Friday, 4 November 2011

Besi Sebenar

Hari ni aku demam. Yeah! Bes giler time hidung sumbat ni dok rumah. Orang suapkan makan minum. Lagi2 selera tengah menggila macam aku ni. OK, it seems weird. Memang aku makan banyak kalau tengah sakit. Plus, ada ayam percik, kan. Pergh! Bukan peha ngan dada, aku nak sekor ayam tu. Tapi malangnya aku kat Penang lagi. Membosankan diri yang dah sememangnya bosan.


Malam Jumaat aku pegi nonton dengan member paling best aku, Cik Kiah. Tengok citer Real Steel. Haha. ketinggalan kan adui nye pun. Peduli ape haku. Demi abang Jackman aku yang memang Huge, aku tengok gak la. Dah la demam kan. Daripada aku meratap sepi sorang2, sakit, makan ubat, tido sepanjang hari (petang sampai malam kot aku tido), blablabla. lagi aku sakit. So aku menginsafkan diri ke GSC. 


Walau seribu kedutan di wajahnya,
tetap hensem macam bapak guwa


OHSEM WEH! Best gila kot! 1st, citer tu sonok. 2nd, citer tu giler cool!


Citer ni kononnye pada zaman 2020, mengenai sorang bapak sengkek yang dulunya bekas boxer terkenal, Charlie (Jackman) yang suka enjoy melaburkan duit untuk berlawan robot dan dia selalu kalah. Dia tak tau pon dia ada anak ni. Satu hari dia kalah dalam battle robot tu lagi. Sorang laki pegi jumpa dia, bagitau isteri dia dah mati kena sign hak penjagaan anak dia Max. Jackman ni taknak jaga Max, pegi buat perjanjian dengan Marvin(pakcik Max) dia nak jaga Max, tapi lepas cuti musim panas dia bagi balik dengan syarat dia nak 50k. Marvin bengap ni pon bagi la $50k. Max pon ikut la bapak dia tapi taktau pon perjanjian tu pasal bapak dia nak duit semata.


Max ni kaki video game. So, dia banyak pengaruh video game. Dia tengok battle yang lepas2. Kiranya Max ni mengikuti game robot la. Yang Si Bapak ni baru beli robot baru. Tapi bila kat battle kalah, then pada malam tu jugak diorang pon gi kutip sisa2 robot tu kat tempat besi buruk. Time tu hujan, Max ni jatuh dari tebing. Belum sempat Charlie turun tarik anak dia. Tiba2, ada robot grab baju Max. Charlie ingat tangan robot tu tersangkut ke ape kan (kalau aku pun pikir camtu tapi nak buat camne, citer ni tahyul)


Max amik keputusan angkat robot tu balik. Angkat la sorang2 sampai ke pagi, bapak tercongok kat lori. Max dengan muka taksudahnya tarik troli tu sampai ke lori. Pastu pi pukul bapak dia. Part ni sumpah lawak comel. 






Then, dorang pon jaga, pulihkan. Yang best pasal Atom(robot cambes Max). Dia punya remote dah rosak, so dia boleh copy gerak badan orang. GILER COOL kot! Atom ni kononnya robot zaman Jepun la, tapi elok lagi besi dia. Tebal (memang aku yang buat robot ni XD). Max ni dengan semangat muka berseri nak masuk battle. Pastu menang, menang dan menang. (Biasa la citer. Hero kena lah menang.)


After the fun things gonethrough, Charlie punya hak penjagaan Max ni dah habis so kena pulang balik Max pada Makcik dia. Max ni tau je dia pun setiap kali Charlie nak cakap je, Max "You sold me!" banyak kali. Muka sebek. Aduhai. Comel. Sedih. Charlie serba salah. Penampakan bapak yang baik sedang menyerlah. 


Max pon join battle nak beat sang robot jahat, Zues. Owner dorang Lemkova & Tak Moshido(yelakot, gini ejanya). Dorang ni penah merancang nak beli Atom, tapi Max taknak. Dia beat habis-habisan, sampai Atom tu dah takboleh dengar command Charlie. Pastu Charlie guide Atom supaya senang nak command. Gunakan specialities dia copy gerak badan orang. Sepatutnya Atom menang tapi juri bagi markah rendah kat Atom. Masa nak last tu penonton cam tak puas hati la sebab Zues yang menang. Atom still dapat perhatian lebih sebab dia robot special. Macam a piece of junk beated brand new robot ar kan. SOSOSOSOSOOO COOL dowh!




_________________________________________________________________


review outline sket.

  1. Watak awek Charlie dalam citer ni tak menyerlah sangat. Cam lebih baik takde kot.
  2. Pengarah tak bagitau pon asal usul robot tu.
  3. Penonton selalunya kena assume yang diorang live happliy ever after.
  4. Watak orang jahat mesti kena muka Asian. cam haram. ingat orang asian tak perasan ke. 
  5. Jackman tough sangat apesal?
  6. Awek Jackman kesian.
  7. Max muka cam budak pompuan.


p/s:
tengok tak rugi beb. mari lah donlod beramai2. finally, dah ngantok. bye. 

No comments:

Post a Comment