Sunday, 8 July 2012

Rilek je der..

Halo kawan2. Lama benar aku tak menaip kat blog aku ni. Aku bz la kawan2. Kerana menghadapi hari2 sukar dalam hidup sejak kebelakangan ni. Maklumlah di dalam dunia ni manalah ada benda yang mudah. Final year project, exam, melanguk kat umah seminggu dua dan pelbagai ujian telah melanda aku. Begitulah hidup. Dan mengapakah aku berubah cara penyampaian pun aku tak berapa pasti. Macam baca buku teks pulak dua kali baca. Hehe.

Sekembalinya aku ni untuk menulis blog dan bukan nak menceritakan erti kehidupan aku, kali ni aku rasa nak buat diari pulak enty ni. Aku cam kebiasaan nye update blog bila bosan je. Baru2 aku dah masuk kerja setelah 3tahun belajar USM. Kali pertama nya aku bekerja dalam bidang architecture. Untuk kali pertama masuk kerja ni, aku hadapi beberapa kali ujian yang tak kurang susahnya untuk aku dari segi berdikari, displin diri, hubungan dengan masyarakat sekeliling and watsoeva. Sebenarnya aku ada apply untuk part2 dan tengah tunggu result panggilannya. Tapi aku taknak mengharap sangat la keputusan tu. Yang penting bagi aku sekarang input yang aku dapat masa aku belajar. Dalam erti kata lain aku nak alami sejauh mana kebolehan aku yang dah belajar masa aku kat USM yang mampu aku apply ke dunia sebenar.

So far, agak susah bidang yang aku ambik ni. Tapi aku rasa benda ni seolah2 mencabar keberanian aku pulak. Bak kata Mak Jemah makin lama, makin suka la. Ha’ah ye.

Buat masa sekarang ni, aku tinggal dengan abang aku kat Selayang. And office aku di Kelana Jaya. Hari pertama kerja : abg aku hantar sampai LRT, then jalan kaki. Kedua: naik bas, komuter, LRT, teksi. Hari ketiga dah tak tahan: naik motor abg aku. Nasibaik abg aku minggu lepas kursus. Aku dengan kak ipar aku bersubahat takmau bagi tau dia. Last2 hari tu jugak side-mirror motor dia pecah. Haha. Tak berkat. Padan muka aku.

Hari kelima : abg aku tak bagi bawak motor dia sebab dia malas tempuh jem. Aku terpaksa la naik LRT. Hari tu jugak aku kena pergi KLCC ada exhibition, boss aku suruh pegi kutip brocheur. Hari tu dah la kaki aku melecet sebab hari first tu aku pinjam kasut kak ipar aku. Dah tu dari stesen jalan kaki ke ofis. Pergh tersiksa kaki mak. Kebongokkan hari pegi exhibition tu jugak pakai kasut(kasut baru) terbalik. Haramjad habis melecet dua2 belah kaki.
#kasut baru = memang dem siyes orang tak nampak langsung aku pakai kasut terbalik. Termasuk aku. Gila ah. pecah rekod aku. Tak pernah rasa pakai kasut terbalik.



Hari2 travel lain2 jalan. Mana taknye aku bukan orang sini. Terpaksalah explore sendiri. Naik LRT tak larat tu, letih gila. Aku rasa nak bawak kuar Superman dari tiwi ajak kawen je. Hari2 dia boleh hantar aku p kerja. Tapi malu sikit je, dia pakai suar dalam merah kat luar la. Hehe seksinye laki mak.

Wednesday, 16 May 2012

Mak & Cikgu

Abis makan tengahari,
“Tak pernahla habis mangga ni. Tinggal utk orang blakang satu je...” 



Selamat hari Emak & Cikgu. Anak2 mak tak pernah masuk dek ajar makan buah sampai habis. Terutama skali Ayah. Sayang Mak :)
hee~

Monday, 14 May 2012

Dia Sihat

Hai. Bertemu lagi kita dalam rancangan Nano(Nona actuallay) .Takde la nano sangat pun. hehe. Nak update dari post lepas je. Hari tu aku ada post pasal kucing aku yg sakit berulat tu kan. Alhamdulillah sekarang dah pulih. Bulu badan dia pun dah tumbuh. Cuma daging dia lambat recover, sebab makan tak banyak.



Crdt to kak yosh. Mekaseh sbb sudi menidak-lalu-makan angkare memalitkan krim hijau.

Gebu sungguh bebulu itu tumbuh. haha bongoknye bunyik!

Tuesday, 24 April 2012

Y U NO LOST?


Hari ni cam tak best la. Aku telah mengalami kerugian bangang sebanyak rm60 untuk kad matrik yang dah terjumpa balik. Sempat jugak la kehilangan ni jadi misteri.

3minggu lepas aku hilang kad matrik. Aku ni, cari la dlm compartment, bawah kusi, dalam beg, merata. Aku memang ingat betul la letak kat tepi compartment dalam keta aku. Betul! Tak tipu. Dah tak jumpa sangat report la kat jabatan keselamatan usm nun. Aku kata keta kena kopak. lulz.

Syak yg pertama:
Time abang aku guna keta, dia letak enpon dia terangakat skali dengan kad tu lalu tercicir

Syak yg ke-2:
Ada orang kopak keta aku amik kad touch&go dgn kad matik aku.

Syak yg ke-3:
Aku sendiri yg cicirkan. Tapi tak kot!

Ape kajadahnya orang kopak keta curik kad matik, yedak? Aku pasrah. Then, lepas buat bayaran denda apa segala. Nak dijadikan citer, abang aku ni tahape perangai dia hari ni, dia mengorek barang2 dalam keta tu. Tiba2..“oi! Apehal kad ko dlm ni?”

Jeng3... TADAA!!



Rasa aku kalau tak jumpa aku dah bahagia sekarang. Aneh. Tak tau pulak aku kad matrik aku mampu bergerak solo dan menyorok. Adakah ini jodoh? Atau bodoh? Siapa dalang disebabkan kebodohan penemuan semula ini? 

gembira tak kalo ko ada kad yg ko letak kat sebelah laci keta, then tau2 ada kat lubang handbreak. !@#$%^&*( kan. 

Aku ada 2kad matrik skarang. yeay! ko hado? dayyum = ="
mood : macam nak bako dua2 kad tu. puas.

Saturday, 14 April 2012

Kucing Sakit

Pernah tak tengok kucing berulat? Tapi kucing tu still hidup. Aku ade sekor kucing blakang rumah yang kena penyakit tu. Ekceli kucing ni bukan kucing aku. Kucing jiran aku. Dia dtg sendiri. Meet Comel. nama pun comel je.





Dia ni beranak kat umah aku. Pastu suka main kat blakang umah. Mak aku rajin la bagi dia makan. Aku kalau nak ikutkan malas nak jaga budak2 ni. Kang sakit, aku jugak kena anta gi klinik. Leceh.

And the story begin is aku kena hantar Comel gi klinik pagi kemarin.

Sehari lepas balik dari Penang, aku baru habis basuh kete mak aku. Abis je cuci2 tu, aku ke dapur nak minum air pastu jenguk blakang umah. Panggil Comel. Puss..puss.. Comel dtg. Aku tengok blakang tengkuk dia dah bernanah dengan ulat2 langau. Adui ngilu tengok ulat tu makan daging2 Comel.


lepas aku letak ubat. selenger je.

Akak aku ckp dia kena pukul dengan kucing jantan, luka. Dia tak tau plak dah bernanah. Kucing jantan tu pun bukan kucing aku. Semua ni pendatang. Aku tak tau la nape rumah aku ni salu jadi rumah kebajikan kucing. Banyak benor kucing dtg merempat. Nak halau kesian. Aku dengan tangkas mintak twiser(tool pencabut bulu kening) dari akak aku. Sape suruh dia simpan banyak sangat. Tak pasal je aku buang ulat2 guna benda tu.

Nak ikutkan aku geli senanye tapi geram jugak tengok ulat2 tu makan daging Comel. Hidung dia naik pucat. Naik berlubang badan Comel, ada 4lubang ulat tu tebuk. Aku cabut ulat2 ada la dalam 10ekor lebih. Tu sikit. Dalam tu xtau ada brape banyak lagi.

Aku tengok je la ulat tu tergedik2 dalam lubang2 tu. Celake betul. Aku curah minyak gamat. Menggeletik macam nak kuar je tapi xsempat aku nk cabut dia masuk balik. Maka berdendam lah aku pada ulat2 tu.

Pagi esoknye, aku bawak Comel ke klinik. Dokter sempat bunuh n buang dlm 30% ulat dlm badan Comel. Dia kata ulat2 tu da makan daging2 kat leher n dada Comel. Kritikal jugak aku tengok dia. Dokter kata Comel ni memang tak tak sihat, air dalam badan dia kurang. Bila dokter cucuk bius dia jadi lemah sgt3. Kesian aku tengok mak dia. asik meow2 je time aku hantar ke klinik. Dia ingat aku buang anak dia.

Masa aku nak ambil dia petang tu, mata dia terbukak badan dia berombak tapi dia tak larat nak bergerak. Kurus dari aku hantar pagi tu. Membebel jugak dokter tu kat aku sebab hantar kucing tu time dia dah kritikal. Perlu la aku yang kena? Mana la aku tau dia nak sakit. Aku kat Penang lagi time dia sakit. Adui lantok ler. Pekak kan tinge je. Dia suruh aku palitkan ubat hijau tu, bagi antibiotik n beco tablet (vitamin).

Sekarang ni ulat2 tu dah mati, dokter kata dia kuar sendiri. Comel pun dah makin sihat lepas aku paksa dia makan antibiotik n vitamin. Biasa la kucing mana telan ubat macam orang. Sebagai tuan dia, ku gunakan kuasa veto aku jolok pil kat tekak dia. Bila dia sihat nanti jangan ada orang nak ambik dia, terajang muka dia nanti.



Mak dia. takde nama. panggil meow je. lalala~




Yang ni adik dia. bakal ada nama.



p/s :
aku tak sampai ati nak letak gamba ulat2 dia. kanga hado yg muntah. Next post aku citer pasal kucing aku yang kena potong kaki. 

Thursday, 12 April 2012

9 Tips Karaoke



Penulis : Prof. Madya Dato’ Puan Guru Hajah Natrah 
Kelulusan : PHD. USM - (paling hawau der, uni sangat mengarut)

1-      Sebelum masuk ke bilik karok(karaoke), sila stress kan diri. Anda akan mengalaminya dengan memikirkan perkara2 duniawi. Sebagai pensyarah architecture yg bertauliah, kebanyakan student mengalami stress membuat studio mereka. Walhal mereka memilih untuk mengembalikan mood2 luarbiasa mereka dengan berkarok. Ternyata, lagu yang dinyanyikan seolah penyanyi professional seperti dato’ siti, ziana zain malah jamal abdillah? Superb! CGPA pon mantop.



2-      Order minuman yang berkualiti. Seperti air mineral, 100plus, air asam, air mata, air wuduk. Eh? Tak kesah la.. janji bukan ice blended mocha, strawberry milkshake. Sebab utama, kita taknak la tengah sedap3 nyanyi ni, tibe2 takde suara. 1st, sebab baru masuk lagu pertame nyanyi lagu high pitch, 2nd, basahkan tekak guna air sejuk. Bukan basah tekak yang ko dapat, gersang tandus terus tekak mu.


3-      Pilih lagu low note dulu. So as i mentioned b4, kita tak mau la lu ols kecundang di pertengahan jalan. Jadi, sebelum sore lu pecah di awal perjalanan, baik pilih lagu yg rilek2 dulu. Layan mood dlu. So balik nanti tak la kecewa, “apsal aku nyanyi mcm ayam kena semblih”...”nah, amik la mic ni. aku surrender”... “aduih, pening pale teran sore. Rase aku nyanyi 4bijik lagu je?”

Sebagai yg berpengalaman, pilihla lagu seperti selena ngomez, salomah, amir ukiss. Kekasihku di menara ke, love you like a lep song, etc. Takmo lagu puncak kisah- Jiana Jen, Cintan- Melly Gofast ft. Kris Dayang Senandung, etc. Pastu kang tak masal ko jadi penonton je. Ish3..

4-      Lagu happening. Apa objektif sebenar kite gi karok? Mestila bersuka ria. Ko kate tensyen kan. So kita perlukan lagu2 happening memuaskan hati. Baru best. Puas. Huih, rakus ayat ku! Hehe

Bergembira, bukan kecundang ditengah jalan. Kalo dah tengah2 karok tu ada mase ngantok2 nyanyi lagu tangkap lentok, wa rase baik lu nyanyi kat bilik air je. Agak2 da terase ngantok tu terus celop kepale kat air kolah. Tak dan ko nak ngantok. Settle!

perlu la ko hepi giler mat? basuh muke je pon

5-      Lagu K-Pup/J-Pup tak digalakkan. Tak yah la weh. Merapu tah pape je kang. Malu kat orang lalu lalang. Lain la ko dah blajo hurup2 cacing dorang tu, takde hal la. Selesaikan kes anda nyanyi lagu Melayu la weh. Rasa lagu melayu sengal ngat, lagu English kan hado.

Nak sangat nyanyi K-pup, sila pronounce dengan kompiden. Kompiden tahap poliden tak po jah. Aku sokong dari jauh.
olololoooo #flush dlm jamban

6-      Jangan ‘overdansing’. Seronok pon jangan la sampai meletihkan diri sendiri. Adui, ni bukan AF nak nyanyi sambil berdansa weh. Penat lelah n tired la ko dalam tu..

7-      Wireless microphone. Sila off mic sehingga sampai seru ko nak nyanyi. Sabo2 la nak nyanyi tu. Off mic tak bermakna lagu ko skip terus. Rilek je. Kang tak sampai masa da kena guna 1 mic dalam 2-3jam.

8-      Sila jangan jerit. Kalo nak kuat sangat volume, ko bawak baldi sendiri nyanyi dalam tu. Dengor kuat tak kuat? Hape la, volume tu kasi lebat. Tak payah susah2 jerit der. Sumbang mambang jadinye.

9-      Nak enjoy? Suka mu la nak nyanyi camne pong weh. Janji happily everafter.

Hehe. 


Sunday, 18 March 2012

Dear Studio, May I Freak You Out?

Entry ini ditaip pada pukul : 18 mac 2012 - 1pagi di Ho Chi Mihn


Assalamualaikum.

Hai hai kawan(keyakinan cik kiah akan membaca). Maaflah aku dah lama tak hapdet blog disebabkan hal2 duniawi nowadays makin menjadi2. Yelah manakan nak kejarkan studio, kejarkan ukur potong model, uruskan archi week, call mak etc. Note that: call mak itu teramatlah penting. Sehinggakan jatuh hukum wajib call dia every week. Sebab bila aku tak call mak akan emo secara hyper dan tetibe. Well, most of the time aku sungguh amat bizi menyiapkan studio. Hidup tanpa studio, ibarat hidup dalam teratak dihujung kampung, bawah cermin kopak ada kotak, tersembunyi adanya tempurung, sembunyinya katak melalak Eh, macam bleh buat lirik. Mungkinkah aku penulisnya?*egotaknakngaku.


 Let the story begin,

Sebagai pelajar archi yang berkesungguhan tahap infiniti, sem ni aku telah menanam azam baru untuk tidak tidur dengan lebih kerap. Yakni, kuat tidor dan tidor awal. Ya, inilah azamku. Haha. Takde peliknye budak archi tak tidor seminggu. Bukan la tak tidor langsung, tapi kualiti tidor yang tak stabil. Kitorang punya life is orang kerja kami tidor, orang tidor kami kerja. And let me say my life is full of ooohsemness bebeh! Aku menurut perintah jadual dan menjalinkan hubungan akrab dengan studio sampai bermacam2 adegan sempit lagi sulit terjadi. But the end is still great.

Sekarang ni aku yakin dan percaya yang budak2 studio aku tengah sibuk duk belek2 model and presentation board. And again yeah! Model aku dah siap dowh. Cantik doh! Cool gila doh! Haha. Excited gila babun punye la. Tak tau camana nak kata ah! betul la orang kata bersusah2 dahulu bersenang2 kemdian. Aku rela bermata panda bersama2 kawan2 group aku. Sayang korang. Tapi malangnya aku tak sempat nak hamek gambaw 'dia' yang sangat gojes itu atas sebab2 excited nak balik semakin menggebu bak bantal kekabu. Haha.
*still in the excited state



Hahaha!

*still..


Ok cukup. Mungkin aku boleh buat salam perantauan besok. kbai.



Lily is describing the model in a few words BM:

COMEL. GEBU. BALSA. MAHAL GILER BABI. WELL, VOUCHER 1MALAYSIA KAN ADA.
*tetibe?

Thursday, 16 February 2012

Story-mory : Lirik lagu

Tak tau la ape nasib aku ni. Bukan tak bersyukur, tapi asal perkara yang cambes nak dtg mesti ada sesuatu benda yang kacau. Cuti sem dah nak habis ni la macam2 jadik. Demam plak dah. Gathering takleh ikot. Yang jilaka sangat ni, pagi2 lagi dah meriah. Ape taknye, kucing blakang rumah aku sonok betul dia gado2. Nak ngawan pun takyah la gaduh sakan. Sakit kepale aku. Nasib baik comel, kalau tak dah lama aku buat sup ekor sekor2. Stress ngalahkan beranak namblas.

Malam ni aku nak ungkitkan topik tebiat zaman sekolah. Senanye tak la besh sangat pon. Tapi memandangkan otak aku dah tak leh nak menampung memory macam hardisk 1Tera akhir2 ni selari dengan arus penuaan umur, walaupun tak berapa nak tua, aku lego je la story kat sini. Bila dah tua nanti tak payah susah2 nak cerita kat cucu2 aku, baca blog sudah. Pastu nanti "pergh vrutal la nenek aku. kau hado?" kah3! Ish, banyak pulak aku membebel. Ni kata2 pembukaan la dol. Chop! Aku frust la blog jilaka betul dah kena block. Tak sporting betul la dorang ni. Jujur aku cakap, blog tu lawak gila bab. Sesape yang ade hati nan lara tu, sure kompem terhibur la. Bukan sebab gamba dorang, tapi ayat cam lakhanat  tak hengat. Tapi dah takde plak aku nak letak link, sori bai.


Aku.ZamanSekolah : Lirik lagu

Aku suka kumpul lirik lagu. Sebab nye aku bukan dikelilingi pemusik jalanan mahupun juara Kampung Kelapa tapi diapiti dengan pencinta musik. Senang cerita, orang yang suka syok sendiri nyanyi la der. Disebabkan habit aku print lirik lagu, bawak ke skolah, maka hari2 ade je yang datang request lagu. Sempat jugak la bukak bisnes, 1lagu seposen. muehehe

Tebiat ni mula sejak aku dajah4 lagi. Dulu2, aku minat giler kat kumpulan Blue. Sebab satu je, Duncan hensem. 1st time aku nengok vidclip All Rise, aku nampak Duncan je. Time ni zaman cita-cita nak kawen dengan matsaleh, kulit putih blue eyes rambut blonday je. Bagi aku masa ni, tak jumpa lagi lelaki melayu hensem.

Kononnye kat kelas 4Bestari tu aku la peminat Duncan, Mayju peminat Lee Ryan. Dua2 hensem. Haha. Hari tu aku pi gongxifacai kat rumah Mayju. Aku saje je citer pasal aku karok lagu sorry seems to be the hardest word hari before sem break. Pastu amoi ni mencelah, “lily, minat lagi kat Blue ke?” amoi ni pelik la, dah 10tahun, aku duk citer pasal Blue. Hehe. Bukan la pelik sangat, tapi ko bayangkan citer dah basi dalam tupperware 10thn lepas ko masih syok citer lagi. Takde perubahan langsung.

hensemnye exboifren
mek ni tapi gay pulek.
T.T
Album beli yang ori je. Yang siap dengan cd video clip. Buku lirik dlm bekas cd tu habis khatam aku baca. Dari kata2 intro sampai ayat “thx to all my fans. Love you gila babi, bebeh!”. Nasib baik lagu dlm tu best2. Catchy. Ballad sikit. Kira tak sia2 la aku beli. Tak silap aku beli dari cd album pertama sampai album Guilty. Bese la time tu tak matang lg.

Aiseh, rase menjela plak citer pasal Blue. Bukan blue tu, ni blue all rise. Mesti la minat, tapi aku tak cakap pun time tu. Seganla. Haha.






Berbalik citer lirik lagu, aku bawak lagu BI je, lagu BM time tu tak pandai lagi. Lama2 bermaharajalela la lagu BM dalam album aku. Ha lirik lagu yang membanyak tu, aku buat album. Sikit2 lama2 jadi banyak. Manakan tak, sejak aku form1 sampai form5 aku dok print lirik lagu.


1st album
2nd album
3rd album


isi kandungan yang semakin menggebu kan diri dari satu album ke album. Sepatutnye quantiti lagu tu lagi banyak dari list ni, tapi disebabkan aku malas nk tulis isi kandungan..so ni je la yg mampu




 

Tebal ni je la yg mampu memberi sakit tekak tatkala meroyan sorang2 di kelas mahupun di rumah...


Tak cukup ketas a4, tulis kat ketas kajang pun berlaku bilamana bahan pencetak tidak mencukupi..


Penculikan lirik dari majalah utopia pun tidak dapat dikekangi...



Vandalisme berlaku tatkala cikgu rohaizad(cikguBM) terlepas pandang..



Hal ini semakin serius hatta disisipkan pada meja bawah plastik alas meja kelas sebagai bahan penghibur. Kejadian ini masih tidak disedari cikgu rohaizad atas sebab teknik sorok ku yg sangat amat baguih..



Tahukah anda? Lirik lagu ni membawa kebaikan. First, aku blaja cara pronounce words in english. Second, aku blaja vocab. Third, aku blaja nyanyi. Fourth, aku blaja melalak lepas buat homework kat rumah. Fuh.. bila nyanyi dengan penuh perasaan, aku yakin jiran sebelah rumah sure dengar aku nyanyi. Release tension katenye. Best woh! Rasa macam satu taman ni aku punya. XD

Vodoh haram hobi aku pun ramai orang pinjam, siap bawak balik rumah ag. Haha. 

p/s:
plis dun try this at home bcuz it may coz ur printer out-of ink and u will regret.

Sunday, 12 February 2012

Melankolia


*Note that this story is not my writing, just happy to share. 

Married or not you should read this...


“When I got home that night as my wife served dinner, I held her hand and said, I’ve got something to tell you. She sat down and ate quietly. Again I observed the hurt in her eyes.

Suddenly I didn’t know how to open my mouth. But I had to let her know what I was thinking. I want a divorce. I raised the topic calmly. She didn’t seem to be annoyed by my words, instead she asked me softly, why?

I avoided her question. This made her angry. She threw away the chopsticks and shouted at me, you are not a man! That night, we didn’t talk to each other. She was weeping. I knew she wanted to find out what had happened to our marriage. But I could hardly give her a satisfactory answer; she had lost my heart to Jane. I didn’t love her anymore. I just pitied her!

With a deep sense of guilt, I drafted a divorce agreement which stated that she could own our house, our car, and 30% stake of my company. She glanced at it and then tore it into pieces. The woman who had spent ten years of her life with me had become a stranger. I felt sorry for her wasted time, resources and energy but I could not take back what I had said for I loved Jane so dearly. Finally she cried loudly in front of me, which was what I had expected to see. To me her cry was actually a kind of release. The idea of divorce which had obsessed me for several weeks seemed to be firmer and clearer now.

The next day, I came back home very late and found her writing something at the table. I didn’t have supper but went straight to sleep and fell asleep very fast because I was tired after an eventful day with Jane. When I woke up, she was still there at the table writing. I just did not care so I turned over and was asleep again.

In the morning she presented her divorce conditions: she didn’t want anything from me, but needed a month’s notice before the divorce. She requested that in that one month we both struggle to live as normal a life as possible. Her reasons were simple: our son had his exams in a month’s time and she didn’t want to disrupt him with our broken marriage.

This was agreeable to me. But she had something more, she asked me to recall how I had carried her into out bridal room on our wedding day. She requested that every day for the month’s duration I carry her out of our bedroom to the front door ever morning. I thought she was going crazy. Just to make our last days together bearable I accepted her odd request.

I told Jane about my wife’s divorce conditions. . She laughed loudly and thought it was absurd. No matter what tricks she applies, she has to face the divorce, she said scornfully.

My wife and I hadn’t had any body contact since my divorce intention was explicitly expressed. So when I carried her out on the first day, we both appeared clumsy. Our son clapped behind us, daddy is holding mommy in his arms. His words brought me a sense of pain. From the bedroom to the sitting room, then to the door, I walked over ten meters with her in my arms. She closed her eyes and said softly; don’t tell our son about the divorce. I nodded, feeling somewhat upset. I put her down outside the door. She went to wait for the bus to work. I drove alone to the office.

On the second day, both of us acted much more easily. She leaned on my chest. I could smell the fragrance of her blouse. I realized that I hadn’t looked at this woman carefully for a long time. I realized she was not young any more. There were fine wrinkles on her face, her hair was graying! Our marriage had taken its toll on her. For a minute I wondered what I had done to her.

On the fourth day, when I lifted her up, I felt a sense of intimacy returning. This was the woman who had given ten years of her life to me. On the fifth and sixth day, I realized that our sense of intimacy was growing again. I didn’t tell Jane about this. It became easier to carry her as the month slipped by. Perhaps the everyday workout made me stronger.

She was choosing what to wear one morning. She tried on quite a few dresses but could not find a suitable one. Then she sighed, all my dresses have grown bigger. I suddenly realized that she had grown so thin, that was the reason why I could carry her more easily.

Suddenly it hit me… she had buried so much pain and bitterness in her heart. Subconsciously I reached out and touched her head.

Our son came in at the moment and said, Dad, it’s time to carry mom out. To him, seeing his father carrying his mother out had become an essential part of his life. My wife gestured to our son to come closer and hugged him tightly. I turned my face away because I was afraid I might change my mind at this last minute. I then held her in my arms, walking from the bedroom, through the sitting room, to the hallway. Her hand surrounded my neck softly and naturally. I held her body tightly; it was just like our wedding day.

But her much lighter weight made me sad. On the last day, when I held her in my arms I could hardly move a step. Our son had gone to school. I held her tightly and said, I hadn’t noticed that our life lacked intimacy. I drove to office…. jumped out of the car swiftly without locking the door. I was afraid any delay would make me change my mind…I walked upstairs. Jane opened the door and I said to her, Sorry, Jane, I do not want the divorce anymore.

She looked at me, astonished, and then touched my forehead. Do you have a fever? She said. I moved her hand off my head. Sorry, Jane, I said, I won’t divorce. My marriage life was boring probably because she and I didn’t value the details of our lives, not because we didn’t love each other anymore. Now I realize that since I carried her into my home on our wedding day I am supposed to hold her until death do us apart. Jane seemed to suddenly wake up. She gave me a loud slap and then slammed the door and burst into tears. I walked downstairs and drove away. At the floral shop on the way, I ordered a bouquet of flowers for my wife. The salesgirl asked me what to write on the card. I smiled and wrote, I’ll carry you out every morning until death do us apart.

That evening I arrived home, flowers in my hands, a smile on my face, I run up stairs, only to find my wife in the bed -dead. My wife had been fighting CANCER for months and I was so busy with Jane to even notice. She knew that she would die soon and she wanted to save me from the whatever negative reaction from our son, in case we push through with the divorce.— At least, in the eyes of our son—- I’m a loving husband….

The small details of your lives are what really matter in a relationship. It is not the mansion, the car, property, the money in the bank. These create an environment conducive for happiness but cannot give happiness in themselves.

So find time to be your spouse’s friend and do those little things for each other that build intimacy. Do have a real happy marriage!

If you don’t share this, nothing will happen to you.

If you do, you just might save a marriage. Many of life’s failures are people who did not realize how close they were to success when they gave up.



Cuba try: 
search Takdir dan Waktu - Mega. Tangkap leleh beb. T.T

Sunday, 29 January 2012

Takde Maknanye ..

Hai mak. Entry ni untuk mak saye, Mak Yah. Mampus aku kena bebel sbb citer pasal dia. Dikesempatan cuti sem aku yang penuh dengan keajaiban, sebab aku cuba belajar memasak tengahari tadi. Untuk begginner, semalam belajar goreng sayur, tadi aku bakar ikan. Boleh tahan jugak ar rentungnye. Haha janji sedap. Ye la, aku mane reti memasak. Masak air dengan megi rendam reti la aku. Tak layak sungguh nak jadi bibik Najib. Haha tak kuase mak. Ape over ni? Aku dah lupe camne nak tulis blog ni. Macam dah berabad puleks.

Saje je nak buang mase ko baca blog aku. Memang takde keje pun. Keje aku, jaga anak buah yang sorang ni pastu jadi bibik kat rumah sendiri. Langsung takde mase untuk diri sendiri dan anak2. Oh sadisnye. Bile aku branak woi. Aku dan merepek, tak dapat dipisahkan. Kami bersatu menjadi Supersaiya M(Mangkok umah kau) terulung di bumi. Goku pernah berkata2 yang dia tak terkata. Rancangan kami hendak bermunakahat sangat tipis kerana aku punyai calon lebih terpuji sifat mangkoknye. Rancangan kahwin Lisa dan Yusri tak sehebat aku. Apeni weh?  Dayyum ==”


Aku dah lost. Sekian.

Tuesday, 10 January 2012

dilemma zaman kanak-kanak

Masa zaman kanak2 dulu, aku salu berhadapan dengan dilemma. Persoalan demi persoalan. (cew.. banyak berfikir la konon). Biasa la.. budak lagi. Semua nak tau. Tak dapat jawapan buat assumption sendiri. Assumption yang memang tak masuk akal pon. Pastu kalau betul tu, bangga giler.

1) Disneyland.
Dulu time nak raye, ayah bawak kitorang sefamily balik kampung naik highway. Abang aku kata nanti jumpa Disneyland. Antara orang paling excited aku la. Setiap kali lalu depan tu, mata aku mesti berseri2 dok bayangkan keseronokan disneyland. Pastu siap imajin main gelongsor besar kat situ. Sonoknye.
Sebenarnye disneyland tu kilang simen. Aku tertipu. Siot punye abang.




banyak giler glongsor kat 'disneyland' aku tu..



2) Tunnel
Cerita on the way nak balik kampung jugak ni. Selalunye mesti lalu terowong. Tak tau kenapa, asal lalu situ mesti abang aku cakap. "lily..lily nak lalu terowong ni. Cepat! Cepat!" aku dengan behengong nye tengok depan, pastu senyap. Tengok lampu kat dinding terowong. Kenapa mesti senyap dalam terowong tu aku pun tak pasti. Mungkin sebab bayangan aku dulu camni...






3) Pokok tumbuh
Time sonok makan buah, bile dapat telan bijik buah tembikai. Buah anggur.. Kuaci.. buah ape2 je la yang sedap enak ditelan begitu saja. Kuaci salunye hisap je. Tak telan. Susah nak telan dol! Tercekik aku, naye je. Kalau bijik buah delima tak pulak telan. Maybe sebab bijik dia kelihatan walaupun tak makan lagi, so aku awal2 boleh buang. 


Berbalik kepada cerita aku telan bijik dengan rakusnya. Time tu aku makan tembikai kuning. So, sume tau la kan, tembikai kuning ni banyak bijik, abang aku tiba2 je tertanya. 


temikai albino. *sarcasm


abang: "eh, bijik tu ko telan eh?"
aku: "hmm..mestila"

abang: "makan la kau.. nanti pokok tumbuh dalam perut ko... baru tau."
aku: "boleh ke pokok tumbuh?"
abang: "mesti la boleh.. ko tau tak perut kita ni ade air. Kang bijik yang ko telan tu cukup la air dia nak membesar. Habis la kau lily.. nanti pokok tu menjalar2 keluar dari dalam perut. Pastu bebunge, berbuah keluar dari bijik mate ko.. gasak laa"
aku: "eee.. yeke? kalau buat operate sempat tak? lily nk buang bijik yang dah makan tadi?"
abang: "tak tauuuu..."


Kentut betul. Sihat je aku sampai skarang.


4) Putih
Sayur? Dari dulu aku tak suka. Pahit! Lagi2 sayur hijau cam sawi...bayam. menci sungguh aku. Mak ngan ayah aku suka pancing aku suruh makan sayur. 


mak: "adik mesti makan sayur. Kalau tak camne nak putih.. 
aku: boleh putih ke makan sayur?
mak: [ignore]...tomato, sawi, kacang panjang, bendi.. Tengok dulu time baby putih, skarang berdengut itamnye."
aku: ok la.. [ngap makan]


Harapan..


aduhai.. sampai sekarang legam jugak je aku. Takpela janji sihat dan kuat. Aumm![bunyik rimau]


zaman budak2 dulu hidup penuh dengan keceriaan dan kejahilan. remaja pon bodoh gak sikit. zaman tua nanti bertauliah la agaknya. insyallah. ni gara2 anak buah aku la ni. macam2 hal. haih... kebizian yang melampau sampai teringat zaman kecik2. bongok tapi sonok.


p/s: kebanyakannye, aku salu kena tipu dgn abang aku. T.T