Sunday, 8 July 2012

Rilek je der..

Halo kawan2. Lama benar aku tak menaip kat blog aku ni. Aku bz la kawan2. Kerana menghadapi hari2 sukar dalam hidup sejak kebelakangan ni. Maklumlah di dalam dunia ni manalah ada benda yang mudah. Final year project, exam, melanguk kat umah seminggu dua dan pelbagai ujian telah melanda aku. Begitulah hidup. Dan mengapakah aku berubah cara penyampaian pun aku tak berapa pasti. Macam baca buku teks pulak dua kali baca. Hehe.

Sekembalinya aku ni untuk menulis blog dan bukan nak menceritakan erti kehidupan aku, kali ni aku rasa nak buat diari pulak enty ni. Aku cam kebiasaan nye update blog bila bosan je. Baru2 aku dah masuk kerja setelah 3tahun belajar USM. Kali pertama nya aku bekerja dalam bidang architecture. Untuk kali pertama masuk kerja ni, aku hadapi beberapa kali ujian yang tak kurang susahnya untuk aku dari segi berdikari, displin diri, hubungan dengan masyarakat sekeliling and watsoeva. Sebenarnya aku ada apply untuk part2 dan tengah tunggu result panggilannya. Tapi aku taknak mengharap sangat la keputusan tu. Yang penting bagi aku sekarang input yang aku dapat masa aku belajar. Dalam erti kata lain aku nak alami sejauh mana kebolehan aku yang dah belajar masa aku kat USM yang mampu aku apply ke dunia sebenar.

So far, agak susah bidang yang aku ambik ni. Tapi aku rasa benda ni seolah2 mencabar keberanian aku pulak. Bak kata Mak Jemah makin lama, makin suka la. Ha’ah ye.

Buat masa sekarang ni, aku tinggal dengan abang aku kat Selayang. And office aku di Kelana Jaya. Hari pertama kerja : abg aku hantar sampai LRT, then jalan kaki. Kedua: naik bas, komuter, LRT, teksi. Hari ketiga dah tak tahan: naik motor abg aku. Nasibaik abg aku minggu lepas kursus. Aku dengan kak ipar aku bersubahat takmau bagi tau dia. Last2 hari tu jugak side-mirror motor dia pecah. Haha. Tak berkat. Padan muka aku.

Hari kelima : abg aku tak bagi bawak motor dia sebab dia malas tempuh jem. Aku terpaksa la naik LRT. Hari tu jugak aku kena pergi KLCC ada exhibition, boss aku suruh pegi kutip brocheur. Hari tu dah la kaki aku melecet sebab hari first tu aku pinjam kasut kak ipar aku. Dah tu dari stesen jalan kaki ke ofis. Pergh tersiksa kaki mak. Kebongokkan hari pegi exhibition tu jugak pakai kasut(kasut baru) terbalik. Haramjad habis melecet dua2 belah kaki.
#kasut baru = memang dem siyes orang tak nampak langsung aku pakai kasut terbalik. Termasuk aku. Gila ah. pecah rekod aku. Tak pernah rasa pakai kasut terbalik.



Hari2 travel lain2 jalan. Mana taknye aku bukan orang sini. Terpaksalah explore sendiri. Naik LRT tak larat tu, letih gila. Aku rasa nak bawak kuar Superman dari tiwi ajak kawen je. Hari2 dia boleh hantar aku p kerja. Tapi malu sikit je, dia pakai suar dalam merah kat luar la. Hehe seksinye laki mak.