Tuesday, 30 August 2011

Gadis ini Pekak

Hepi Ramadhan semua! Setakat ni traffic light aku tak merah lagi. So ini permulaan yang baik untuk bulan terbaik kegemaran aku. And Hepi Bday kat mak aku yang cantek bergaya. Cantek luar cantek dalam cantek macam aku.


Pagi2 nan mendung tak bererti syahdu ni, aku titibe nak mengimbas pengalaman baru selama 3 minggu jadi receptionist merangkap designer juge. Dalam banyak2 hari, semalam aku terasa dihargai oleh superV, Encik Isma yang telah lama menghilang tanpa berita ke hospital.


Dan dia bagi aku pen. Walaupun sebatang pen dakwat basah yang rear, tapi ayat yang menyentuh jiwa kegadisan aku...


En. Isma : Lily... ikut saya kejap.
Cik Lily : (apehal lak ni) Nak gi mane?
En. Isma : Ikut je la. Saya nak bagi awak hadiah. Semalam saya beli pen lebih. Tiba-tiba ingat kat awak.
Cik Lily : Hehehe~ *blushing disitu*


Esok tu dia siap belikan ink refill lagi. Dah lame tak dapat hadiah. Terharu aku beb. :)


Sepatutnye aku publish post ni 4 Ogos aritu. Tapi tak dan nak tulis panjang, tepon sebelah aku ni kerjanye menyalak je. Nak aje aku letak kat public phone bagi orang angkatkan. Tu pun kalau ada orang nak angkatkan. Ada la sehari tu, akak akauntan kata line tepon opis ni ada problem.


Masalahnya cable kena curik. So, suara orang yang call tu aku dengar tapi dia yang tak dengar suara aku. Rasa macam tinggal di surga. Tepon ringing sambil aku memandang buat muka bersifatkan sinis dan penuh dengan keperlian. Lalu aku perlahankan volume tepon supaya aktiviti aku tak terganggu dengan bunyi tepon menyalak. Bila mana tepon berbunyi, lagakku seperti sorang makwe merajuk ngan pakwe sambil menjeling keji pada fon berdering lalu berkata " PEGI MATI LA KAU ! "


Aku paling benci kalau orang call tu cakap selow. Aduh. Kadang2 aku terpaksa tanya "Cik/Incik tolong cakap kuat sket". Ada skali tu aku "Hah?" 3kali sebab tak dengar. Aku ni dah kurang pendengaran. Bila dah puasa je, jam 11 otak makin tepu, perut makin lapar. Telinga dah mula puasa jugak.


Tak cukup bahagia lagi. Aku kat reception ni bertemankan Incik Zaidi kat sebelah. Dia ni garang benor. Asal aku tanya je, cam nak marah je. Aku rasa macam "bila la ko nak balik". Yang aku takbley bla tu, dia tanya aku tak dengar. Aku pon dok "Ha?" 3kali jugak la. Then, he said "Pekak betul. Tudung tu kasi nipis takbley ka". And I said "Takbley la angkel. Aurat juga nampak."


Hmm kadang2 pakwe aku pun kata aku pekak. Samdol! Mulut cam longkang gak dia ni. Tapi longkang ni wangi sket la.


Memandangkan aku ni receptionist yg tak terlatih, banyak benda nak kena belajar. Contoh : faxing, fotostating, chop, jawab telepon dengan lagak cool, bijak, berwawasan 2020 dengan cemerlang. And lastly hantar fax-in kat staf. Orang kata nasib badan siapa yang tahu. Turun naik tangga je la. Kalau ada gelongsor, dah lama aku menggila sorang2 turun naik. Malangnya, takde gelongsor. Aku mendaki setiap hari tanpa belas kasihan mereka. Ewah ayat nak hiperbola je. Time SPM dulu buat nak ayat prasekolah. Haha pedulikan.


OK hari ni dah masuk 1st dah of raya kan. Aku tak terkecuali nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri mohon kemaafan kalau2 aku punya ayat ni menggores dan menang hati2 anda-ande yang membaca. Maaf la blog aku ni kurang input. Sebab aku suka output. lol. Nak buat camne lagi, aku suka merepek-meraban hal aku.






Nota sket :
Blog aku, hal aku la bai. Salam Merdeka Raya.



Monday, 22 August 2011

Dunia Tanpa Sempadan? WTF!

Sejuk betul malam ni, rase nak tekucil je. Mana taknye petang-petang selalunye hujan. Kali ni tak dan nak petang dah hujan, sampailah ke petang. Bantainye pulak buka kat Arowani, Genting Atap. Lagila aku tak tahan. Sampai je tak sabar nak buka sebab idong dah start buat dodol. Betuah punye idong. Nasibaik aku puasa, kalau tak dah lame aku korek.


OK, honestly aku memang ada kalanya copy paste dari blog orang. Takde niat pon nak ambik hasil kerja orang, tapi aku rasa info yang aku baca tu penting untuk pengetahuan orang ramai. So, aku harap sesiapa yang rajin blog walking tu jangan la pulak tuduh aku "ngopi je keje kau kan, dah takde idea la tu." Maafla, aku bukan nak ngopi. It just sharing is wonderful for those who didnt know the info. 


Kat office biasanya aku memang rajin blog walking. Bila mane aku boring buat CAD aku stop, baca blog. Sama jugak kat kolej pon aku blogwalking and rajin gak update blog. Disebabkan aku sibuk kat office aku tak sempat nak apdet blog ni. Tambah pulak tu aku selalu jadi receptionist. Mane CAD-nye, mane 3D-nye, semua gone and die begitu saje. Yang nyempatnye baca dan sebar. 

Biar di kota, atau pun desa, Kita semua pasti berasa bangga.. 

Have you ever wondered, raya dah dekat, Hari Merdeka pon nak sekali, tapi....... takde pon yang buat lagu raya mix merdeka kan. OK lari topik.



Keranamu, Merdeka on the Raya kedua,
Keranamu, Ketupat lupa anyam,
Keranamu, lembu sudah keluar kandang,
Limpah budi, kemakmuran biskut makmur.



Entry yang kat bawah ni aku tak edit. Kalau ada short form tak paham tu, buat2 paham je la. OK. Selamat Membaca.


************************************************************************




1. Salam. Blh sy kenal awk? Sy tertarik dgn prwatakan sopan awk. Dah lama sy prhatikn awk. Awk dak baik n sy trtarik la dgn tudung labuh awk. Sy harap kite bleh brkenalan.. ukhuwah fillah org kate..sy x terer sgt arab ni…


2. Trima kasih krn mnerima sy. Sy akan try sedaya upaya sy mnjaga awk dan mgikut syariat. Sy tau sy bukan baik sgt, tp demi Allah, sy cuba buat yg trbaik utk awk…


3. Ingat tau,,jaga aurat leklok..jgn bagi org lain nmpk..kuar ngan kwn2 tau.. jgn sorg2..blk contact sy ek..sy doakan awk selalu..


4. awak,nape x contact sy. Sy risau awk kuar lama2..ye..mmg sy xde hak pun..sy tau sy percaye awk,,tp sy x tau la nk kate cmne. Kite slalu nmpk dari jauh je ek.Tp sy rasa awk mcm dkt je ngan sy. Mgkn ni org kate cinta kot,,wak..awk cinta sy x? xnk bgtau.. tp sy tau awk cinta sy..awk da malu nk jln tmpt sy lepak sbb malukan?..kih3. .tq.. i love u too..


5. Wak,,selain family,,Allah dan rasulnyer.. awk sayang sape ek? Sape saya dlm hati awk?


6. Wak wak..dr kawan kite just pggl sy awk je..mcm x special plk diri sy utk awk. sy tringin gak nk jd cm member2 sy. Pggl syg.. bole ke? Awk pggl sy bi ek? Rasa mcm baby sket. X salah kan.. just panggilan je..thanks syg.. love u… ..


7. Yang. kekdang bi tgk syg ni mcm x prcaya bi je. Yela, bi just tanya syg pkai apa je kan .. tq ek gtau,,mkin dalam pulak rindu kat syg ni… .hihihi..


8. Yang bi nak syg tau,,sayanglah segalanya utk bi,,syg la pmberi semangat utk bi… yang… ..bi harap bi ngan syg xde rahsia lagi ek.. jgn risau..inikan membuktikan bi caring.. so jgn risau..k..yeye. . bi janji kan jaga rahsia kite..just msg je kan..love u..papai.. mmuahh!


9. Syg..da lama kite msg,,leh kite jumpe x? ye..ayang bwk la kawan2 k..tq yunk! i love u…. ..


10. Tq pggl bi ngan pgglan abg.. abg tggu lame da..abg tau..kite x leh pakse dlm hubungan..la iqra hafiddin..hehe. . sikit sikit je..kih3..


11. Hi syg,,watpe 2? Nk ckp sket.. nape syg bwk satu battalion nak jumpa abg?… syg x caye kat abg eh.. huhu..


12. Syg..kite jumpe k?..abg suka syg pakai tudung yg abg beli tu..cam wardina lak..bkn syg x cntk.. just nmpk mkn cntk la..nipis sikit je.. nnt jumpa nnt syg bwk sorg dah la k..


13. Syg..abg sory ngan apa jd td.. abg trsentuh jari syg td.. Tol gak ckp syg eh,,trsentuh xpe..TER.. hehe..makin tebal la pulak cinta abg kat syg..


14. Thanks jumpa td,,syg cntk la.. Ololo..abg romantik sket pun salah ke? Ske abg romantik ek? Hehe.. Eh,,td jumpa abg da berani tenung abg ek..hoho.. tgk td kwn syg cam ske kat kwn abg je.. senang la kita jumpa pasni.. tgk..Allah memberkati hubungan kite.. syg solat dah ke? Doakan abg skali ek..miss u..


15. syg..just nk tanya.. syg cinta bg berapa percent? Apa tandanya eh? 50% je… huhu..yang. . just nk tanya..rambut syg panjang x? just thinking of u at the moment…


16. Td terbeli tudung pendek.. yg abg bg kat syg tu.. syg..bg la gmbr syg special untuk abg yg pakai tudung td 2.. Cntk nye syg..gambar ni nak wat wallpaper hp ngan kompter abg la..


17. Yang.. syg cintakan abg berapa percent? Sepenuh hati Thanks syg..love u too.. abg janji,,abg akan jaga syg baik2 dan xkan tinggalkan syg…


18. Syg..da lame kita couple kan.. xkan abg pegang tgn pun nak marah.. Syg kan milik abg.. Thank 4 being understanding. .


19. Syg kata Syg cintakan abg sepenuh hati.. kalu gitu..apa buktinya Syg cintakan abg..?
SELEPAS ITU BARU BERMULA ZINA YANG SEBENAR…


20. huh!… syg mengndung? tahu kat ne… cube check balik dgn doktor… xkan sekali buat dah mengandung,,check balik k..


21. huh! btol la syg mengndung ni?? syg,,utk kebaikan kita berdua,,lebih baik syg gugurkan kandungan tu.. gugurkan k..


22. Nape plak xnak? xberdosa la klu bunuh benda yang masing xbernyawa…..gugurkan jelah!!! jgn buat masalah bleh x!!


23. xsakitlah!!! nape manje sangat ni! xkan bnda mudah cam tu pun xbleh buat..


24. sori syg,,abg xbleh temankan syg ke klinik tu,,abg malu klu terserempak dgn family or member,,malu la abg klu diorg nmpak abg bwk syg dgn perut syg yg besar tu..


25. Ape!! RM 5,000?? kau yg mengandung… kau cari sendiri la duit nak gugurkan anak tu.. bukan masalah aku.. lantak kau la… bukan masalah aku jgak keluarga kau pulau kau.. kau tu yg bodoh!! kau ingat kau tu cantik sgt?? aku dah xingin kat kau!! pergi mmpos!


26. jgn kol n msg lg bleh x?!.. aku sbuk.. xde masa nk layan kau!…


27.(terputus hubungan)
*wanita itu mati akibat kegagalan proses penguguran..
*si lelaki mencari mangsa baru..
*dan kejadian terus berulang..
Pesanan kepada semua wanita : TIDAK SEMUA LELAKI ITU BAIK.. :’) 


PERSOALANNYE :

Apa nak jadi dengan dunia sekang ni. Wallahualam.


Thursday, 11 August 2011

Sekadar Bahasa : TRANSLATE


Orang Inggeris Pandai Bermain 
Bahasa Melayu?





CONTOH JE:
A: Du-te dracu. Yang ni ape maksud dia?
B: Jap, bia aku translate dulu.




Logik akal : sinonim = teran-selit


teran = keluarkan
selit = yang sukar


Maksud sebenar TRANSLATE = terjemah


HURAIAN:
Mengikut pemerhatian di atas, perkataan translate ini lebih abstak dah berbasi-basi maksudnya dengan bahasa Melayu. Jadi janganlah kita taksub bahawa bahasa Melayu banyak menciplak bahasa asing kerana bahasa mereka sendiri mempunyai sumber inspirasi dari bahasa Melayu yang indah nan berbunga.

Apabila kita hendak menterjemahkan sesuatu ayat atau perkataan, seharusnya kita berfikir dan menghayati isinya supaya tidak tersilap maksud. Tambahan pula perkataan atau ayat yang janggal didengari oleh sisip telinga kita. Makin janggal, maka makin sukar kita memikir. Maka dengan itu, otak kita perlu berfikir maksud yang tersembunyi dalam ayat sukar itu. 


Jadi, perkataan 'teran' dan 'selit' ini lebih relevan apabila kita sukar hendak mengeluarkan perkataan "terjemah" dalam bahasa murtadnya. Apa yang kita perlu lakukan ialah memerlukan kekuatan untuk meneran bahan yang terselit di akal pemikiran. 





p/s:
Idea aku ni akan menjadi kalau kau gugup dan lupe perkataan ni. Cuba translate contoh aku tu. :)

Monday, 1 August 2011

KONGSI : Ulama' VS. Pramugari



Seorang ulama sedang berada di dalam sebuah kapal terbang untuk ke sebuah negeri. Apabila tiba waktu solat, dia pun ke tandas untuk berwuduk. Oleh kerana tandas di dalam kapal terbang terlalu kecil, maka beliau terpaksa membuka pintu tandas itu ketika berwuduk. Tatkala beliau mengangkat salah satu dari kakinya kesingki, seorang pramugari telah ternampak perbuatan ulama itu lalu menegurnya…

Pramugari : (Dengan suara yang agak keras) Tuan tidak boleh masukkan kaki dalam singki tu, sebab mengotorkan singki.Ini tempat basuk muka, bukan basuh kaki!

Ulama : (Dengan suara lembut dan penuh rendah diri) Berapa kali saudari cuci muka saudari dalam sehari?

Pramugari : (Dengan lagak angkuh) Huh! Dua atau tiga kali sehari!

Ulama : (Dengan sifat bersahaja) Saya mencuci kaki lima kali dalam sehari. Ini bererti kaki saya lebih bersih dari muka saudari!


p/s : Urusan agama di mana-mana pun kena buat. Atas darat ke, di awangan ke, bila tiba masanya, kerjakanlah. Jangan pandang hina pada yang mengerjakan tanggungjawabnya. Kita semua ada tanggungjawab yang sama. Kalau tak nak tanggung, pandai-pandai la jawab nanti di muka pengadilan Allah.. Maaf jika dialog ni agak kasar bagi kaum bukan Islam tapi bukankah mengetahui agama lain itu adalah lebih baik dari tak tahu. Saya hanya berkongsi. :D