2nd, basahkan tekak guna air sejuk. Bukan basah tekak yang ko dapat, gersang tandus terus tekak mu.
3- Pilih lagu low note dulu. So as i mentioned b4, kita tak mau la lu ols kecundang di pertengahan jalan. Jadi, sebelum sore lu pecah di awal perjalanan, baik pilih lagu yg rilek2 dulu. Layan mood dlu. So balik nanti tak la kecewa, “apsal aku nyanyi mcm ayam kena semblih”...”nah, amik la mic ni. aku surrender”... “aduih, pening pale teran sore. Rase aku nyanyi 4bijik lagu je?”
Sebagai yg berpengalaman, pilihla lagu seperti selena ngomez, salomah, amir ukiss. Kekasihku di menara ke, love you like a lep song, etc. Takmo lagu puncak kisah- Jiana Jen, Cintan- Melly Gofast ft. Kris Dayang Senandung, etc. Pastu kang tak masal ko jadi penonton je. Ish3..
4- Lagu happening. Apa objektif sebenar kite gi karok? Mestila bersuka ria. Ko kate tensyen kan. So kita perlukan lagu2 happening memuaskan hati. Baru best. Puas. Huih, rakus ayat ku! Hehe
Bergembira, bukan kecundang ditengah jalan. Kalo dah tengah2 karok tu ada mase ngantok2 nyanyi lagu tangkap lentok, wa rase baik lu nyanyi kat bilik air je. Agak2 da terase ngantok tu terus celop kepale kat air kolah. Tak dan ko nak ngantok. Settle!
perlu la ko hepi giler mat? basuh muke je pon |
5- Lagu K-Pup/J-Pup tak digalakkan. Tak yah la weh. Merapu tah pape je kang. Malu kat orang lalu lalang. Lain la ko dah blajo hurup2 cacing dorang tu, takde hal la. Selesaikan kes anda nyanyi lagu Melayu la weh. Rasa lagu melayu sengal ngat, lagu English kan hado.
Nak sangat nyanyi K-pup, sila pronounce dengan kompiden. Kompiden tahap poliden tak po jah. Aku sokong dari jauh.
olololoooo #flush dlm jamban |
6- Jangan ‘overdansing’. Seronok pon jangan la sampai meletihkan diri sendiri. Adui, ni bukan AF nak nyanyi sambil berdansa weh. Penat lelah n tired la ko dalam tu..
7- Wireless microphone. Sila off mic sehingga sampai seru ko nak nyanyi. Sabo2 la nak nyanyi tu. Off mic tak bermakna lagu ko skip terus. Rilek je. Kang tak sampai masa da kena guna 1 mic dalam 2-3jam.
8- Sila jangan jerit. Kalo nak kuat sangat volume, ko bawak baldi sendiri nyanyi dalam tu. Dengor kuat tak kuat? Hape la, volume tu kasi lebat. Tak payah susah2 jerit der. Sumbang mambang jadinye.
9- Nak enjoy? Suka mu la nak nyanyi camne pong weh. Janji happily everafter.
Hehe.
No comments:
Post a Comment