AKU ; Weh, esok beday aku.
NAQI ; *mengeluh* Tolong la Lily.. Ni dah masuk 5kali kot ko sebut esok beday kau.
Aku dah 21tahun pada 21hb September 2011. Perasaan pun tersangat amat HOHOYEAH! Malam tadi sebelum pukul 12pagi, aku dok ngadap fesbuk. Macam orang bongok duk tercongok kat depan leppy tunggu orang wish beday aku. Mata dah ngantok. Serius weh! Tak tau la apesal sejak dua menjak ni. Makin menjadi-jadi penyakit anjing gila sewel aku nih.
Dulu-dulu time sekolah, form 2 sampai form 3, aku suka gila bagitau esok beday aku. Sampai member aku menyampah. Haha. Makin menyampah makin sayang, tak gitu? ewah! ahaks!
Bila dah jejak form 4, aku tak cakap apa2 pon. Maybe hormon malu aku dah berleluasa dalam jiwa kegadisan agaknya. Ermm.. Tapi ape bezanya sekarang? Yeay, I'm young once again!
Belum sempat aku bukak wall sendiri, member aku dah wish. Hoh! Punya la terharu. Seperti menyelam sambil tertelan ikan haruan hanyiak. Haa.. kau. Over betul aku malam ni.
Pagi tadi lepas kelas Pak Ku, aku pegi Queens Bay. Karok. Menghiburkan hati yang berdarah. Sempat la jugak ber-photoshoot bersama-sama kawan sepermainan. Hah? Sepermainan? Ape tu? Wah!
FYI, aku straight. Ya, ini perlu diumumkan. Pernah time aku practical dulu, akak ni tanya "Lily, ko ni lesbo ke?". Ape ke bongok punye soalan. Relationship kat fb tu tak melambangkan apa-apa pon. boleh je aku letak married with gay ke apa segale. Yang ni dah kali ke-2 aku kena tanya soalan nih. Ish.. Susah betul tinggal kat dunia penuh pendustaan ni.
Sepanjang beday aku, habiskan kat tempat karok neh. Nak buat cane. Aku dah bosan dengar orang nyanyi kat radio. Ni lah masa aku dengan member2 aku mengasah bakat.
Dalam banyak-banyak lagu, budak2 ni suka giler lagu Kak Siti. majoriti memang lagu Siti je lah. Sampaikan dah keluar bilik tu pun dorang duk nyanyi part "dondang dendang~".. Ha.. betul la tu. Kitorang nyanyi lagu tradisional. Baru terasa tradisi Melayu sket. eheh..
Tak cukup lahabaunye, Cik Kiah and the geng pi spam wall aku 'DONDANG DENDANG!' Hmm tak sampai hati pulak aku nak sekeh sorang2.
Hari2 best berakhir di tempat yang "best" iaitu....
TOILET QUEENSBAY ! |
Mane taknye, dingin banget dong tempatnya! OK yang ni last pic..
Cik kakak Dondang Dendang |