Hepi Ramadhan semua! Setakat ni traffic light aku tak merah lagi. So ini permulaan yang baik untuk bulan terbaik kegemaran aku. And Hepi Bday kat mak aku yang cantek bergaya. Cantek luar cantek dalam cantek macam aku.
Pagi2 nan mendung tak bererti syahdu ni, aku titibe nak mengimbas pengalaman baru selama 3 minggu jadi receptionist merangkap designer juge. Dalam banyak2 hari, semalam aku terasa dihargai oleh superV, Encik Isma yang telah lama menghilang tanpa berita ke hospital.
Dan dia bagi aku pen. Walaupun sebatang pen dakwat basah yang rear, tapi ayat yang menyentuh jiwa kegadisan aku...
En. Isma : Lily... ikut saya kejap.
Cik Lily : (apehal lak ni) Nak gi mane?
En. Isma : Ikut je la. Saya nak bagi awak hadiah. Semalam saya beli pen lebih. Tiba-tiba ingat kat awak.
Cik Lily : Hehehe~ *blushing disitu*
Esok tu dia siap belikan ink refill lagi. Dah lame tak dapat hadiah. Terharu aku beb. :)
Sepatutnye aku publish post ni 4 Ogos aritu. Tapi tak dan nak tulis panjang, tepon sebelah aku ni kerjanye menyalak je. Nak aje aku letak kat public phone bagi orang angkatkan. Tu pun kalau ada orang nak angkatkan. Ada la sehari tu, akak akauntan kata line tepon opis ni ada problem.
Masalahnya cable kena curik. So, suara orang yang call tu aku dengar tapi dia yang tak dengar suara aku. Rasa macam tinggal di surga. Tepon ringing sambil aku memandang buat muka bersifatkan sinis dan penuh dengan keperlian. Lalu aku perlahankan volume tepon supaya aktiviti aku tak terganggu dengan bunyi tepon menyalak. Bila mana tepon berbunyi, lagakku seperti sorang makwe merajuk ngan pakwe sambil menjeling keji pada fon berdering lalu berkata " PEGI MATI LA KAU ! "
Aku paling benci kalau orang call tu cakap selow. Aduh. Kadang2 aku terpaksa tanya "Cik/Incik tolong cakap kuat sket". Ada skali tu aku "Hah?" 3kali sebab tak dengar. Aku ni dah kurang pendengaran. Bila dah puasa je, jam 11 otak makin tepu, perut makin lapar. Telinga dah mula puasa jugak.
Tak cukup bahagia lagi. Aku kat reception ni bertemankan Incik Zaidi kat sebelah. Dia ni garang benor. Asal aku tanya je, cam nak marah je. Aku rasa macam "bila la ko nak balik". Yang aku takbley bla tu, dia tanya aku tak dengar. Aku pon dok "Ha?" 3kali jugak la. Then, he said "Pekak betul. Tudung tu kasi nipis takbley ka". And I said "Takbley la angkel. Aurat juga nampak."
Hmm kadang2 pakwe aku pun kata aku pekak. Samdol! Mulut cam longkang gak dia ni. Tapi longkang ni wangi sket la.
Memandangkan aku ni receptionist yg tak terlatih, banyak benda nak kena belajar. Contoh : faxing, fotostating, chop, jawab telepon dengan lagak cool, bijak, berwawasan 2020 dengan cemerlang. And lastly hantar fax-in kat staf. Orang kata nasib badan siapa yang tahu. Turun naik tangga je la. Kalau ada gelongsor, dah lama aku menggila sorang2 turun naik. Malangnya, takde gelongsor. Aku mendaki setiap hari tanpa belas kasihan mereka. Ewah ayat nak hiperbola je. Time SPM dulu buat nak ayat prasekolah. Haha pedulikan.
OK hari ni dah masuk 1st dah of raya kan. Aku tak terkecuali nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri mohon kemaafan kalau2 aku punya ayat ni menggores dan menang hati2 anda-ande yang membaca. Maaf la blog aku ni kurang input. Sebab aku suka output. lol. Nak buat camne lagi, aku suka merepek-meraban hal aku.
Nota sket :
Blog aku, hal aku la bai. Salam Merdeka Raya.
No comments:
Post a Comment